Sabtu, 15 Ogos 2015

"DOSA-DOSA CHE DET", PAK HABIB PESAN MAHATHIR ZIP MULUT SAJA.

Sekali-Sekala Kita Ingatkan Che Det Akan Dosa-dosa Politikal nya Selama Ini.
Mahathir Bukan Nabi, Bukan Wali, Bukan Maksum
Mahathir Tak Perlu Lupa Kerana Niccolo Machiavelli Pun bukan Pelupa

BISMILLAHI-ALLAH-HU-AKBAR 

Pertama kali ambe naik ke Janda Baik semasa berumur 12 tahun, sekitar tahun 1979, Di bawa oleh arwah ayah ambe untuk menemui Ketua Kampung yang merupakan dari jalur waris terdekat sebelah arwah ayah ambe. Ambe sudah lupa namanya. Cuma apa yang ambe ingat, Ketua Kampung dan Tok Imam Kampung Janda Baik begitu teruja berjumpa dengan arwah ayah ambe. Selebihnya, ambe tak berapa ingat apa yang dibualkan oleh mereka. Mungkin atas urusan keluarga mereka berjumpa.

Kali kedua ambe naik ke Janda Baik pada hari Khamis lepas. Selepas 36 tahun berlalu, baru lah ambe berkesempatan naik semula ke Janda Baik. Tapi kali ini bukan mencari waris, tapi menghadiri Majlis Perluncuran buku 'Dosa-dosa Che Det' di Wadi Hussein milik Sheikh Hussein Al Attas. Penulis politik veteran Malaysia sejak 1969. 

Tak sukar untuk ambe mencari Wadi Hussein. Entahlah, perasaan ambe seolah-olah terlalu kenal dengan penghuni Janda Baik dan setiap cabang ejalan-jalan nya. Setiap jalan yang ambe lalui, ambe 'boleh tahu' ke mana akan di tuju. Seperti Deja Vu. 

Pertama kali ambe menjejak kaki di Wadi Hussein, ambe merasakan suasana yang 'menyambut' dan merasa tak asing pun. Ambe orang pertama hadir di situ. Orang pertama yang ambe jumpai ialah Tukang Kebun Pak Habib. Mesra orang nya. Aura Wadi Hussein memang terasa seolah-olah kita berada di pinggiran di antara alam nyata dengan alam ghaib. Auranya sungguh berbeza.

Ambe terus sahaja ke astaka di mana lokasi perluncuran diadakan. Ambe pilih sebuah wakaf berhampiran wakaf-wakaf lain yang ada. Orang kedua yang ambe temui ialah uncleseekers, anak kepada Pak Habib. Dan orang ketiga yang ambe ketemui ialah Pak Habib. 

Anihnya, samada uncle seekers dan Pak Habib, sedikit pun tak merasa kekok dengan ambe. Seolah-olah sudah lama mengenali ambe. Semasa ambe bersalaman dan berpelukan dengan Pak Habib, meremang bulu roma ambe. Hebat juga kerohanian Pak Habib. 

Ambe berkesempatan lah meronda-ronda dan keluar masuk mana-mana bangunan dan wakaf yang ada tanpa ada rasa terasing sikit pun. Begitulah cara Pak Habib layan tetamu walaupun pertama kali menjejak kaki ke Wadi Hussein, FIRST CLASS !

Lagipun Pak Habib amalkan apa yang disebut olehnya sebagai 5 nilai kemanusiaan, Loving, Caring, Giving, Sharing & Forgiving.

Agak anih kerana susunatur lanskap Wadi Hussein begitu teratur dan mengikut ciri-ciri taman-taman astakona dan taman-taman DiRaja yang kita baca dalam hikayat-hikayat Melayu purba. Ada satu wakaf di taman astakona Wadi Hussein yang pada pandangan ambe mempunyai 1001 misteri. ambe sempat bersolat sunat dua rakaat di situ. Apa yang ambe alami di situ biarlah ianya menjadi Rahsia.
Dan pengalaman ambe pulang dari Janda Baik pun hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Ambe tak tahu lah samada rakan ambe Tok Wali Azmi APA perasan atau tidak. Sebab ambe tak menceritakan kepada beliau apa yang berlaku. Biarlah Rahsia.

Majlis Perluncuran buku Pak Habib berjalan lancar setelah hujan renyai-renyai turun. Antara seloroh pak Habib, "Cari lah manusia yang dalam hati nya ada Tuhan (Insan Robbani) dan bukan manusia yang hatinya ada hantu" 

Buku Dosa-dosa Che Det merupaka karya ke 74 Pak Habib. Di garap bersama Nik Mahadi, seorang penulis politik prolifik juga. Tajuknya saja sudah memberikan gambaran mimpi ngeri kepada arwah mantan macaivelli dan para pentaksubnya. 

Menurut Pak Habib, arwah mantan macaivelli dah puas bercakap selama 22 tahun menjadi PM. Kini tiba masa beliau zip mulutnya dan mengenang kembali apa yang telah beliau lakukan. 

Menjawab pertanyaan ambe, Pak Habib kata arwah mantan macaivelli adalah seorang pengamal Machiavelli. 

Buku ini lebih amat perlu di baca bersekali dengan buku-buku lain yang Pak Habib tulis berkaitan arwah mantan macaivelli sebelum ini. 

Di dalamnya ada firasat-firasat masadepan mengenai politik dan nasib beberapa orang pemimpin muda dan setengah tua dalam tempoh 15 tahun mendatang, 

In shaa Allah Hu Ta'ala esok jam 3-6 petang di Craven Cafe, Bukit Antarabangsa, Pak Habib akan membuat sesi pertemuan. Anda boleh memperolehi senaskah pada harga $100. Datanglah dan dengarlah sendiri daripada mulut Pak Habib bercerita. 

Sabtu, 25 Julai 2015

EPISOD PANAS FITNAH 1MDB PEMBELI DOKUMEN CURI YANG MENGAKU.

Puas cari Gambo Yang sesuai, Tapi Gambo ni jumpa, Yang Tengah tu Tong Kooi Ong kata Lebai Gugel. Kalau Lebai Gugel Pedooh, abis lah ambe.  


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR !

Hari ni masuk 9 Syawal. 

Episod terkini pasal fitnah 1MDB dinukilkan dalam bahasa kefahaman digunapakai kat warung kedai kopi tepi jalan utama kat kampung-kampung. Kasi mudah orang paham benda isunya. Bukan nak kejor KPI pun. Atau ranking. Nak kasi orang paham yang serangan ke atas Najib itu semuanya guna fitnah-mehnah semata-mata. 

Bila wartawan ST Singapura (baca ST Singapura bukan NST yang kat Malaysia), berjaya interbiu si Justo kat Siam (sebut Thailand kang puas lah pakcik tanya lebai gugel), Justo pun bercakap lah macam burung murai berkicau sebelah pagi. 

Justo cakap kat wartawan ST Singapura, memang betul ada jumpa orang kat sebuah hotel di Singapura, Pastu orang-orang itu tawarkan USD 2 juta untuk beli semua dokumen yang Justo curi dari Petro Saudi. Tapi Justo kata beliau kena kencing sebab tak dapat bayaran yang dijanjikan. Kira bodohlah juga Justo ne kan. Kendian , pemilik THE EGDE (suratkabor) Tong Kooi Ong mengakui benda tu kat TMI (the Malaysian Insider). 

Cuma Tong Kooi Ong nafi lah buat ubahsuai ke atas dokumen yang di curi tu kendian beliau kencing kat Justo. Kamonlah. Berapa lama Tong Kooi Ong nak pedooh? Hari tu dia pedooh kat Justo. Hari ini nak pedooh kat kita? Hengat kita macam Justo ker?

Pemilik Sarawak Report pun ada dalam perjumpaan tersebut. Hat Mat salleh perempuan namanya Clare Rewcastle. Tapi Clare Rewcastle nafi lah ( takkan nak ngaku kot, nanti kontoi berganda).

Justo cakap, selain pembayaran yang dijanjikan, deme-deme tu semua ada cakap nak ubahsuai dokumen curi tu nak kasi meletops kow-kow kat Najib letak jawatan. Pasal benda ini, ada seorang yang pernah kerja kat Sarawak Report, Lester Melanyi namanya, kata, memang Sarawak Report ada buat kerja-kerja jahat camtu guna khidmat pekerja grafik nama James Steward.

Bila cerita ini Justo mula keluar, arwah Tun M kata pedooh je boleh ubahsuai beribu-ribu dokumen. Tapi arwah Tun M cuma cakap je lar. Takde lah arwah tun M beri apa-apa bukti. Cumanya, arwah Tun M pun cam mengaku jugaklah kan. Benda yang arwah tun M cakap tu kendianlah ambe ulas.

Dan macam bisa la segala hulubeloga arwah tun M pun mencicit lah menapikan. Alarh biasalah, kena defend Tuan kan. 

Sebabnya, pe mustahil pun nak ubahsuai semua dokumen yea tak? Bukan di buat sekaligus pun. Justo jumpa deme-deme tu pun bukan sehari dua lepas. Lagipun, dokumen-dokumen tu pun dah tentu akan di tapis-tapis mengikut selera dan fitnah yang nak dibangkitkan. Memang ada banyak masa terluang lah untuk ubahsuai dokumen tu. 

Apapun kepedoohan yang pihak-pihak terkantolan nak kaber muka, deme tak sedor yang pengakuan Tong Kooi Ong mengesahkan 'pembelian' dokumen curi bawa akibat dan natijah jenayah lain pulop. Hat ni ambe nak bagi cerah sikit sel-sel otak belogar arwah Tun M.

(i) Tong Kooi Ong mengaku buat tawaran pembelian dokumen curi. 

(ii) Tong Kong Oii buat tawaran pembelian dalam pengetahuan yg amat jelas bahawa yang nak di beli tu dokumen curi. 

Kepala hotak yang waras lagi siuman (baca bukan macam kepala hotak belogar arwah tun m yang tak berapa sihat dan tak berapa nak siuman) dah tentu kita jadi pelik. Kenapa pulop Tong Kooi Ong nak beli dokumen curi daripada pemeras ugut? Tak ke tu ada tanda-tanda NIAT JAHAT?

Sekian terimakasih.

Khamis, 9 Julai 2015

FITNAH 1MDB, PAC SAHKAN TIADA KESANGSIAN , ARWAH PENGADU DOMBA AMAT KECEWA.


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR

PAC telah buat sidang media atas Laporan Interim PAC terhadap 1MDB. Ringkasnya, PAS mendapati bahawa tiada keraguan, tiada kesangsian dan tiada penyelewengan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Katalain, PAC mengesahkan bahawa arwah Rafizi, arwah Tian Chua & arwah Tun M adalah Pemfitnah Tegar 1MDB. 

PAC dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen daripada mendiang PR & BN. Dalam itu juga ada Akauntan Negara Tan Sri Ambrin Buang. Setiap hasil siasatan PAC dipersetujui bersama oleh para anggotanya. 

Ofkors lah puak pengadu domba akan tetap mempertikaikan keputusan PAC dengan alasan bos-bos PAC ialah PM. Kepala hotak diaorg lah. Bos-bos PAC bukan PM tapi YDPA lar. Sebab semua perlantikan mereka perlukan perkenan YDPA. Kerana bos PM ialah YDPA. 

Memetik pendapat bloger Raja Petra, isu 1MDB ni sebenarnya isu peribadi di antara arwah Tun M dengan Najib. Beliau menceritakan bahawa selepas kegagalan arwah Tun M nak membonekakan Pak Lah, arwah Tun M mahu menggantikan Pak Lah dengan Ku Li dan Najib. 

Dihadapan seramai 1,000 orang ahli UMNO, arwah Tun M berucap mengatakan bahawa selepas Pak Lah, beliau akan wujudkan Majlis Presidensial sebagai de facto PM. Dan PM hendak bertindak mengikut keputusan itu. 

Cadangan itu Ku LI rejek sebab Ku Li kata bila aku jadi PM , aku nak buat keputusan sendiri dan nak buat apa jadi Boneka plak. Teruslah arwah Tun M rejek Ku Li. Cadangan yang sama diajukan kepada Najib. Arwah Tun M lega sebab Najib setuju. 

Namun selepas itu , menurut bloger Raja Petra, Najib tak ikut janji. Betul atau tidak, tak tahu lah sebab Najib bukan jenis mungkir janji. Maka arwah tun M setat serang dan buat harassment. Tapi Najib buat derq. 6 bulan Najib tak nak jumpa arwah Tun M. Marahlah arwah Tun M. 

Menurut bloger Raja Petra lagi, arwah Tun M pun mencari lah alasan yang kukuh untuk jatuhkan Najib sebab baru sangat jatuhkan Pak Lah. Cari punya cari akhirnya dapatlah isu 1MDB. Sebab itu dalam isu 1MDB ini, jumlah yang dibangkitkan arwah Tun M sentiasa berubah sehinggalah sampai ke jumlah $2.6 biliyun ke akaun trustee atas nama Najib. 

Persoalannya, adalah itu wang daripada 1MDB ? Akaun itu memang milik peribadi Najib? Atau akaun trustee atas nama Najib selaku Pemegang Amanah? 

Cerita pasal AKAUN TRUSTEE ini, bloger Raja Petra dah tulis yakni Amalan Kebiasaan mana-mana parti politik Malaysia mengumpul Dana Politik untuk pengurusan parti dan PRU. Kebiasaannya, Presiden , Timbalan Presiden , Setiausaha Agung dan Bendahari akan menjadi Pemegang Amanah kepada semua duit berkenaan. Akan di buka akaun-akaun trustee atas nama peribadi. 

Berkenaan pengurusan Akaun Trustee yang melibatkan nama-nama benefisiari dan nomini ini, dikatakan arwah Tun M dan arwah Tun Daim dah banyak songlap. Sejauhmana ianya benar, kita tengok la apa pengakhiran isu arwah Tun M dengan Najib ini. 

Bagi ambe pula selaku pemerhati, lebih elok kita gagalkan sahaja usaha dan rencana arwah Tun M-arwah Tun Daim terhadap Najib. Ini kerana menurut sumber maklumat ambe, yang sebenarnya arwah Tun M-arwah Tun Daim jadi kecoh bilamana mereka enggan memulangkan sebahagian besar Wang Amanah Parti kepada Najib selaku Presiden UMNO. 

Dikatakan juga, ada banyak lagi baki dalam akaun-akaun amanah terdahulu yang dibuka atas nama arwah Tun M-arwah Tun Daim serta ramai lagi nomini lain. Namun berlaku pengkhianatan ke atas amanah-amanah itu. 

Ambe benar-benar yakin dan percaya bahawa dalam isu ini Najib bukanlah pengkianat amanah. Beliau seorang yang jujur dan pegang janji. 

Ambe bercerita kerana ini melibatkan masadepan orang Melayu Pribumi Ori dalam percaturan kuasa politik. Dalam percaturan Kuasa Politik, wang amat diperlukan bagi menjana dan menggerakkan jentera parti ke arah kemenangan. 

Andaikata, pemegang-pemegang amanah kuasa politik dan wang amanah di kalangan politikus Melayu Celop cap kerala dan jenama lain berkianat, itu akan merugikan masadepan dan menjejaskan kepentingan Melayu Pribumi Ori. 

Dalam mana-mana sengketa Politikal, kita perlu tahu paling tidak punca mengapa ianya berlaku. Ambe mendasarkan punca itu kepada cerita-cerita daripada sumber-sumber yang ambe amat yakini dan percayai. 

Oleh itu, pada pandangan ambe, lebih elok ambe menyokong Najib daripada menyokong arwah Tun M-arwah Tun Daim. Dan menangnya Najib mengatasi arwah Tun-arwah Tun Daim, maka kedua arwah terpaksa akur dan tunduk menyerahkan semua amanah-amanah yang pernah mereka pegang kembali kepada Pemilik Asal yakni Melayu Pribumi Ori.

Sekaranga anda faham mengapa?

Rabu, 8 Julai 2015

FITNAH 1MDB, JANGAN PREJUDISKAN SIASATAN DENGAN TOHMAHAN MELULU- GANI PATAIL.


Gambar Kilang Fitnah Tempat Iblis Setan Lidah Zionis Bekerja Bawah Jenama WSJ. 

BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Berikut adalah kenyataan lanjut daripada Peguam Negara, Gani patail berkenaan Kenyataan Rasmi berkaitan pembekuan 6 akaun & 17 dokumen sebelum daripada ini, di mana pentaksub arwah Tun M dan arwah pengadu domba telah sengaja dengan Niat Jahat menyalah tafsirkan pemahaman sebenar status siasatan dan pembekuan berkenaan :-

(Peguam Negara Sahkan Akaun Yang Dibeku Bukan Akaun PM)
BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu. Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.
Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan “whistle-blowing” kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.
Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.
Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.
Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.
TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia
8 Julai 2015
Sekarang ini ada plak malaon pengadu domba viralkan gambar kononya Polis serbu pejabat 1MDB. Adeehhh. Makin terok dah puak arwah pengadu domba sekarang neyh sejak penangkapan Xavier atas kesalahan jenayah memeras ugut. 

Pada ambe lah, jika pasukan polis melawat pejabat 1MDB dan mengambil dokumen itu bukan 'Rampasan' tapi prosedur biasa dalam mana-mana siasatan. Dah tentu lah pihak pengurusan 1MDB yang serahkan dokumen secara sukarela kepada pihak polis bagi membantu siasatan Polis. 

Tapi kalau hati sudah hitam legam dan penuh kebencian, maka tindakan kerjasama 1MDB dengan polis itu akan digambarkan seolah-oleh berlaku 'Rampasan'. Citt poddaaahhh !

Puak arwah pengadu domba asik nak buat tohmahan sahaja agar kredibiliti 1MDB dicemarikan dan akhirnya siapa yang bakal rugi dalam semua pelaburan yang di buat? 

Berita seperti itu merupakan suatu Jenayah mengganggu Siasatan di bawah Kanun Kesiksaan. Kerana ianya cuba memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. memang patut dikenakan tindakan ke atas puak arwah pengadu domba yang berniat jahat berusaha mencemari siasatan yang sedang berjalan. 

Sejak arwah Tun M buat bising dan memperpanjangkan fitnah Rafizi ke atas 1MDB, Najib telah arahkan siasatan di buat. Audit di buat malah merujuk semua komplen arwah Tun M & Rafizi kepada PAC. Ditubuhkan Pasukan 'Task Force' untuk menyiasat semua komplen & fitnah Rafizi berkenaan. 

Malangnya, arwah Tun M dan arwah Tun Daim tidak menunggu keputusan siasatan Polis. hasil siasatan PAC dan laporan audit. Apa motif sebenar kedua arwah berkenaan? Adakah kedua arwah berkenaan benar-benar berminat nak tahu Kebenaran atau cuma berminat nak 'spin' agar Najib tunduk kepada kehendak kerakusan & ketamakan hawa nafsu mereka arwah berdua? 

Apa yang kedua arwah lakukan sebenarnya memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. Sepatutnya kedua arwah ambil maklum mengenai siasatan yang sedang berjalan dan bukan terus menerus berkelakuan seperti cybertruper mendiang Pakatan Rakyat. Buat apa lah kedua arwah bikin malu diri sendiri dengan berkelakuan demikian kan? 

Kesimpulannya, jelaslah bahwa pembekuan akaun tak membabitkan Najib. Dan siasatan itu adalah siasatan yang bertujuan untuk menyiasat dakwaan WSJ bagi membersihkan imej negara dan pejabat PM daripada serangan fitnah media asing. 

Semua kena ingat dan fikir bahawa SIASATAN SEDANG BERJALAN.  Janganlah dilemparkan lagi pelbagai tohmahan yang akan menggangu dan memprejudiskan SIASATAN, ITU LAH MESEJ PEGUAM NEGARA KEPADA SEMUA. 

Akhirkata dari ambe, persetankan sahaja semua tohmahan, penfasiran & lanjutan fitnah daripada puak arwah pengadu domba kerana mereka BUKAN ANGGOTA PENYIASAT. Kita jangan jadi gelojoh tak bertempat cam puak arwah pengadu domba. 

MANTAN PM 22 TAHUN DIDAPATI BERSALAH TAK PULANG WANG PARTI - PERSEKUTUAN GAMBIRA.


Mpele Mnepo -Mantan PM 22 Tahun Persekutuan Gambira Yang Didapati Bersalah. 


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Artikel ini takde kena mengena dengan sesapa lah kat Malaysia. Ini ambe kutip cerita dari luar negara kat benua Aprika. Jemu gak nak tulis pasal negara sendiri punya kecoh politik. Kita tulis plak apa berlaku di negara oranglain sebagai iktibar teladan. 

Tak ramai tahu bahwa wujud sebuah negara bernama Persekutuan Gambira. Negara ini terletak di sebelah tepi Zimbabwe atas sikit dari Nigeria dan bawah sikit dari Gambia. Negara ini tidak pernah di jajah cam Thailand lah. Suku pribumi nya dari etnik yang di panggil Keralamayalampispus. Susah sikit nak sebut sebab bahasa nya pun diakui seluruh pakar linguistik dunia adalah bahasa paling sukar untuk dituturkan. Bila dituturkan gerenti jadi makna lain daripada yang dituturkan oleh penutur.Contoh, bila penutur kata, 'Katepondek mbau ukelele ' ianya bermaksud ' Saya tak tipu anda' tapi pada pendengarnya akan bermakna , " Ko kena tipu hidup-hidup'. Begitulah. 

So agak payah lah nak bercakap dalam bahasa etnik Keralamayampispus. Kena betul-betul mahir. Silap cakap gerenti kena taji secara berjemaah. Ok lah, penduduk Gambira (yang bermaksud Negara Bajet Suci). Negara ini tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas sebab teknikal sahaja. Kan ambe dah kata, bila orang Gambira bercakap waima dalam bahasa lain, akan jadi lain makna kepada pendengar. Tapi PBB telah memberikan mandat sementara kepada Gambira sejak 1912. 

Antara lain mandat itu berbunyi, " Dengan ini diperakui bahawa etnik Keralamayalam diiktiraf sebagai sebuah etnik dan negara yang berdaulat. Ketua Negara adalah Perdana Menteri dengan barisan kabinet seberapa ramai dan sekerap mana diperlukan oleh Perdana Menteri. Selebihnya terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Gambira ikut suka hati koranglah nak buat camna, Janji tak kacau USA, China & Eropah"

Baru-baru ini, dilaporkan oleh sebuah media asing yang berpengkalan di Hong Kong menyebutkan bahawa seorang mantan PM Gambira yang telah berkuasa selama 22 tahun didapati bersalah atas kesalahan enggan memulangkan wang amanah parti politiknya kepada PM yang baru. Ini skandal terbesarlah kat negara itu selepas ada lagi satu skandal kewangan pada lewat tahun 80an dan 90an dulu. 

Kira kuat gak lah kan Budaya Politik Wang kat Gambira neyh. Menurut laporan media asing tu, mantan PM Gambira tu ditahan selepas terbongkarnya satu skandal mekanisma kewangan parti politiknya. 

Berdasarkan kepada pendedahan yang di buat oleh sebuah Pasukan Khas Tindakan yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal kewangan itu yang berpunca daripada komplen mantan PM berkenaan, didapati selama 22 tahun dulu mantan PM tu songlap duit amanah partinya bersama satu lagi rakan syubahatnya yang turut pernah menggangotai kabinet mantan tersebut. 

Rakan syubahatnya pula kini didapati memperolehi suaka politik di British Colombia Islands bersama keluarga mereka. 

Cerita penuhnya begini, sejak 1912, Gambira ditadbir oleh sebuah parti politik sahaja iaitu Pombolo Stomata Roketo Mnetikusi Keralamayalampispus (bermaksud Parti Tindakan Demokratik Keralamayalampispus). Akronimnya POMOKAK. 

Sejak POMOKAK berkuasa, tiada parti lain yang boleh menang. Menurut salah seorang pemimpin dari sebuah parti lawan POMOKAK, itu dikeranakan POMOKAK mengamalkan politik Wang pada setiap PRU yang berjumlah berbiliyun ringgit. Pemimpin berkenaan adalah bekas ahli majlis tertinggi POMOKAK yang pernah terlibat dalam sistem yang di buat oleh mantan PM berkenaan (so sumber sohih dan boleh dipercayai lah). 

Semasa perbicaraan yang berjalan selama lebih 36 bulan, para saksi memberikan keterangan mengenai mekanisma mantan PM itu mengumpul wang untuk dana PRU negara itu. Seramai lebih 125 orang proksi, nomini dan benefisiari akaun-akaun amanah bagi pihak mantan dan POMOKAK telah dipanggil dan di soal-siasat. Ada yang terus jadi arwah. Maka di panggil Pentadbir Pesaka yang terbabit memberikan keterangan. 

Berdasarkan keterangan-keterangan 125 orang saksi berkenaan, dana pru dikompol oleh mantan berkenaan melalui pelbagai syarikat milik POMOKAK. Proksi, nomini dan benefisiari diberikan Surat Kuasa Wakil untuk mentadbir akaun-akaun berkenaan bagi pihak POMOKAK. Mahkamah tertinggi Gambira mendapati bahawa jumlah baki telah di bawa lari oleh mantan berkenaan dan tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Antara lain, timbul keterangan mengenai pelbagai jenis akaun pesisir pantai yang di buka atas nama anak beranak mantan berkenaan. Sesetengah dilaburkan dalam syarikat-syarikat pembuat arak dan dagangan petrol. Didapati bahawa sejumlah baki dana tersebut tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Apabila PM yang menggantikan mantan berkenaan meminta beliau memulangkan kesemua wang amanah itu, mantan berkenaan enggan dan memberikan syarat-syarat yang tak masuk akal, kata seorang saksi. 

Bagi melindungi kepentingannya, mantan berkenaan telah menuduh PM Gambira terlibat dalam skandal kewangan. Mahkamah Tertinggi Gambira dalam membacakan keputusan, mengutuk mantan berkenaan sebagai tidak patritok, kianat dan berniat jahat terhadap POMOKAK dan kepentingan Gambira. Mahkamah Tertinggi Gambira juga memutuskan bahawa PM Gambira yang telah difitnah terok oleh mantan berkenaan bebas dari sebarang pertuduhan penyelewengan dan tidak terlibat dalam skandal kewangan seperti yang dituduhkan oleh mantan. 

Demikianlah kisah teladan dari sebuah negara di benua Aprika yang ramai tak tau akan kewujudannya sehinggalah kisah mantan berkenaan menjadi viral di media sosial dan di internet. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...