Jumaat, 15 April 2011

JOM UBAH KEDIKTATORAN PEMBULAK RAKYAT ! RAKYAT MEMILIH ... ANWAR PUTUSKAN !



1.    Mula-mula pembulak Rakyat menuduh dan memujuk pengundi Sarawak agar membenci Pehin Sri kerana terlalu lama berkhidmat sebagai Ketua Menteri seolah-olah Pehin Seri itu menjadi Ketua Menteri di atas kuasa diktaktor dan bukan di atas kuasa dan mandat rakyat Sarawak selama ini,  Perkara ini telah di bantah oleh para blogers pro BN dengan membawa fakta bahawa dalam Pembulak Rakyat lebih ramai yang masih dan terlalu lama berkecimpung dalam politik dan berkuasa.

2.      Tidak lama selepas itu pada hari ini, RPK mendedahkan bagaimana beliau ditipu dan dibohongi oleh Aljuburi dalam soal pendedahan dalam kes pembunuhan Altantuya yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan DS Najib dan DS Rosmah yang ternyata menjadi MANGSA FITNAH ALJUBURI dan pepuak anti UMNO yang dimanipulasikan oleh DAPIGS yang sememangnya amat membenci UMNO kerana UMNO merupakan penzahiran KEBIJAKSANAAN DAN KEKUATAN ORANG MELAYU.

3.     Perkara yang sama berlaku di Sarawak, di mana kebencian kepada INSTITUSI MELAYU MELANAU di bawah kepimpinan PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD dizahirkan oleh DAP kerana bencinya mereka kepada MELAYU & ISLAM yang begitu adil dan saksama kepada semua kaum dan agama di Malaysia ini, Masihkah kita ingat bagaimana DAP mencetuskan 13 Mei 1969 kerana menyangka bahawa merekalah yang lebih berhak memerintah dan mendominasi semua kaum dan agama di bawah BENTUK PEMERINTAHAN SISTEM REJIM KUKU BESI SOSIALISMA RASIS yang diamalkan oleh DAP.

DALAM ERTIKATA LAIN , MENGUNDI DAP SAMALAH SEPERTI 
MENCAMPAKKAN DIRI KE DALAM KEBINASAAN
DAN PERHAMBAAN KEKAL.
TIADA KEBEBASAN
MELAINKAN HANYA ADA
KEBEBALAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...