1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL pada hari ini membicarakan mengenai tajuk berat tak berat, ringan tak ringan, iaitu peri mustahaknya rakyat mempunyai HUSNUL ZAN KEPADA ULIL 'AMRI dalam bahasa Melayu BERSANGKA BAIK KEPADA PEMERINTAH/ PENGUASA/KERAJAAN
2. Kita dituntut untuk bersangka baik sesama manusia dalam Hubungan Hablul-minnaas, oleh kerana pemerintah / ulil 'amri adalah manusia juga ( mana ada sekumpulan beruk menjadi pemerintah kecuali manusia berperangai beruk seperti Pakatan Jahat PASDAPKR itu memang ada) maka Hak Ulil 'Amri ke atas kita ialah kita mesti ada Husnul Zan kepada Ulil -'Amri.
3. Husnul Zan kepada Ulil 'Amri ini adalah tuntutan dalam Islam, perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala disampaikan oleh baginda Rasulullah shallallohu-alaihis-salaam, bukan seperti slogan Ketuanan Rakyat toghut ciptaan Pakatan Jahat PASDAPKR untuk menipu rakyat.
4. Dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita akan Hak Ulil Amri aitu Husnul Zan Kepada Ulil 'Amri kita jangan cepat melatah dan meloncat seperti kera kena belacan dan beruk dapat bunga apabila Ulil 'Amri yang di pilih oleh kita hendak melakukan sesuatu perkara dan projek pembangunan seperti mendapatkan pelabur asing melabur dalam negeri, contoh Lynas sebuah syarikat Australia yang sudi melabur di Pahang.
5. Soal tegur menegur dan membuat kritikan kepada Ulil 'Amri hendaklah didahulukan dengan menunaikan Hak Ulil 'Amri ke atas kita iaitu HUSNUL ZAN KEPADA ULIL 'AMRI. Ini tidak, kita sengaja mengintai-ngintai dan mencari-cari kesalahan-kesalahan Ulil 'Amri sepertimana yang diajarkan oleh Pakatan Jahat PAASDAPKR kepada rakyat terutama DAP yang semakin angkuh dan sombong. Allah Subhanahu wa Ta'ala benci orang yang angkuh dan sombong.
FIKIR-FIKRKANLAH AKAN HAK KITA KEPADA ULIL 'AMRI YANG DI SEBUT 'HUSNUL ZAN' INI, KECENDERUNGAN SEKARANG IALAH SUU'L ZAN KEPADA ULIL AMRI DI MANA KITA MENGABAIKAN HAK ULIL 'AMRI. KITA MEMINTA HAK KITA DARIPADA ULIL 'AMRI TAPI KITA SENDIRI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK ULIL 'AMRI KE ATAS KITA DAN ULIL 'AMRI KITA TAK PERNAH PUN MENUNTUTNYA. TAK MALU KE KITA? LAINLAH SEPERTI PAKATAN JAHAT PASDAPKR YANG TIDAK TAHU MALU. MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN. FIKIRKANLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan