1. Selama 53 tahun, BARISAN NASIONAL mendidik dan mengajarkan kepada rakyat MALAYSIA bahawa kita perlu tingkatkan PERPADUAN, KEHARMONIAN dan SIFAT MENGHORMATI semua suku kaum yang ada di MALAYSIA.
2. Pada 1969, apabila DAP pada kemuncak kekuasaan politiknya di Selangor, mencetuskan trajedi 13 Mei akibat sentimen kebencian terhadap kaum dan agama yang dimainkan olehnya dalam kempen pilihanraya 1969 telah meninggalkan parut yang amat dalam dan kini DAP menyalahkan pihak lain pula di atas tragedi 13 Mei tersebut. Pada waktu itu, bapa kepada Setiausaha Agung DAP, LIM KIT SIANG merupakan pencatur utamanya,
3. Apabila DAP berjaya menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 12, sentimen kebencian perkauman dan agama sekali lagi dimainkan oleh DAP tapi pada kali ini dengan penuh berani dan terlebih angkuh lagi. Setelah, DAP kehilangan penguasaan di Perak akibat ADUN nya yang tidak mahu lagi bersengkongkol dengan aspirasi LIM KIT SIANG yang menjadikan AGENDA ANTI BUMIPUTERA sebagai TEMA UTAMA perjuangannya, DAP meniupkan sentimen ANTI INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAN tanpa sebarang alasan dan justifikasi benar dan waras. Ketidakwarasan DAP dalam amalan demokrasi lebih terarah kepada amalan kukubesi bersifat Rasis Ultra.
4. Kepentingan kaum Cina samada di Semenanjung dan di Sarawak dan Sabah, tidak bergantung kepada kekuatan politik DAP, kepentingan kaum Cina tidak samasekali terjejas. Tidak menyokong DAP tidak bermakna kepentingan DAP bakal terjejas selama ini parti-parti komponen BARISAN NASIONAL seperti MCA, GERAKAN, SUPP & SPDP masih berupaya dan bertenaga untuk memastikan kepentingan kaum Cina tidak ditinggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan