Rabu, 7 September 2011

GAP SEPAK PENALTI MASUK GOL PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS!


Seperti amalan biasa, GAP membelasah dan terus membalun sesuka hatinya ke atas Pakatan Sosialis Pro Komunis. Jika dizahirkan tindakannya itu seolah-olah kita melihat pertandingan silat Melayu jenis ganas lawan silambam, taichi, wushu, tomoi gaya Utara dan tinju. 


Semput nafas Pakatan Sosialis Pro Komunis di balun terus menerus tanpa henti oleh GAP. Tindakan pergi melancong sambil tarik menarik ke Jerman oleh Khalid G menerima buah pukul GAP. Terjamin teramat sakit hati dan pedih hempedu Pakatan Sosialis Pro Komunis dengan buah pukul GAP. 

Betul lah apa yang GAP tuliskan, setelah 3 tahun 6 bulan bersamaan dengan 42 bulan bersamaan dengan 1,260 hari bersamaan dengan 30,240 jam, barulah terfikir oleh Khalid G untuk menccari pelabur. Baru hendak mencari. Belum dapat lagi. Berbincang sahaja. 

Anwar Ibrahim kemain gah berkata sebleum PRU 12, " Hari ini menang esuk harga petrol turun' begitu juga pada masa mereka pamirkan buku Jinggay ' 100 hari rakyat senang kami belanja rakyat bayar!' Bahkan berkokok masa memperkenalkan polisi C.A.T 'Apa susah sangat, dah ada kuasa, kami jamin perkhidmatan cepat!' cepat sedikit dari seekor siput babi.

Bila dipersoalkan dimanakah janji-janji lain, cepat pula mereka berikan jawapan ' Kami baru perintah 3 tahun!' Masa Jepun tengah 'power' Jepun mampu tawan seluruh Asia Tengara kurang dari 3 bulan sahaja. Mujurlah rakyat Malaysia ini lebih cerdik daripada Pakatan Sosialis Pro Komunis. 

Sebelum PRU 12, rakyat fikir, cemuh dan kritik serta hendak berikan pengajaran kepada Barisan Nasional. Ya betul. Tapi pengajaran kepada Barisan Nasional tempias teruk kepada rakyat juga. Akhirnya apa rakyat dapat daripada Pakatan Sosialis Pro Komunis?

Dana awam sudah banyak habis digunakan oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis bagi agenda-agenda yang tidak membantu rakyat contohnya majlis keraian, billboard, demonstrasi jalanan, upah bloger, upah fesbuker dan buat siri ceramah cemuh sana cemuh sini. 

Harakahdaily mencemuh lagi polis mendakwa anggota polis mabok semasa serangan komunis. Sepatutnya KDN dan PDRM ambil tindakan ke atas Harakahgeli.

Sudah ramai bekas polis dan tentera merungut dan sedar jenis politik PAS apabila Mat Syabu keluarkan kenyataan sokong komunis. Sebenarnya Mat Syabu dan PAS yang sedang mabok. Mabok kuasa ! Mabok duit!

Jasa polis hutan KOMANDO VAT 69 dan tentera selepas 1957 sehingga 1989 lebih besar jasanya dan pengorbannya berbanding bekas Rejimen ke 10 PKM yang sudah tua dan kecewa kerana tidak diiktiraf. 

Bayangkan keras kepalanya bekas anggota PKM dan Rejimen ke 10 PKM, dari tahun 1948 -1989 hampir selama 41 tahun berjuang enggan terima kemerdekaan negara hanya semata UMNO yang mendapatkannya!

Setelah ramai jadi janda, ibu bapa kehilangan anak, adi kehilangan abang, anak kehilangan ayah, bekas PKM berani hendak mendabik dada kononnya merekalah pejuang kemrdekaan yang unggul dan patut di beri pengiktirafan?

Dari 1948 -1957 Komunis bukan menentang British tetapi menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang hendak merdeka. Kenapa komunis tidak angkat senjata pada 1946 sewaktu Malayan Union diisytiharkan? 

Jadi anda nilai sendirilah kenapa PKM meneruskan perjuangan menentang kemerdekaan Malaysia selepas 1957 sehingga 1989. Persoalannya mudah, British sudah beri kemerdekaan kenapa hendak lawan lagi? Melainkan niat dan tujuan perjuangan mereka bukanlah untuk kemerdekaan tetapi untuk menubuhkan sebuah negara Komunis.

Adakah jika pada hari ini kta menjadi sebuah negara komunis maka kita merdeka dalam ertikata sebenar? Tidakkah kita merdeka dalam ertikata sebenar selama 54 tahun ini? Oleh itu hendak dijustifikasikan di atas apa untuk mengiktiraf PKM sebagai pejuang kemerdekaan? 


DAYA SAING GLOBAL NEGARA NAIK KE KEDIDIKAN KE 21.

Pada hari ini, jika Mat Indera masih hidup, beliau pun akan mengagumi kejayaan demi kejayaan yang negara kecapi sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan. Daya saing global negara naik ke kedudukan ke 21 di kalangan 142 buah negara. 

Malaysia berada di tangga ke 6 dalam rantau Asia Pasifik dan ke 2 dalam ASEAN dengan skor 5.08 mata daripada 7 berbanding 4.88 tahun. 

AS mencatitkan penurunan tiga tahun berturut-turut, Manakala Switzerland kekal di tangga pertama.Kejayaan Malaysia itu disebabkan oleh polisi transformasi yang memberi impak positif kepada perkembangan memberangsangkan dalam tonggak persekitaran ekonomi makro dan institusi serta beberapa langkah kecekapan pasaran. 

Perkembangan tersebut berlaku secara konsisten dan berprestasi kukuh. Sektor kewangan Malaysia adalah cekap dan kukuh kerana dwi sistem perbankan, perbankan Islam dan komersil. Sektor kewangan Malaysia berada dalam ekonomi paling maju pada kedudukan tiga teratas.

Manakala pasaran barangan Malaysia adalah ke limabelas efisyen.Perkembangan ekonomi mikro Malaysia terus berkembang berada dalam kedudukan ke 29 walaupun negara mencata defisit 5% dari KDNK.

Perkembangan terakhir ini sewajarnya disyukuri. Pentadbiran DS Najib berjaya membuktikan mampu mengendali negara. Dalam kemelut politik dendam Pakatan Sosialis Pro Komunis yang tiada kesudahan, pentadbiran DS Najib masih mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. 

TAHNIAH DS NAJIB!





MAT SYABU DIKANTOIKAN OLEH EDITOR BUKU 'PENGUKIR NAMA JOHOR'!

SAH ! Mat Syabu berbohong mengenai buku PENGUKIR NAMA JOHOR yang didakwanya menyokong kenyataan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Editor buku tersebut telah megneluarkan kenyataan rasmi menempelak Mat Syabu dengan menyindir bahawa soal sejarah biarlah ditentukan oleh pakar sejarah yang ahli bukannya politikus seperti Mat Syabu. Pendedahan di buat oleh bloger BELANTAN

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

Editor buku tersebut menjelaskan bahawa penulis buku menyentuh mengenai Mat Indera sebagai membuka persoalan kepada umum unutk menilai samada Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan atau pengkhianat kerana penglibatan aktifnya dalam Parti Komunis Malaya serta serangan di Bukit Kepong pada 1950.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi di sini.

Mat Syabu, Isapmudin Rais si komunis dan Aziz Bari telahpun menetapkan pada malam ini mengadakan forum berdasarkan kepada buku tersebut di KLSCAH dengan kehadiran terhad seramai 150 orang. Ketiga-tiganya ahli politkus dan bukan sejarahawan. mereka bertiga tidak mempunyai displin ilmu dan terlatih dalam bidang sejarah.


Kantoi lagi bloger pro pembangkang termasuklah Mat Syabu dengan kenyataan editor buku berkenaan yang dijadikan sandaran  mempertahankan kenyataan kontroversi Mat Syabu. Apalagi yang hendak disandarkan oleh mereka selepas ini? Eloklah mereka semua bersandar kepada pendapat ahli-ahli sejarahawan negara dan bukannya bersandar kepada halusinasi dan delusi mereka.


Akibat terlalu mengikuti emosi kebencian kepada UMNO, akhirnya terbukti mereka tersalah langkah dan semakin jelas sikap berdusta mereka. Lainkali bacalah betul-betul sebarang buku sejarah, Ini tidak, asik hendak main lompat terjun sesuka hati. Kantoi sudah !



PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS SEMAKIN KARAM BERSAMA KARPAL SINK?

Anda patut membaca entri terkini di Selangordaily dan blog Dr Novandri. Selangordaily menulis mengenai tindakan lucu Khalid pergi ke Jerman dalam misi menarik pelaburan untuk berjumpa Menteri & EXCO Jerman. Khalid G turut membawa bersama EXCO Kesihatan Selangor. Memang lawak. Kononnya Khalid G akan berurusniaga bagi memindahkan tekonologi solar Jerman untuk pasaran di Malaysia dan di Asia. ASia tu brader !

Bulan Ramadan Nurul Izzah buat lawak jadi Menteri Luar Negara berjumpa dan berbincangn dengan Menteri Luar Negera Jerman mengenai hubungan dua hala dan diplomatik Jerman-Malaysia. Bulan Syawal, Khalid G pula ke Jerman berlakun jadi Menteri Perdagangan (MITI). Anda memang patut baca artikel http://www.selangordaily.com/?p=2453

Dr Novandri pula mendedahkan bahawa Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang sekali lagi melompat berang. Kali ini dengan permintaan PAS Pulau Pinang yang mahukan kerusi tambahan di negeri Pulau Pinang. Anwar Ibrahim baru saja meletakkan anak perempuan untuk bertanding kerusi Parlimen juga di Pulau Pinang. 

Disamping itu juga Dr Novandri mendedahkan bahawa Guan Eng semakin tertekan akibat masalah dalaman DAP Pulau Pinang. DAP Pulau Pinang yakin bahawa Guan Eng akan melarikan diri dari Pulau Pinang seperti bapanya Kit Siang bila kalah pada 1999. Baca seterusnya di sini http://novandri.blogspot.com/2011/09/terkini-pkr-mati-akal-dek-pas-dap.html

Bentrakan yang semakin membesar dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis di Pulau Pinang bakal merebak ke serata tempat termasuk Selangor. PKR tidak akan mengalah kepada kehendak DAP, PAS tidak akan tunduk kepada PKR, DAP tetap mahu berdominasi malah memperkuatkan lagi usaha-usaha mereka untuk mengkaderkan Melayu masuk ke dalam DAP. Akhirnya, rakyat yang mengundi mereka akan rugi dan terus rugi. 

Dengarkata Mat Syabu bakal melepaskan jawatan Timbalan Presiden kerana memalukan PAS akibat kenyataannya yang menghina anggota polis yang terkorban dalam serangan tidak berperikemanusiaan di Bukit Kepang pada 1950. Waris anggota polis yang terkorban enggan berjumpa Mat Syabu dan wakil PAS.

Bersama-sama kita ucapkan SELAMAT TINGGAL KEPADA PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS untuk selamanya !

MAKIN TERUK PENYAKIT GILA MAT SYABU DAH BERJANGKIT KEPADA ISAP-MU-DIN RAIS.



Pasangan bahgia Isap-Mu-Din Rais PeyGayArr dan Mat Syabu bakal dinikahkan oleh Aziz Bari dalam suatu majlis terhad 150 orang di KLSCAH (Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall) pada malam ini. Ini semua gara-gara Isap-Mu-Din hendak tekel Mat Syabu kerana geramkan kegebuan pipi dan keboroian Mat Syabu. Aziz Bari tidak ada masalah menyatukan pasangan bahagia tersebut di hadapan 150 orang saksi. 'Wedding Of The Year Of Jukers'

PAS PUSAT sudah angkat bendera putih dan tidak mahu mempertahankan Mat Syabu di atas ketololannya. Terpaksalah Mat Syabu memohon simpati dan belas kasian daripada puak komunis marxis kekasihnya si Isap-Mu-Din Rais dan Liberal Demokrat Aziz Bari. 

Forum pernikahan idoelogi tersebut (Ajaran Sonsang + Marxis Komunis + Liberal Demokrat) akan menjadikan buku terbitan Kerajaan Negeri Johor mengenai Mat Indera. Justifikasi tersebut difikirkan perlu oleh kelompok tersebut memandangkang betapa kasihnya Isap-Mu-Din kepada Mat Syabu.  Siapa tak sayangkan buah hati pengarang jantung.

Isap-Mu-Din memang terkenal sebagai seorang aktivis Marxis Komunis sejak di UM sekitar 70an dan pernah mengepalai rusuhan menyerbu sebuah kedutaan bagi menunjuk perasaan. Gadingan Trio tersebut. Tidak hairan kenapa forum tersebut diadakan di KLSCAH dan dihadkan hanya kepada 150 orang peserta 'TER'awal'. 

Kita beruntung besar kerana berpeluang melihat gelagat trio BINTANG TIGA sayap Melayu  pro komunis mengadakan persembahan di KLSCAH untuk meraih simpati kelompok Cina saki baki komunis (bukan semua Cina Malaysia adalah komunis).

Ini merupakan bukti jelas bahawa pengabungan PKN dengan PSM yang menghasilkan anak luar nikah PKR merupakan sebuah parti sampah sarap semua ideologi politik yang memusnahkan institusi demokrasi. 

Dalam tahun 1945 -1989, kita melihat Melayu komunis mahu menghapuskan UMNO atas dasar Komunisma. Pada hari ini, kita juga berpeluang melihat Melayu pro komunis masih mahu menghapuskan UMNO atas dasar Komunisma. 

Sumbatkan saja Isap-Mu-Din, Mat Syabu dan Aziz Bari dan semua kelompok pro komunis dalam penjara. ISA kan saja kerana mereka adalah ancaman kepada negara kerana berfahaman komunis dan pro komunis.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...