Rabu, 20 April 2011

KAWALAN INFLASI - PRAGMATIK AMALAN PENENTUAN KADAR OPR DAN BLR YANG LAPOK, UNTUNG SEDIKIT RUGI BESAR

1.   Memenatkan DS Najib melakukan TRANSFORMASI dalam serba serbi untuk menyenangkan rakyat jika agensi-agensi kerajaan masih berpegang kepada teori-teori lapuk yang sudah tak moderen mengikut ukuran intelektualisma anak-anak muda yang majoritinya lebih banyak mendapat gred A dalam semua subjek berbanding sesetengah kakitangan awam yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan yang penting. 

2.   Berdasarkan kepada entri terbaru DS Dr. Mohamad Khir Toyo dalam blognya atas tajuk BLR, Inflasi & Risiko Politik, klik di sini BLR, Inflasi & Risiko Politik , DS Dr. Mohamad Khir Toyo telah membuat analisa perkaitan sebab musabab antara kenaikan kadar OPR yang mempengaruhi kadar BLR dengan Inflasi yang diterjemahkan oleh rakyat melalui undi. 

3.  Ringkasnya, DS Dr. Mohamad Khir Toyo memperincikan pertalian sebab musabab tersebut seperti berikut:-
(a)   Faktor kenaikan kadar inflasi adalah disebabkan oleh kenaikan harga barangan dan keperluan akibat daripada penyelerasan subsidi ke atas barangan-barangan tersebut. Ini adalah fakta yang tidak boleh diketepikan begitu saja.

(b)   Bagi mengawal kadar inflasi ini, kakitangan BNM yang diberikan amanah, menggunakan teori ekonomi lapuk iaitu mengkaji semula kadar OPR di mana kebiasaannya perlu dinaikkan kadar OPR bagi mengurangkan permintaan dan apabila permintaan kurang harga barangan akan turun. Namun, kesan kenaikan kadar OPR ialah kadar BLR naik. Ini memberi kesan kepada tambahan pembayaran hutang oleh rakyat yang kini terpaksa menangung pelbagai kenaikan harga barangan keperluan mereka. 

(c)   Kadar OPR yang tinggi akan menggalakan simpanan tetapi ini menaikkan kadar BLR yang memberi kesan impak negatif kepada pembayaran hutang yang bertambah. Golongan yang kaya raya dalam bilangan sedikit akan mendapat keuntungan daripada kenaikan OPR kerana mempunyai simpanan beratus juta dalam Akaun Simpanan Tetap tetapi rakyat kebanyakan akan rugi membayar pinjaman yang lebih dari biasa akibat kenaikan BLR.

(d)    Akibatnya, ini diterjemahkan oleh rakyat kepada UNDI PROTES seperti terjadi pada PRU 12 pada tahun 2008. DS Dr Mohamad Khir Toyo membuat kesimpulan ini berdasarkan perbandingan keputusan pilihanraya dengan kadar BLR merujuk kepada fakta dan statistik , seperti berikut:-

TAHUN PILIHANRAYA                  KADAR BLR                     KEPUTUSAN PILIHANRAYA

2008                                                         6.75%                   BN hilang 2/3 majoriti dan 5 buah negeri.
dibandingkan dengan 
2004                                                         6% kekal             BN menang dengan lonjakan majoriti.
                                                               
1999                                                         8%                       BN hilang banyak undi.
dibandingkan dengan 
1995                                                         6.6%                    BN menang cemerlang.



4.  Menurut DS Dr. Mohamad Khir Toyo, adalah lebih pragmatik jika mengambil kaedah di luar kotak teori ekonomi yang lapuk yang mengaitkan kadar inflasi dengan faktor permintaan dan penawaran. Ini kerana realistiknya, apa yang berlaku di Malaysia ialah faktor kenaikan barangan tidak ada kena mengena dengan kadar turun naik permintaan dan penawaran di pasaran sebaliknya berkait rapat dengan berapa banyakkah subsidi yang diselaraskan oleh kerajaan, In ternyata benar.

5.  Pada fikiran JS, semakin kurang subsidi, semakin tinggi harga barangan walaupun permintaannya berkurangan. Malah, jika subsidi dinaikkan, harga barangan juga tetap tinggi akibat kesan pengurangan subsidi yang berlaku sebelumnya walaupun permintaan berkurangan. Pola dan model ekonomi di Malaysia jauh berbeza dengan senario yang dilakarkan pada geraf-geraf dalam teori ekonomi mengenai faktor-faktor mempengaruhi kadar inflasi dengan kadar permintaan dan penawaran.

6.  Oleh itu pada pandangan DS Dr. Mohamad Khir Toyo, sebelum menggunakan tektik OPR dan BLR ini, kakitangan BNM yang berkenaan perlu mengambilkira faktor-faktor di luar kotak teori ekonomi lapuk dan keadaan hakiki yang berlaku di pasaran terbuka gaya Malaysia.

7.  Hakikinya, di Malaysia ini, berdasarkan kepada perbandingan keputusan pilihanraya dengan kadar BLR pada tahun berlakunya pilihanraya, setiapkali kadar BLR pada paras tidak melebihi 6% setiapkali BN menang besar dan setiap kali kadar BLR itu naik lebih dari 6% di jamin BN bakal hilang undi atau memanaskan kerusi pembangkang.

Kakitangan kerajaan perlu kesedaran mendalam mengenai perkara ini, iaitu setiap keputusan eksekutif yang di buat oleh mereka dalam kapasiti jentera kerajaan di bahagian penatdbiran dan perlaksanaan polisi kerajaan yang memerintah, perlu mendapatkan hasil penterjemahan undi oleh rakyat. 


Jika mereka gagal menggarap kesedaran ini, JS fikir, eloklah para Ketua De Facto dan De Jure Malaysia ini dalam badan Eksekutif dan Legislatif mula memikirkan untuk meletakkan kesemua ahli UMNO, PBB, SUPP, MCA, MIC, GERAKAN, SPDP, PRS, PPP dan parti komponen Barisan Nasional ke dalam PERKHIDMATAN  AWAM. Senang cerita. 


Ini bagi memastikan tiada kebocoran maklumat dan rahsia kerajaan serta menjamin setiap keputusan serta perlaksanaan polisi kerajaan dapat diterjemahkan kepada UNDI KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL dan rakyat menjadi mewah serta BILIONIR. 


RAKYAT MEWAH NEGARA MAKMUR.



1 MALAYSIA ganti DAPIGS !

1 ulasan:

Mahadi Bin Mahbol berkata...

Jas Berapa banyak simpanan dalam bank .... lebih lebih lagi orang melayu kita ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...