Khamis, 13 Mac 2014

JANGAN TERLALU OBSES DENGAN SPEKULASI & TEORI SPEKULASI MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT MH370.


Fenomena MH370 bukan asing dalam industri penerbangan di dunia, Dan ianya bukan satu-satunya pesawat yang pernah hilang tanpa dikesan. Hari ini adalah hari keenam pesawat berkenaan hilang . Sudah 144 jam berlalu. Segala fakta dan rumusan teknikal menuju hanya kepada satu kesimpulan, pesawat tersebut 'Hilang'. Tiada sebarang fakta dan bukti lain membuktikan secara sahih bahawa pesawat itu dirampas secara profesional, mengalami kerosakan teknikal atau terhempas ke lautan. Dari segi fakta berdasarkan maklumat sahih, pesawat berkenaan 'ghaib'. 
  1. Soal pesawat sebesar itu ghaib bukan perkara ajaib. Sedangkan matahari yang besar pun hilang ghaib pada waktu malam. Walhal ianya masih ada di angkasaraya. Cuma terlindung dari penglihatan manusia yang berada di zon waktu malam.Begitu juga bulan. Di sianghari kita tak nampak bulan kerana terlindung oleh cahaya matahari yang kuat. Dan hanya kelihatan di waktu malam. Samalah juga dengan bintang-bintang dilangit. Hanya kelihatan pada waktu malam. Tiada kelihatan pada waktu siang. Anihnya, jika anda menaiki pesawat dari satu zon waktu malam dan menuju ke negara dalam zon waktu siang; tentu anda kehairanan seketika dan merasa takjub. Kerana anda berlepas pada waktu malam. Dan tiba di destinasi pada waktu siang. Dan anda jelas boleh melihat seperti ada satu garis pemisah yang amat jelas di antara siang dan malam.

  2. Begitu juga air pasang surut. Kemana perginya air yang surut? Dan kemana datangnya ar yang pasang? Sedangkan airnya tetap sama.Setiaphari kita melihat keajaiban penciptaan Allah Ta'ala. Malah, tengoklah langit bumi sendiri. Tiada tiang yang menyangganya. Tapi langit tetap berada di atas.Begitulah bagi orang yang mahu berfikir. Begitu juga, jika anda melihat bagaimana air masin dengan air tawar tidak bercampur. Seperti ada dinding kelihatan yang memisahkan diantara keduanya. Tidaklah ambe berspekulasi seperti oranglain yang mengatakan pesawat itu berada di alam jin atau bunian. Cuma, ambe mengajak semua berfikir, sedangkan yang berlaku seharian didepan mata kita pun, kita masih tak sedar dan leka dari memerhatikannya. 

  3. Segala keajaiban alam itu tiada sebarang konspirasi daripada mana-mana pihak pun. Begitu jugalah dengan fenomena ghaibnya pesawat MH370. Kesemua fakta mengatakan ianya ghaib. Setakat ini, tidak ada sebarang bukti kukuh dan konkrit mengatakan ianya dirampas atau terhempas.

  4. Media asing sedang rancak memainkan pelbagai teori konspirasi. Cuba menjawab teka-teki kehilangan pesawat MH370. Tapi, kita perlu skeptikal dengan apa yang disampaikan oleh mereka. Termasuklah segala teori-teori yang tersebar di alam maya. Usah leka berhalusinasi dan leka berkhayal dengan teori-teori yang berdasarkan kepada andaian-andaian imaginasi orang lain.

  5. Selagi kita tidak menemui pesawat berkenaan, selagi itulah kita perlu menjadi skeptikal dengan semua teori-teori yang dikemukakan. Apa yang terbaik buat kita ialah berdoa, bersolat dan memohon agar pesawat berkenaan dijumpai dalam keadaan selamat. Krew dan penumpangnya selamat. Itulah saja keyakinan kita buat masa ini. Jangan biarkan anda diperkotak-katikkan oleh media asing dan pihak lain yang rancak dan seronok berteori mengikut selera mereka sendiri. Kita buktikan kepada seluruh dunia, bahawa kita adalah manusia yang rasional dan waras. Sukar untuk disogokkan dengan cerita-cerita fiksyen dan ramalan oranglain. 

Selasa, 11 Mac 2014

PESTA SARKAS SUDAH BERMULA! MAMA KAJANG TANDING ALA COMEL COMEL FUN


Blog ini diwujudkan untuk memberikan warna-warni keceriaan kepada senario politikal Malaysia dewasa ini. Oleh itu, blog ini hanya berminat untuk mencantikkan lagi suasana politik. Kenapa ambe begitu sinikal kepada PRK KAJANG @ menurut jenama PKR ianya THE KAJANG MOVE, dan pada ambe ianya KAJANG SODOMI? 
  1. Rakyat masih lagi terpinga-pinga dengan pelbagai naratif fiksyen mengenai kehilangan pesawat penerbangan MH370. Sudah masuk hari ke empat. Masih belum diketemui. Pelbagai spekulasi ditimbulkan. Rakyat diancam agar tidak membuat spekulasi. Bermakna, pemerintah sedang menjalankan operasi MANIPULASI INFORMASI. Ianya bukan satu tindakan kejam atau zalim daripada pemerintah. Ini kerana pemerintah ada info- info tertentu yang kemungkinan besar amat sensitif kepada keselamatan nyawa krew dan penumpang MH370. Berilah Manafaat Keraguan kepada pemerintah waima tindakan mereka nampak begitu takde telor. Tapi, sekuarang-kurangnya, kita ada pemerintah yang memberikan BRIM KRIM PRIMA KRIMA DRIMA dan macam-macam ritma. Mengkritik adalah kerja paling mudah dan senang berbanding memerintah. Terutama bila IQ pihak pemerintah kelihatan agak setara IQ pembangkang yang lebih rendah berbanding IQ majoriti rakyat. 

  2. Hari ini, hari penamaan calon bagi Sarkas Kajang. Seperti yang di duga, ianya menjadi pertandingan satu tanding satu. Setelah Papa hilang kelayakan bertanding hari Jumaat 7hb Mac 2014, kerana disabitkan hukuman dan kesalahan meliwat, maka Mama dipertaruhkan. 

  3. Pihak BN pula dari awal mempertaruhkan Chew Mei Fun. Di jual dengan ayat-tanda Comel Fun (ambe agak keliru samda calun BN bertanding di dalam pertandingan Ratu Cantik atau PRK?). Tak mengapalah. Jika ayat-tanda itu pada fikiran Tangki Pemikir dan Strategis BN adalah terbaik, maka terbaiklah buat mereka. Rakyat akan menentukan di peti undi. Kita berikan Manafaat Keraguan kepada mereka. 

  4. Calun BN adalah seorang pemimpin wanita MCA. Pernah meletakkan semua jawatan kerana tidak bersetuju dengan salahlaku seks mantan Presiden MCA, Chua Soi Lek. Beliau kembali semula bilamana Chua Soi Lek tidak lagi menjadi Presiden MCA. 

  5. Mama Kajang pula adalah seorang wanita yang mempunyai impian tersendiri. Cuma bezanya, Mama Kajang ialah seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim, seorang Binatang Politikal tersohor. Mama Kajang juga pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Papa. Ringkasnya, Mama Kajang mantan Ahli Parlimen yang letak jawatan menggantikan ADUN yang meletak jawatan. Keduanya jenis boneka politikal yang Menang Hari Ini, Esok Letak Jawatan. 

  6. Kelebihan Mama Kajang terletak kepada populariti imejnya selaku wanita malang. Manakala kelebihan Chew Mei Fun pula kerana ketegasan pendiriannya. Mama Kajang berbangsa Melayu dan Mei Fun berbangsa Cina. DUN Kajang N.25 adalah seimbang dari komposisi kaum Melayu dengan Cina. Dimana:-
    Melayu - 48 peratus 
    Cina - 41 peratus 
    India - 10 peratus.
    Jumlah pengundi berdaftar seramai 39,600 orang. 
    Pecahan pengundi mengikut jantina ialah
    Perempuan : 50 peratus 
    Lelaki : 49 peratus
    Terdahulu sebelum PRU 12, dan 13, DUN Kajang dikuasai oleh BN dari calun MCA. 
    Selepas itu dikuasai oleh PKR dari calun berbangsa Cina selama dua penggal berturut-turut dengan majoriti naik. 
  7. Cuma ambe terfikir, pada pandangan dan di minda pengundi PRK Kajang, apakah pandangan dan minda mereka mengenai kedua calun?
    Apakah penilaian yang mereka gunakan?
    Bagaimanakah mereka membuat pilihan mereka?
    Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mereka?
    Apakah semua etnik pengundi memperolehi manafaat yang samarata daripada semua mantan ADUN sebelumnya?
    Apakah pengharapan mereka?
    Apakah matlamat mereka?

  8. PRK Kajang adalah titik untuk kita menilai sejauhmana kematangan dan kedewasaan kedua belah pihak berkempen dan berpolitik untuk mencapai KEMENANGAN. Dan selepas itu, untuk berkhidmat kepada para pengundi yang memberikan mereka kemenangan dan yang tidak mengundi mereka.

  9. Kita semua berharap agar kempen kedua belah pihak tidak menjurus dan cenderung kepada CARA SARKAS DATANG KE PEKAN. Kita mahu tahu apakah yang ditawarkan oleh kedua belah pihak kepada pengundi DUN Kajang. Dan adakah tawaran mereka menarik atau sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. 


Isnin, 10 Mac 2014

MH370 & PRK MAMA KAJANG


Dalam masa yang sama , ayat dari Surah YaaSiin dipergunakan bagi menyediakan satu fokal poin dalam minda rakyat. Selain itu, dalam satu sidang media, Pengarah DCA menolak dakwaan mengenai satu kumpulan dari China yang mendakwa bertanggungjawab ke atas MH370. Dikatakan satu sidang media pada jam dua belas tengahari ini akan di buat. 

Sementara itu, Himpuan Reformasi 2.0 dikhabarkan telah gagal semalam. Dan Papa Anwar Ibrahim tergesa-gesa pulang ke Pulau Pinang. Digosipkan, Papa Anwar Ibrahim akan cabut. Pencalonan Mama Wan Jeejah sudah diwar-warkan sebagai ganti calon. Adakah Mama Wan masih relevan ? Dan adakah mama Wan Jeejah akan membawa malapetaka besar kepada PKR atau kemenangan besar?




Ahad, 9 Mac 2014

PRK KAJANG: PAPA ADA MAMA WAN JEEJAH, BN ADAAA??????

KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

MH370- KREW, PENUMPANG & KELUARGA MEREKA PERLUKAN DOA ANDA DAN BUKAN TEORI SPEKULATIF ANDA.@NajibRazak


Sabtu, 8hb Mac 2014, dalam penerbangan ke Beijing, pada jam 2.14 a.m. MH370 yang membawa penumpang dari pelbagai warganegara dan dua orang bayi, telah hilang dari radar.Segala hubungan radio terputus.

Bilamana penerbangan MH370 tidak mendarat di Beijing pada jam 6 pagi, satu sidang media daripada pengurusan MAS di buat untuk makluman awam. Aset ATM digunakan bagi operasi Mencari & Menyelamat.

Laporan-laporan media asing seperti CNN, media Vietnam dan BBC, kesemuanya telah memberikan spekulasi-spekulasi. Mereka melapurkan mengenai dua paspot palsu dan dua paspot curi. Tapi tiada sebarang kenyataan rasmi mengesahkannya daripada sumber-sumber rasmi pihak pengeluar paspot. Manakala tindakan di pihak gomen, dispekulasikan dan dipintal oleh puak siberok PKR dengan lawak jenaka bodoh melampau, 

Pemimpin pembangkang seperti Teresa Kok, Mohamad Nizar dan ramai lagi menunjukkan sikap tak cakna mereka. Pemimpin-pemimpin BN dan siber tropa BN, lebih fokus dalam menjaga sensitiviti insiden dan emosi ahli keluarga krew dan penumpang.

Pada awalnya, timbul dua spekulasi mengenai MH370. Pertama, mengenai pendaratan kecemasan di China. Kedua, spekulasi mengenai laporan media Vietnam yang menyandarkan kepada kenyataan pegawai tentera laut Vietnam. Keduanya telah dinafikan secara rasmi oleh pihak kerajaan masing-masing. 

Ambe berpendirian hanya mempercayai sumber-sumber rasmi. Kemudian barulah membuat deduksi tertentu daripada lapuran-lapuran berkenaan. Pada masa ini, sehingga diketahui secara rasmi mengenai MH370 berkenaan, ambe pendamkan saja segala deduksi.

Ada kepentingan yang lebih besar daripada membuat ramalan nujum dan spekulasi mengenai kehilangan misteri MH370. Tapi ambe yakin dan percaya, MH370 tidak terhempas. Ini kerana faktor pilot MH370 yang mempunyai kecintaan mendalam dalam penerbangan. Beliau juga diketahui mempunyai rasa perikemanusiaan yang amat tinggi. Sayangkan nyawa. Terdapat banyak lokasi terdekat dan mampu mendaratkan MH370 dengan selamat.

Sewaktu MH370 dikatakan hilang dari radar dan terputus hubungan radio, MH370 masih mempunyai minyak untuk berada di ruang udara selama enam jam penerbangan. Ini adalah deduksi ambe sendiri. Oleh itu, agak mustahil MH370 terhempas. Tiada laporan cuaca mengatakan ada ribut.

Pada masakini, pihak DCA tidak menolak sebarang kemungkinan. dan kita pula berkewajiban untuk memendamkan segala spekulasi liar dan negatif mengenai MH370.Kita perlu mendoakan keselamatan krew dan penumpag MH370. Itu yang lebih utama daripada membuat spekulasi-spekulasi liar. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...