Jumaat, 30 September 2011

JOM HENTAM! PERLEMBAGAAN TAK PERLU DI PINDA KATA AZIZ BARI.

Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar

Oleh G Manimaran
September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.

“Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

“Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, “logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah.”

“Ini tidak masuk akal,” kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.”

Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu.

“Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi,” katanya lagi.

Jelas Aziz, piawaian atau standard atau pun penanda aras yang Perlembagaan Persekutuan gunakan ialah sesuatu yang jelas dan objektif.

“Perlembagaan tidak menggunakan penanda aras atau ukuran yang kabur seperti sekular atau demokrasi. Jelasnya perlembagaan menggunakan piawai yang objektif seperti bidang kuasa siapa dan sebagainya,” tambah beliau.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-pemimpin-dap-pas-keliru-dalam-soal-perlembagaan-kata-pakar/

Pendapat kedua.

Hudud: Perlembagaan tak benar, Majlis Peguam minta henti retorik politik

Oleh G Manimaran
September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presidennya Lim Chee Wee (gambar) berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

Dalam laporan terdahulu hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

“Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud,” kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

“Majlis Peguam menggesa kesemua pihak agar memberi fokus untuk memperkukuhkan keluhuran undang-undang dan proses demokratik demi kebaikan Malaysia,” katanya lagi sambil berkata, badan profesion peguam itu bimbang dengan perdebatan politik sejak beberapa hari lalu berhubung usaha kemungkinan menghidupkan usaha pelaksanaan hudud — kelas kes dan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam.

“Undang-undang itu dengan sendirinya tidak membolehkan pelaksanaan hudud oleh negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan.

“Berkaitan dengan sifat-sifat kesalahan sedemikian, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan kuasa kerajaan pusat.

“Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan kadar hukuman yang berbeza hanya bagi Muslim,” katanya.

Malah kata beliau, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada kesemua warganegara termasuk Muslim di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan skop hukuman bagi kesalahan-kesalahan bertentang dengan prinsip Islam, ruang (pelaksanaan) seharusnya dibenarkan oleh undang-undang peringkat persekutuan,” katanya.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menyediakan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah di setiap negeri tidak boleh menggunakan bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara melebihi tiga tahun ataupun denda melebihi RM5,000 ataupun sebatan melebihi enam atau kesemuanya.

Kata Lim, oleh kerana hudud merupakan undang-undang keseksaan, ia terletak di bawah bidang kuasa Parlimen peringkat persekutuan.

“Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan undang-undang jenayah dan prosedur, malah berkaitan keselamatan dalam (negara) dan ketenteraman awam, di bawah senarai Persekutuan.

“Perkara-perkara itu tertakluk di bawah budi bicara Parlimen Persekutuan dan bukannya Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

Dengan merujuk kepada kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988, kata Lim, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan hukum hudud tidak boleh dikuatkuasakan.

Malah kata beliau, laporan-laporan media termasuk kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud hanya ke atas Muslim dan bukannya bukan Islam, menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Seorang pesalah kalangan Muslim akan berhadapan dengan hukuman yang ketat bagi kesalahan yang sama, ia berbeza berbanding bukan Islam.

“(Malah) seorang Muslim juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan yang berbeza — satu di bawah hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah Artikel 7(2) Perlembagaan Persektuuan,” katanya lagi.

Aziz dalam kenyatannya menyebut, “setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud.”

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

Beberapa ahli politik juga telah melahirkan pandangan yang seiring dengan Lim.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-perlembagaan-tak-benar-majlis-peguam-minta-henti-retorik-politik/

AL KISAH PUTERA KODOK JILAT LUDAH.

Wa sutak kantoi .... mana papa wa ????

Dikatakan Guan Eng putera Kodok mohon maaf tapi dalam nada mempersalahkan media massa kerana tersilap memetik kenyataan beliau. Iya? Putera kodok masih tak jumpa puteri yang mampu menukarkannya menjadi manusia. Puteri UMNO enggan membantu putera Kodok kerana terlalu huduh dan menakutkan sekali. Baca seterusnya di sini DR NOVANDRI 

Manokharem dikenakan tindakan disiplin di gantung keahlian selama enam bulan gara-gara mendedahkan Agenda DAP kepada umum. Kini bagaimankah agaknya Raja Kodok mahu anaknya sang putera Kodok dikenakan tindakan disiplin?

Jangan bimbang anda tahu jawapannya. Bukankah DAP sebuah parti RASIS yang mementingkan MERITOKRASI KECINAAN UKTRA KIASU? Manokharem adalah orang India. Jadi faham-faham sajalah.

Kak Wan Jijah dan Isham Rais taknak komen ke? ..... Ehh mana plak diaorg berdua ni lari ??? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BRO NAJIB WA SOKONG LU , WA TATAK SOKONG NAMEBABEWEE MAA.

namebabewee lu manyak suwey.... pigi main jauh-jauh maa

Blo Najib, wa memang suke Gagasan 1 Malaysia. Wa sokong lu sibab lu punya pikir ada bagus. Itu Namebabewee wa tatak sokong. Itu olang manyak bikin kacau punyer. Namebabewee mao sokong gagasan 1 Malaysia itu lia olang punya pasat tapi wa tatak sokong sama lia olang. Lia manyak kurang ajar punya budak. Lia olang pikir lia olang manyak bagos. Lia tatak mintak maap. Wa mimang tetap boikot lia olang punye pilem. Pilem lia olang macam hancai. Kasi bikin sapu tandas lagi bagos. Itu pilem wa pikir mukan pasat 1 Malaysia. Itu pilem pasat lia olang mao tunjuk bagos sama olang lain. Lia olang mao cali makan saja maa. Lia olang manyak kacau sama gagasan 1 Malaysia muleh bikin rusak sama itu gagasan. Itu olang kasi litak lalam lokap manyak bagus punya. Itu budak namebabewee mimang sutak lahir manyak suwey. Lia olang tatak ong punyer. Wa tatak mao lia olang punya suwey likat sama Gagasan I Malaysia maa. Wa lispek sama lu bro Najib. Wa tatak lispek sama itu budak kulang ajar namebabewee. BN manyak setelong punyer. Itu Gagasan 1 Malaysia tatak pelu sama itu budak namebabewee. Wa tatak kasi cans sama itu budak kulang ajar punya. Itu saja wa mao ciakap. 

(Kadangkala kita perlu bercakap menyatakan yang benar walaupun pahit).
TEPUK DADA TANYA IMAN!

MAT SYABU TUNJUK MACHO DEPAN KAK WAN JIJAH.


Sekur lagi calun Putera Kodok idaman hati buat kak Wan Jijah yang kesunyian lagi sepi. Mat Syabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran PERKASA NEGERI SEMBILAN. 


PERKASA N9 telah memberikan amaran akan membuat protes lagi terhadap Mat Syabu jika beliau berceramah di Negeri Sembilan.

Mat Syabu dijangkakan akan memberi ceramah di DUN Paroi pada 6hb Oktober ini.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.



PERKASA Negeri Sembilan tetap menuntut Mat Syabu memohon maaf di atas kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong. Insiden di Ampangan, Seremban yang menyebabkan tercetus perkecohan akibat protes PERKASA Negeri Sembilan tempohari.


Mungkin Mat Syabu telah mempelajari seni bela diri dalam sebuah klip video sebelum ini. 


Kita tengok sajalah nanti mana keutamaan Mat Syabu yang sahabat bloger MPP labelkan sebagai 'sudah dirasukki semangat Mat Indera'. Apapun kita tanya komen akaq Wan dengan Isham Rais. Ehhh .... hilang lagi!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

20 TAHUN KAK WAN JIJAH PENAT TUNGGU JANJI HUDUD PAS.

Jom layan klip video ini di mana, pemimpin PAS berdegar-degar mempertahankan janji-janji lama untuk laksanakan hudud sejak 20 tahun dahulu tapi masih gagal melaksanakan dan mengotakan janji mereka sendiri. Membuktikan bahawa Hudud hanyalah modal politik PAS sahaja. Sedangkan untuk bezakan antara Kafir Harbi dengan Orang Islam PAS mempunyai masalah yang amat serius sekali.



tak perlu mintak komen akaq Wan dan Isham Rais keduanya akan menjawab ..... Kami hormati pendirian PAS terutama menyokong pembohongan mereka mengenai Hudud.
Tak percaya cubalah tanya mereka berdua jika berkesempatan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...