EDISI PAGI SENAMAN MINDA & AKAL membicarakan mengenai peri pentingnya membezakan antara KEBENARAN dan PENDUSTAAN. Mutakhir ini, pendustaan lebih dipercayai sebagai Kebenaran berbanding Kebenaran itu sendiri. Pelbagai alasan dikemukakan untuk mengatakan bahawa Pendustaan itu adalah Kebenaran dan Kebenaran itu adalah Pendustaan. Seperti yang dilakukan oleh DAP baru-baru ini melemparkan persepsi bagi menutup segala pendustaan mereka selama ini sama seperti Anwar 'Omega' Ibrahim yang cuba menutup pendustaannya kepada rakyat Malaysia. Bagaimana hendak kita membezakan sesuatu itu adalah KEBENARAN dan PENDUSTAAN?
1. Kita dianugerahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan PANCAINDERA iaitu
AKAL
HATI SANUBARI
PENGLIHATAN
PENDENGARAN
PERTUTURAN
DERIA RASA
AKAL untuk berfikir dan menimbang sesuatu itu Benar atau Dusta.
HATI SANUBARI untuk menyimpan segala ilmu-ilmu bagi membenarkan sesuatu itu Benar atau Dusta setelah dipertimbangkan oleh Akal.
PENGLIHATAN untuk melihat sesuatu itu dari semua sudut pandangan.
PENDENGARAN untuk mendengar sesuatu itu dari semua bicara.
PERTUTURAN untuk bertanya kepada semua pihak
DERIA RASA untuk merasai semua Rasa Perasaan sesuatu itu Benar atau Dusta.
2. Apabila kita berhadapan dengan sesuatu perkara dan ada keperluan untuk kita menentukan samada perkara itu benar atau dusta apakah biasanya kita lakukan ? Biasanya kita hanya mempercayai pihak yang mempunyai KEKUATAN LISAN PENYAMPAIAN DAN PENULISAN. Kita amat jarang menentukan sesuatu itu berdasarkan kepada kata putus diri sendiri dan kita selalunya membiarkan orang lain mempengaruhi keputusan kita sehinggakan pihak yang mempengaruhi kita yang menentukan kepada kita samada sesuatu perkara itu Benar atau Dusta.
3. Inilah Kelemahan Ketara dalam masyarakat kita sehinggakan Kelemahan ini digunakan oleh Pakatan Jahat PASDAPKR untuk menutup segala
KEBENARAN dan PENDUSTAAN
mereka dengan
KEKUATAN PENYAMPAIAN LISAN DAN TULISAN
mereka. Masyarakat sudah tidak mempunyai
KEKUATAN BERFIKIR
sebaliknya menyerahkan
KEKUATAN BERFIKIR
ini kepada pihak yang mempunyai
KEKUATAN PENYAMPAIAN LISAN DAN TULISAN UNTUK MENENTUKAN BAGI PIHAK MEREKA SESUATU ITU BENAR ATAU DUSTA.
Tidakkah ini sesuatu yang merugikan masyarakat sendiri? Walaupun dalam
HATI SANUBARI masyarakat BERSUARA dan BERBISIK mengatakan bahawa apa yang disampaikan dan dituliskan oleh Pakatan Jahat PASDAPKR adalah DUSTA SEMATA-MATA.
MULAI PADA HARI INI, DENGARLAH KATA HATI SANUBARI / LINTASAN HATI / KATA HATI SENDIRI UNTUK MENGETAHUI SAMADA SESUATU PERKARA ITU BENAR ATAU DUSTA. DENGARLAH DENYUT NADI ANDA SENDIRI !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan