Fenomena MH370 bukan asing dalam industri penerbangan di dunia, Dan ianya bukan satu-satunya pesawat yang pernah hilang tanpa dikesan. Hari ini adalah hari keenam pesawat berkenaan hilang . Sudah 144 jam berlalu. Segala fakta dan rumusan teknikal menuju hanya kepada satu kesimpulan, pesawat tersebut 'Hilang'. Tiada sebarang fakta dan bukti lain membuktikan secara sahih bahawa pesawat itu dirampas secara profesional, mengalami kerosakan teknikal atau terhempas ke lautan. Dari segi fakta berdasarkan maklumat sahih, pesawat berkenaan 'ghaib'.
- Soal pesawat sebesar itu ghaib bukan perkara ajaib. Sedangkan matahari yang besar pun hilang ghaib pada waktu malam. Walhal ianya masih ada di angkasaraya. Cuma terlindung dari penglihatan manusia yang berada di zon waktu malam.Begitu juga bulan. Di sianghari kita tak nampak bulan kerana terlindung oleh cahaya matahari yang kuat. Dan hanya kelihatan di waktu malam. Samalah juga dengan bintang-bintang dilangit. Hanya kelihatan pada waktu malam. Tiada kelihatan pada waktu siang. Anihnya, jika anda menaiki pesawat dari satu zon waktu malam dan menuju ke negara dalam zon waktu siang; tentu anda kehairanan seketika dan merasa takjub. Kerana anda berlepas pada waktu malam. Dan tiba di destinasi pada waktu siang. Dan anda jelas boleh melihat seperti ada satu garis pemisah yang amat jelas di antara siang dan malam.
- Begitu juga air pasang surut. Kemana perginya air yang surut? Dan kemana datangnya ar yang pasang? Sedangkan airnya tetap sama.Setiaphari kita melihat keajaiban penciptaan Allah Ta'ala. Malah, tengoklah langit bumi sendiri. Tiada tiang yang menyangganya. Tapi langit tetap berada di atas.Begitulah bagi orang yang mahu berfikir. Begitu juga, jika anda melihat bagaimana air masin dengan air tawar tidak bercampur. Seperti ada dinding kelihatan yang memisahkan diantara keduanya. Tidaklah ambe berspekulasi seperti oranglain yang mengatakan pesawat itu berada di alam jin atau bunian. Cuma, ambe mengajak semua berfikir, sedangkan yang berlaku seharian didepan mata kita pun, kita masih tak sedar dan leka dari memerhatikannya.
- Segala keajaiban alam itu tiada sebarang konspirasi daripada mana-mana pihak pun. Begitu jugalah dengan fenomena ghaibnya pesawat MH370. Kesemua fakta mengatakan ianya ghaib. Setakat ini, tidak ada sebarang bukti kukuh dan konkrit mengatakan ianya dirampas atau terhempas.
- Media asing sedang rancak memainkan pelbagai teori konspirasi. Cuba menjawab teka-teki kehilangan pesawat MH370. Tapi, kita perlu skeptikal dengan apa yang disampaikan oleh mereka. Termasuklah segala teori-teori yang tersebar di alam maya. Usah leka berhalusinasi dan leka berkhayal dengan teori-teori yang berdasarkan kepada andaian-andaian imaginasi orang lain.
- Selagi kita tidak menemui pesawat berkenaan, selagi itulah kita perlu menjadi skeptikal dengan semua teori-teori yang dikemukakan. Apa yang terbaik buat kita ialah berdoa, bersolat dan memohon agar pesawat berkenaan dijumpai dalam keadaan selamat. Krew dan penumpangnya selamat. Itulah saja keyakinan kita buat masa ini. Jangan biarkan anda diperkotak-katikkan oleh media asing dan pihak lain yang rancak dan seronok berteori mengikut selera mereka sendiri. Kita buktikan kepada seluruh dunia, bahawa kita adalah manusia yang rasional dan waras. Sukar untuk disogokkan dengan cerita-cerita fiksyen dan ramalan oranglain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan