Jumaat, 24 Februari 2012

DEWA ZEUS DI BUKIT ILMU SEKSYEN 1 SHAH ALAM?

Menara UiTM, Bukit Ilmu, Seksyen 1 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tidak ramai yang tahu nama bukit di mana terletaknya menara UiTM yang menjadi mercutanda institusi pengajian tinggi bagi bumiputera selama ini. Ya la mana nak tahu kalau tak pernah bersekolah kat situ kan. Nama bukit tersebut ialah Bukit Ilmu dan itulah Seksyen 1 Shah Alam. Seluruh Bukit Ilmu itulah Seksyen 1 Shah Alam. Amacam ? Terkejut tak? Macamana tak terkejut kalau tak sekulah kat situ. Perhatikan nama jalan-jalan yang ada di situ semuanya bermula dengan Jalan 1/1-32. Di Shah Alam setiap batang jalan akan dimulai dengan nombor seksyen. Ok sudah berpuashati dengan penjelasan ini? Tengok peta di bawah:-


Terkini, kelihatan isu VC UiTM Dato' Sahol menjadi punca hangat di antara beberapa grup bloger pro BN sampai ke tahap gaban. Hamba tak kenal lah siapa VC UiTM Dato' Sahol kerana hamba cuma kenal Nik Rashid, Dato' Dr. Hj Mohd Mansor Salleh dan Dato' Ir. Hj Ahmad Zaidee Laidin sahaja. Mereka bertiga ini pada Hamba merupakan manusia-manusia hebat kerana UiTM berada di kemuncak pada zaman mereka. Sebelum itu Hamba hendak isytihar bahawa Hamba tidak ada sebarang masaalah dengan mana-mana bloger yang bernaung dengan mana-mana grup yang bertelingkah.


Isu VC UiTM Dato Sahol pada fikiran hamba amat elok lah tidak diresapi oleh unsur-unsur yang bersifat dendam peribadi kepada Papa Gomo dan kumpulannya. Tak perlu lah menuduh Papa Gomo dengan tuduhan gelaran Tuhan Bloger. Juga tidak perlu lah sampai ke tahap kutuk mengutuk dan menyumpah seranah antara satu sama lain. Tuduhan dan kritikan itu agak melampau.Dengarkata sebelum ini sudah setel jadi elok setel je la. Samalah juga sebelum ini kritikan dan teguran Hamba kepada Pengerusi UMB akibat teguran hamba kepada anak-anak buah UMB yang tidak berpuashati di atas layanan yang mereka terima semasa PAU 2011 lalu. Itu sudah disetelkan. Mengapa dalam hal ini tidak boleh disetelkan?

Berdasarkan fakta adalah benar dua orang anak VC UiTM Dato Sahol menerima biasiswa dalam salah satu program UiTM. Ini telah menimbulkan banyak persoalan. Walaupun BPR (kini SPRM) tidak mengambil tindakan tetapi ada menasihati pentadbiran dan pengurusan UiTM agar memberikan nasihat kepada Dato Sahol. 

Sepak terajang di dalam UiTM ini hamba sudah amat masak sekali. Tidak perlu kita membawa sepak terajang dalaman UiTM ke gelanggang di luar UiTM. Biarkan saja mereka yang bersepak terajang sesama sendiri. Bila penat nanti mereka berhenti dan setel sesama mereka. Pentadbiran UiTM ada cara dan kaedah tersendiri untuk menyelesaikan semua masaalah dalaman mereka. Nak buat macamana kan? Mereka yang diberikan pangkat kemudahan dan berkuasa di UiTM kadangkala terlupa nak tengok dan menghafal nama jalan-jalan di kawasan kampus induk UiTM di Bukit Ilmu. Entah-entah nama Bukit itu pun mereka tak berapa nak ambil kisah.

Kepada semua rakan-rakan bilamana kita membangkitkan sesuatu isu jangan terbawa-bawa di dalam emosi tersendiri. Mengkritik dan mempersoalkan kewibawaan seorang VC UiTM tidak bermakna pengkritik itu tidak sayangkan UiTM dan begitulah sebaliknya. Institusi tidak mewakili individu dan individu bukanlah institusi.

Buanglah jauh-jauh ego dan sikap keras kepala masing-masing.Hamba menyentuh isu ini setakat ini sahajalah dalam ruang litup pergeseran yang berlaku. Jika ada sebarang artikel balas, Hamba buat tak tahu saja ler. Sebab manusia ini hanya boleh dinasihati dan tidak boleh di paksa menuruti nasihat yang diberikan. Masing-masing dah besar dan panjang serta mampu menghamilkan mana-mana wanita. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KETUA PEMUDA PAS SUDAH MASUK UMNO KE?


TAFSIRAN KENYATAAN KETUA PEMUDA PAS:-
  1. Pembangkang bermentaliti kelas-rendah (Jumud)
  2. PAS tidak dipedulikan oleh rakan sekutu dalam Pakatang
  3. PAS sudah tidak ada maruah dan harga diri lagi.
  4. Pakatang tidak pandai mentadbir
  5. Pakatang hanya tahu membangkang sahaja.
  6. Pakatang tidak menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi negara.
  7. Budaya Politik Pembangkang  tidak matang dan tidak akil baligh lagi.
KESIMPULAN:
  1. Regim Sosialis Pakatang tidak mampu mentadbir Malaysia secara bersama.
  2. Tidak ada kesepakatan yang mantap di antara mereka.
  3. Jawatan dan harta rampasan merupakan "Tajuk Utama' perjuangan politik mereka.
TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN:

Jangan mengundi mana-mana parti politik yang memberntuk regim Sosialis Pakatang pada PRU 13 dan seeterusnya. Undi sahaja Barisan Nasional untuk masa depan yang lebih stabil dan progresif demi agama bangsa dan negara serta anak-cucu di masa depan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BAI'AH INI JIKA DI BUAT DI JAMIN BOLEH NAMPAK JULA JULI BINTANG 7.

Dalam banyak-banyak Bai'ah bikinan PAS, berikut adalah salah satu Bai'ah yang mana jika diamalkan mampu meningkatkan bilangan jumlah ibu tunggal secara mendadak. Inilah salah satu jenis Bai'ah yang tidak perlu pun diamalkan kerana merugikan diri sendiri, isteri, anak, agama, bangsa dan negara.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Khamis, 23 Februari 2012

BAI'AH YANG MANA SATU? WEHHH !!! TOLONG JELASKAN.



BAI'AH.

Apakah makna Bai'ah dari segi bahasa?

Apakah makna Bai'ah dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w.?

Apakah hukum syarie' mengenai Bai'ah?

Apakah jenis-jenis Bai'ah?

Empat soalan di atas tidak pernah di tanya oleh orang awam selama ini. Kebanyakannya apabila di suruh berbai'ah masing-masing pun main ikut sajalah. Semuanya menjadi pak turut belaka. satu soalan pun tidak di tanya oleh mereka. Tok Guru dan Ustaz suruh bai'ah maka berbai'ahlah. Sepatah haram pun tak faham pasal Bai'ah masih nak berbai'ah. Pelik betul amalan orang Islam di Malaysia kerana perkara yang tidak diketahui pun masih mahu diamalkan oleh mereka.

Bai'ah adalah kalimah yang berasal dari bahasa 'Arab yang digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu tanpa mengubah bunyinya serta maknanya tetapi di ubah ejaannya dari huruf 'Arab kepada huruf Romawi ikut lidah Melayu.  Itulah salah satu keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu, Habis semua bahasa dalam dunia ini boleh dibunyikan dan dieja semula mengikut nahu, sebutan dan ejaan bahasa Melayu tanpa makna asalnya di ubah sedikit pun. Hebat bahasa Melayu. Cuma yang tidak hebat ialah orang Melayu yang tidak tahu betapa hebatnya bahasa Melayu ini. Tapi berapa ramai yang tahu makna Bai'ah sebenarnya dan amalan bai'ah yang dibenarkan di dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w. ?

Kita membaca sedikit mengenai Bai'ah yang telah di sentuh oleh rakan bloger GAP di sini:-
Soalan: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin.
Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?
Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :
Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة
بدعة ، وكل بدعة ضلالة
Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allahserta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba,kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku,berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu sertahati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yangdiadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].
Serta sahih juga baginda bersabda:
على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة
Maksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
إنما الطاعة في المعروف
Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”.
[al-Bukhari dan Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعة
Maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan (bai’at)”. [Muslim].
Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah. Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kufur yang jelas untuk MENASIHATINYA sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.
[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].
Hendaklah kita bezakan antara bai'at kepada pemerintah dengan bai'at kpd parti.. sama ada parti itu UMNO atau PAS atau Lainnya, bai'at kepada parti-parti ini TIDAK BOLEH sama sekali kerana yang ada di dalam ISLAM ialah bai'at kepada pemerintah. konteks Malaysia Raja2 dan Sultan2 kemudian PM dan MB dan KM yang dlantik oleh baginda2 raja tidak kiralah mereka tu dari parti mana.
Dalam penjelasan di atas masih ada sedikit kekurangan. Adakah kita turut diharuskan atau diwajibkan berbai'ah kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Jemaah Menteri  yang bukan beragama Islam di atas usul Dewan Undangan Negeri dan/atau Dewan Rakyat dan/atau Perdana Menteri untuk diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-raja? 


Soal bai'ah ini perlu diperjelaskan dengan terperinci oleh para ulama' yang bukan di dalam kategori ulama' berkepentingan. Soal mengenai hukum-hakam bai'ah ini adalah termasuk di dalam soal syarie bagi orang Islam tanpa mengira keturunan mereka. Tetapi adakah rakyat Malaysia yang menganut agama selain Islam turut diperhatikan di dalam permasalahan Bai'ah ini?

Jadi kita perlu kembali mengambil jalan Wassatiyyah dalam menerangkan sejelas-jelasnya mengenai bai'ah ini kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apakah agama mereka dan keturunan mereka. 

Kesimpulannya kepada pihak yang berkenaan wajib memperjelaskan mengenai hukum-hakam Bai'ah ini kepada semua rakyat Malaysia melalui jalan Wassatiyyah. Jadi Hamba dok tunggu la nie penjelasan terperinci mengenainya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GAMBAR BOGEL, ELI TUDUH HELMI TUDUH AZMIN ALI TUDUH UMNO....


Isu skandal penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong (ADUN PKR-EXCO Selangor) memanglah terbaik dan terhangat di pasaran tak kira lah pada masa sekarang atau dulu atau akan datang. Siapakah dalangnya dan apakah motif penyebaran gambar tersebut menjadi tanda tanya rakyat Malaysia. Menurut Hilmi Azimin Malek:-
“Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).
“Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu,” kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu.
Hilmi, 37, membuat pendedahan itu ketika ditemui wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia selama tiga hari sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.
Sejak tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pelarian sebelum ditahan pada 3 Februari lalu, Hilmi masih disiasat oleh polis Indonesia mengenai dokumen palsu yang digunakan sepanjang berada di Indonesia.
Mengimbau saat-saat mula tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth, Hilmi memberitahu, dia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu ada bertemu bagi membincang mengenai perkara mengaibkan itu.
“Kami sama-sama duduk dan sama-sama menangis mengenang musibah yang menimpa diri Elizebeth,” katanya yang kemudian mengambil keputusan untuk sama-sama tidak membuka mulut mengenai isu tersebut kepada mana-mana pihak.
Namun timbul persoalan di sini yakni kenapa perlunya Hilmi Azimin Malek berada di dalam perlarian jika beliau tidak bersalah? Orang PKR sentiasa melakukan perkara-perkara anih dan tidak masuk akal. Apabila terkantoi mereka akan mengambil jalan mudah cuba menyakinkan mereka tidak bersalah dengan mempersalahkan pihak lain. 

Di luar negara mana-mana pemimpin politik yang terlibat dalam skandal seks pasti akan musnah dan punah ranah kerjaya mereka. Tidak di Malaysia. Di Malaysia semakin hangat skandal seksual mana-mana pemimpin politik itu didedahkan semakin meningkat pula populariti pemimpin tersebut. 

Kesimpulannya, di Malaysia ini sudah terlalu ramai pemimpin politik dikaitkan dengan skandal seksual tapi meeka cukup kebal dari kesan dan impak kehilangan jawatan. Namun rakyat di akar umbi akan menghukum pemimpin-pemimpin kategori tersebut di peti undi.Itu juga bermakna parti politik di mana pemimpin-pemimpin politik tersebut benaung turut terhukum dek kerana malas dan amat liat hendak menghukum pemimpin-pemimpin seperti itu di dalam parti mereka sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...