Khamis, 30 Disember 2010

GEMPAQ SKANDAL SEKS ADUN SELINSING PENDEDAHAN OLEH USTAZ SAIDI.




1. Ustaz Saidi Hussin, bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak dan bekas Ketua Keselamatan Pondok-pondok telah ditemubual oleh pasukan NADI RAKYAT di rumah ustaz Saidi sebuah rumah kayu tradisional yang telah usang usianya. Berikut merupakan video temubual ustaz Saidi dengan pasukan NADI RAKYAT yang kemudiannya disusuli oleh pasukan FORENSIK BLOGGERS bagi mengesahkan cerita yang didedahkan oleh ustaz Saidi Hussin.





2. Suatu perkara yang menarik dalam interbiu itu, ustaz Saidi mendedahkan bahawa Pok Nik pernah mengeluarkan kenyatan mengenai PURDAH. Ustaz Saidi mendedahkan potongan akhbar berkenaan. Sungguh memeranjatkan sekali kerana Pok Nik mengeluarkan kenyataan sedemikian yang bersifat pada pandangan ustaz Saidi mendiskriminasikan muslimah yang berpurdah. 


3. Untuk makluman, pasukan NADI RAKYAT yang pergi ke Selinsing telah membuat langkah-langkah keselamatan bagi mengelirukan puak-puak PAS mengenai pergerakan pasukan interbiu NADI RAKYAT. Ternyata, helah ini berjaya di mana pepuak PAS terperangkap dengan helah yang dilakukan, Ini juga bagi memastikan keselamatan saksi utama dan keselamatan ahli-ahli NADI RAKYAT yang ke sana. Blog Papa Gomo telah menceritakan hal ini KLIK DI SINI

4. Ini kerana rentetan peristiwa melanggar kereta ustaz Saidi yang pada pendapat beliau merupakan sesuatu yang disengajakan. Ini berlaku selepas beliau membuat video pendedahan yang pertama. Pada tengahmalamnya selepas interbiu dengan pasukan NADI RAKYAT , beliau telah diserang oleh 3 orang lelaki.

5. Demikianlah sikap yang dipertunjukkan oleh sebuah PARTI POLITIK yang tidak ada BANGSA dan bermazhab POK NIK dan selama ini seringkali mentakfirkan orang ISLAM lain yang tidak sehaluan dengannya malah sanggup menuduh orang lain sebagai assobiyah dan sekular tanpa alasan yang benar.

6. Kepimpinan PAS seringkali memperbodohkan dan memperbudakkan serta memanipulasikan penyokong-penyokongnya terutama mereka yang masih pada usia rebungnya, Ustaz Saidi cepat menyedari hal ini dan bertindak bijak mufarakah dengan kepimpinan PAS terutamanya POK NIK.

7. Amat menyedihkan kerana sifat taksob yang menguasai diri para penyokong PAS gagal melihat bahawa kepimpinan PAS bukanlah malaikat, Rasul, Nabi & wali Allah dan Pok Nik bukanlah  bertaraf ulama pewaris nabi. Benarlah seperti yang di dakwa oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa , Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS yang pandangannya ditolak oleh DEWAN ULAMA PAS KEDAH iaitu PAS TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA.


BERANI & BENAR
ALLAH BERSERTA UMNO/BN
UMNO ITU ISLAM TULIN!!!!
INGAT PAS INGAT ZINA
INGAT PKR INGAT DAJAL AKHIR ZAMA
INGAT DAPIGS INGAT KOMUNIS




1 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM JAS SALLEH ...

HEBAT, MANTAP DAN PADAT ARTIKEL SAUDARA. MINTA IZIN LINKKAN BERSAMA BLOG SAUDARA BERSAMA BLOG KAMI. WASALAM

MELAYU ATAS PAGAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...