1. Tengahari tadi JS menerima sms pengaduan mengenai nasib seorang Melayu beragama Islam yang tertindas dan dizalimi oleh sifat tamak haloba Kiasu sebuah Pemaju perumahan dan ketidakperihatinan sebuah institusi perbankan di Malaysia. Sila baca seterusnya di blog rbf.online BANK CIMB BERSENGKONGKOL DENGAN PEMAJU JAHAT TIPU PEMBELI? Ringkasan kisahnya begini:-
Pada 2002, SOUTHERN BANK telah memberikan kemudahan pinjaman kepada sebuah syarikat Pemaju Perumahan yang dikenali sebagai SIMPULAN CEMERLANG bagi sebuah projek PANGSAPURI dikenali sebagai 'YAMIN TOWER' di KAMPUNG SUNGAI PINANG, PULAU INDAH , KLANG, SELANGOR di atas 2 bidang tanah yang di pegang di bawah Suratan Hakmilik Keluaran GM 3718 & 3719 kesemuanya seluas lebih kurang 6 hektar dan merupakan Tanah Simpanan Melayu, berhampiran dengan kawasan pembangunan PKFZ . Butiran dalam Instrumen Prinsipal Pinjaman memberikan butiran salah yakni dinyatakan jenis Suratan Hakmilik adalah EMR sedangkan Suratan Hakmilik Asal adalah jenis GERAN MUKIM [GM]. SOUTHERN BANK telah membuat pengimbursan pembayaran berjadual kepada pemaju mengikut Pembayaran Berperingkat sebanyak 70%-80%. Pembayaran Berperingkat ini dihentikan oleh CIMB kerana Pemaju gagal mendapatkan kelulusan Majlis Perbandaran Klang bagi pembangunan perumahan Strata. Jenis kegunaan tanah tersebut tidak ditukarkan daripada PERTANIAN kepada BANGUNAN KEDIAMAN. Tidak diketahui apakah punca sebenarnya berlaku seperti itu. Sudah Jatuh Di timpa tangga, kini syarikat Pemaju Perumahan sudahpun digulungkan dan SOUTHERN BANK sudahpun dibeli oleh CIMB.
2. Natijahnya, pihak CIMB telah mengambiil tindakan perundangan terhadap kesemua pembeli bagi mengutip kembali hutang yang tidak berbayar oleh pembeli disebabkan oleh projek perumahan itu diarahkan oleh MAJLIS PERBANDARAN KLANG diberhentikan. Sila lihat semua maklumat dan gambar Suratan Hakmilik Keluaran dan Instrumen Prinsipal Pinjaman dalam blog rbf.online yang diberikan link di atas.
BEGINILAH NASIB ORANG MELAYU, SELALU TERPEDAYA DAN DIPERDAYAKAN OLEH PEMAJU-PEMAJU PERUMAHAN YANG CURANG TERDIRI MAJORITINYA KAUM CINA KIASU DAN SERINGKALI DI BANTU OLEH PERBANKAN TERTENTU. CINA KIASU SUDAH LAMA TIPU ORANG MELAYU. KITA HARAPKAN AGAR PERMASALAHAN INI MENDAPAT PERHATIAN SEGERA. JANGAN ANIAYAI LAGI ORANG MELAYU DAN BANTULAH ORANG TERANIAYA KERANA DOA MEREKA MAKBUL !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan