Selasa, 21 Januari 2014

PENTADBIRAN TRANSFORMASI NAJIB KETINGGALAN SEMAKIN JAUH @ NajibRazak.

Di awal peralihan kuasa dan pentadbiran dari Pak Lah kepada DSN, memberikan sinar baru di hujung terowong. Berbekalkan namabaik ayahandanya dan semangat akar-umbi yang mahu berubah, DSN menjanjikan Transformasi jentera kerajaan dan parti. Kemudian ................. berlakulah satu persatu kegagalan yang tak dapat dibaikpulih.

Pada hari ini BN tidak berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding selepas PRU12. Sebaliknya, UMNO berada dalam keadaan hanya bertambah kerusi Parlimen sahaja, tiada peningkatan sokongan dari Gen Y seperti yang dijanjikan oleh Ketua Pemuda UMNO sejak selepas 2008. Statistik yang dikemukakan oleh KJ pun begitu mencurigakan status sahihnya.

Selepas PRU 13, dan PAU 2013, keadaan masih tidak banyak berubah untuk Maju Ke Hadapan, sebaliknya keadaan semakin mengundur kebelakang bagi UMNO dan BN. Kejayaan yang diharapkan dan dijanjikan melalui Pelan Transformasi nampaknya lebih gah atas kertas dan statistik berbanding pada realitinya. Oleh kerana, pendukung dan perlaksana transformasi yang diterajui oleh PEMANDU mengatakan ianya suatu bentuk inteligen luarbiasa, tidak salah ambe berpendapat bahawa sejak 2009, transformasi gagal sepenuhnya mencapai objektif dan sasaran politikal untuk BN dan UMNO.

Proses Peremajaan UMNO yang dilaungkan oleh KJ lebih bersifat Genosid UMNO dikalangan Gen Y. Usaha Najib untuk menaiktaraf BN selaku Kuasa Gantian dan Hegemoni Bersepadu untuk semua kaum, hanya meletakkan BN semakin kehilangan kerusi di Parlimen. Agak anih, kerana Najib masih berfikir beliau diterima ramai. Sedangkan realitinya, beliau semakin menjadi bahan lucu dan lawak oleh puak PR dan jentera propaganda PR.

BN yang cuba dijenamakan semula oleh tangki septik Najib akhirnya menjadi sisa kumbahan IWK sahaja dimata rakyat. Kejayaan ? Memang ada, tapi terlalu jauh dan sukar untuk diraikan kerana ditenggelamkan oleh ketidakcekapan tangki septik Najib mengwar-warkannya kepada rakyat. Menjadi sia-sialah segala usaha Najib kerana Najib pada setiap masa dan saat ditipu hidu-hidup oleh Tangki Septik nya sendiri. Dan beliau sendiri gagal untuk memperakui bahawa beliau adalah mangsa penipuan tim nya sendiri.

Terlalu banyak isu pengulangan yang gagal ditangani dengan diselesaikan dengan baik oleh Najib dan timnya sendiri. Penasihat-penasihatnya hanya berfungsi dalam radius dan kawasan kompleks JPM sahaja dan tidak berfungsi langsung diluar kawasan berkenaan. Katalain, Najib dan timnya hilang kawalan sepenuhnya keatas perjalanan dan kawalselia pentadbiran seluruh negara. 

Sebenarnya mengikut pendapat peribadi ambe, Najib dan timnya sudah hilang kawalan keatas negara dan rakyat negara ini sejak sebelum dan selepas PRU13. Ternyata Najib tidak mampu berhadapan dengan serangan propaganda PR dan sekaligus membuktikan tim dan penasihat beliau tidak kreatif dan tidak inovatif langsung. 

Jadi apakah pilihan buat Najib ? Wajarkah beliau meletak jawatan atas kasih sayang beliau kepada rakyat dan negara? Adakah itu solusi yang muktamad? Atau Najib hanya perlu menyusun kembali pentadbirannya dengan memecat penasihat serta pegawai-pegawai serta anggota timnya yang tak berfungsi ?

Ambe meletakkan beberapa persoalan pokok dan utama kepada Najib seperti berikut:-
  1. Berapa lama Najib mampu menipu dirinya sendiri ?
  2. Adakah semua impian Najib dikongsi bersama oleh rakyat jelata dan di semua peringkat kepimpinan parti dalam BN/UMNO?
  3. Adakah Kepimpinan Najib masih di lihat sebagai Cahaya Di Hujung Terowong seperti pada 2009 atau sudah di pandang sepi oleh rakyat?
Kita tahu majoriti rakyat muak dengan gaya dap kiasu, pkr lgbtx dan pas syiah, namum di mata rakyat, sekadar memberikan nafas melepasi bibir atas untuk Najib terus berkuasa, bukanlah suatu nostalgia indah yang Najib impikan pun.

Isnin, 20 Januari 2014

POLITIKUS KANGKUNG DARIPADA SEMUA PIHAK MENIPU DAN PERBIDAKKAN KITA DALAM SEMUA ISU POLITIKAL BAWAH TEMPURUNG @NajibRazak

Apalah kelompok Politikus Kangkung Naruto Malaysia ne punya peel ? Sekur-sekur punya peel cam setan gondol tak cukup zat kangkung. Hari ne, ambe nak tulis mengenai PENDAPAT AMBE mengenai apa FIKIRAN AMBE keatas semua ISU-ISU POLITIKAL CAP KANGKUNG NARUTO yang berlaku dalam negara sejak ambang 2014 lagi yang berpunca dari isu politikal kenaikan harga barangan akibat Polisi Tim Kangkung PEMANDU yang tak pernah makan sayur kangkung masak belacan. Kemudian dipolitikan sehingga menjadi OBERKIL oleh puak Vegetarian Kangkung Pakatan Rakyat.

Bermula dengan isu politikal kebiadapan pastor Lawrence Andrew, keturunan Tamil Naido, agama Kristian Katolik dari persatuan Gereja. Yang sengaja buat UNGKAL enggan menerima perundangan negara dan negeri Selangor. Sengaja ingkar perintah mahkamah. Sampailah ke isu Flash Mob biadap kangkung ADUN PKR Bubuk Machang dan flashmob puak UMNO Bukit Mertajam yang membantah kebiadapan flashmob biadap berkenaan. Fiasco terakhir kini berkenaan dengan NARUTO tak kasi Bang Non masuk Nippon.

Diantara episod-episod drama kangkung Naruto itu, prekuel nya bermula dari demo TURUN pada tengahmalam sambutan tahun baru 2014. Diaspirasikan kerana HARGA BARANG NAIK, kononnya. Dengan skrip-skrip tambahan dan tokok-tambah sana-sini untuk memperbodohkan minda rakyat. Agar rakyat bertindak supaya berlaku satu insiden yang dijadikan justifikasi politikus untuk melepaskan tengkuk memasing.

Kita ada SOSMA, kita ada AKTA HASUTAN dan banyak lagi AKTA-AKTA KESELAMATAN yang boleh DIKUATKUASAKAN keatas mana-mana AGEN PROVOKATUR termasuk POLITIKUS yang sengaja MENGAPIKAN SENTIMEN PERKAUMAN dan BERLAKU UNGKAL. 

Tetapi semuanya TIDAK DIKUATKUASAKAN !
Kenapa semua POLITIKUS DARI SEMUA PERINGKAT DAN PIHAK MASIH BERDIAM DIRI TANPA MENGUATKUASAKAN PERUNDANGAN NEGARA?

Kenapa Politikus masih membiarkan para penyokong mereka berdemo berbalah sesama sendiri. Menghasut rakyat agar terseret bersekali dalam isu-isu politikal yang mereka sendiri reka dan cipta?

Satu tindakan yang sungguh tidak bertanggungjawab.
Parlimen akan bersidang dalam bulan Mac ini. 

Penyalahgunaan hak-hak selaku warganegara Malaysia oleh puak-puak politikus kepala senget kaki suntut ngok-ngek hanya boleh ditangani melalui Penguatkuasaan Perundangan. Bilamana, politikus sendiri gagal berdiplomasi dan mengawal tindakan ekstrimis penyokong dan ahli mereka sendiri. 

JANGAN BABITKAN RAKYAT. KERANA RAKYAT SUDAH BANYAK TERBEBAN DENGAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI.

SOLUSI SEBENAR IALAH MENAHAN REMAN DALAM RUMAH SECARA MANDATORI KEATAS SEMUA POLITIKUS BIADAP DAN BANGSAT SEHINGGA KEPALA OTAK MEREKA KEMBALI WARAS,


@SPADChannel PERINGATAN PERUBAHAN LALUAN & PERHENTIAN BAS HENTI-HENTI DI WPKL

Helo brader warga Kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang yang menjadi pengguna setia perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Metrobus, Selangor Omnibus, Len Seng dan Setara Jaya. Anda tentu agak terkejut pagi ini dan sejak Sabtu lepas bila mendapati anda laluan biasa dan perhentian biasa berubah. Jangan bimbang. Sebagai pengulangan dan peringatan mengenai perubahan sementara tersebut dan kenapa ianya berubah, sila lah baca sampai habis artikel ini. Dan simpan molek-molek kerana anda akan diingatkan mengenai laluan baru yang bersifat sementara.

Ini berlaku disebabkan untuk menjaga keselamatan penumpang dan mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan pembinaan "Heritage Trail'. Jangan bimbang, bukan semua laluan yang terbabit. Hanya empat .... empat destinasi perhentian akhir diubah sementara ke destinasi hentian akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah.

Jangan panik. Tarik nafas dulu, pertama, hafal dan fahami dulu , laluan yang terbabit. Laluan terbabit ada dua kategori :-
  1. LALUAN JARAK DEKAT.
  2. LALUAN JARAK JAUH.
Sila rujuk rajah dibawah :-


PENERANGANNYA PERUBAHAN LALUAN:-

Laluan Jarak Dekat :-
Laluan No: 
  1. U4 
  2. U7
  3. U8
  4. U209
  5. U222
  6. 26
  7. 49
  8. W12
  9. 144B
Hentian Akhir Bandar bagi semua laluan ini telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas di laluan ini hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan tidak boleh berhenti di City Stop Akhir (HSBC, Lebuh Ampang).



PENERANGANNYA PERUBAHAN LALUAN JARAK JAUH:-

Hentian Akhir Bandar bagi semua laluan jarak jauh diatas telah dipindahkan dari Lebuh Ampang (HSBC) ke Jalan Ampang (berhampiran Jalan Munshi Abdullah).

Bas-bas akan melalui Jalan Munsi Abdullah dan Dang Wangi sebelum meneruskan ke Jalan Raja Laut seperti biasa.

Harap maklum. Selanjutnya, jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh membuat pertanyaan terus ke emel SPAD dengan melawati laman web rasmi SPAD dan kaunter-kaunter syarikat pengendali bas yang berkenaan yakni:- 
  1. RapidKL
  2. Metrobus 
  3. Len Seng 
  4. Selangor Omnibus
  5. Setara Jaya 
Sekian harap maklum. Malu Bertanya Sesat Laluan Bas. 

Rabu, 8 Januari 2014

SEMUA POLITIKUS DARI PR @ BN SUDAH WAJAR LETAK JAWATAN TERUTAMA POLITIKUS KAUM MUDA @NajibRazak

MALAYSIA hadapi satu penyakit merbahaya. Golongan politikus Malaysia semuanya tak boleh pakai langsung. Tiada persefahaman dan tiada kerjasama diantara mereka demi kepentingan rakyat. Kehidupan rakyat semakin menekan dan semakin tertindas dengan karenah politikus yang sentiasa pijak perot rakyat setiaphari.

Politikus Malaysia masakini adalah spesis paling biadap dan kurang ajar serta banyak cakap tapi kerja tak pandai. Semua mengaku pandai tapi sebenarnya tengkorak mereka kosong tiada otak. 24 jam kerja mereka hanya berpolitik. Kebajikan rakyat terbiar dan tidak dihiraukan langsung.

Taraf hidup rakyat di bandar dan diluar bandar masih tak banyak berubah. Yang banyak berubah ialah kehidupan para politikus. Kalu dulu, bawa proton saga kini boleh beli mercedes dengan plat PIG. Kalau dulu gaji ciput sekarang gaji mereka naik berlipat kali ganda.

Rakyat dizalimi dan dianiayai oleh kedua belah pihak demi kepentingan perot para politikus dan anak-beranak mereka sahaja. Satu sen diberikan kepada rakyat dan 99 sen mereka ambil. Mereka kata semuanya kerana usaha mereka. Rakyat patut bersyukur dan jangan kufur nikmat. Rakyat jangan jadi pemalas nak mintak subsidi, dan bla ... bla ... bla ... bla ...politikus poket sendat akaun penuh kosong, kosong,kosong,kosong, kosong, kosong kosong, memanglah boleh cakap camtu. Tidur bertilam empuk didalam rumah bernilai berjuta ringgit. Dan boleh hisap curut yang harga sebatang melebihi gaji sebulan mak cik cleaner.

Politikus sentiasa menyesakkan kepala otak rakyat dengan isu-isu politikal yang bersifat retorik dan memperbodohkan rakyat sepanjang masa. Politikus golongan muda pula lebih banyak berkhayal dalam jamban mengenai kehebatan diri mereka. Walhal, belum tentu mereka mampu tandingi kehebatan Stopa Ali dan Anwar Ibrahim diatas ranjang.

Kononnya Laifsetail sekati dua tahil dan sikap anarkis adalah semangat anak muda. Ya semangat nak masuk kubur lebih cepat dan menjahanamkan negara. semuanya nak diubah oleh perlancapan minda politikus muda yang hanya tahu dan prihatin berapakah harga segelas kopi di hotel lima bintang berbanding harga sekilo kopi yang dijual dipasar malam. Politikus muda hanya pandai bercakap , bergaya dengan fesyen terbaru, berposing untuk instagram, fesbuk dan twitter, hanya copy n paste kata-kata falsampah yang ntah hapa-hapa setiaphari selama lima tahun.

Politikus Muda sekolah tak cukup syarat kelulusan wajib dalam semua matapelajaran KEMAHIRAN HIDUP.

Rakyat terus tertekan dengan sikap lewa dan banyak politking politikus yang siangmalam merompak sana sini dan menipu dengan bermacam-macam slogan 'Perjuangan'. Apa sudah jadi kepada Malaysia kini? Tiada lagi pejuang sejati dikalangan politikus. Yang ada hanya perebutan kuasa dan perebutan kontrak bernilai berbilion ringgit.

Sampai bila rakyat dari semua kaum dan semua agama sanggup bertoleransi dengan semua politikus masakini di Malaysia? Pada akhirnya nanti, politikus kaum muda akan hilang jatidiri mereka sebagai manusia dan sifat insan mereka. Manakala politikus veteran dan otai pula akan menempah tiket ke sorga atau ke neraka mengikut amalan mereka sendiri dan apa yang mereka tinggalkan.

Era zaman kerajaan tahu semua yang baik sudah berakhir, sekarang ini era zaman politikus semua tak tahu hapakebender yang mereka buat seharian. Yang mereka tahu, makan tidur lepak , berak dan kencingkan rakyat selagi usus mereka dan ginjal mereka mampu melakukannya.



Isnin, 6 Januari 2014

PUNCA ISU KALIMAH ALLAH MUNCUL KERANA RAMAI JADI BIG BRADAH POLITIKUS @NajibRazak

Selain POLITIKUS, kini muncul pula spesis BIK BRADAH menjadi duri dalam daging dan tikus mondok. Spesis Bik Bradah ni adalah sub-spesis yang berevolusi dari puak BU-DU. Mereka ini selain ,punahsihat spesis Omar Ong, turut menjadi perosak yang memburukkan lagi keadaan. Contoh pengaruh Bik Bradah yang merosakkan ialah munculnya spesis seperti IBDIL LAIFSETAIL SEKATI DUA TAHIL.

Permainan mereka ialah wang dan falsafah-falsafah yang tak masuk akal. Modal utama mereka ialah memonopoli semua gerak kerja. Dan melakukan kerja menipu Melayu disemua peringkat. Agar Tuan Besa mereka yang terdiri daripada Politikus Liberal Progresif mampu memberi mereka makan. 

Isu Kalimah Allah sebenarnya permainan politikal puak Politikus disemua pihak dengan bantuan para Bik Bradah. Isu itu bukan isu sangat pun. Sengaja diapi-apikan oleh Politikus yang takut hilang kuasa. Bik Bradah memainkan peranan meniupkan sentimen dikalangan Melayu agar Melayu undi Politikus.

Matlamat sebenar Politikus dan Bik Bradah ialah memastikan fahaman Liberal Progresif menguasi senario politikal. Memberi laluan kepada dasar Pluralisma dan dasar-dasar Liberalisasi Ekonomi yang menolak sepenuhnya dasar Afirmatif dan polisi subsidi. Bagi mereka, yang penting ialah wang dan bukan perjuangan.

Segala slogan dan perjuangan bagi mereka adalah peluang untuk mengumpul kekayaan. Kuasa dan pengaruh hanya alat bagi mereka untuk mencapai matlamat Politikus Liberal Progresif. Konsep Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial pra merdeka, bukanlah perjuangan mereka. 

Mereka mahukan Melayu Liberal Progresif dan bukan Melayu Jati Asli. Bagi mereka, taraf Islam sebagai Agama Persekutuan dan Hak-hak Melayu dibawah 153 adalah ide lapok dan kuno. Menyusahkan dan menyukarkan mereka. Mereka tak peduli apa makna ISLAM apa makna MELAYU. Bagi mereka semuanya boleh setel dengan makna WANG.

Mana-mana puak yang menolak Liberal Progresif dan masih mempertahankan Hak-hak Melayu dibawah fasal 153 dianggap musuh oleh mereka. Tidak hairan kenapa pelbagai isu-isu yang menyentuh Hak Melayu dan Hak Islam dibangitkan dan diapi-apikan oleh kumpulan Bik Bradah dan Politikus Liberal Progresif akhir-akhir ini.

Sebenarnya dalam isu kalimah Allah, puak politikus Liberal Progresif boleh menyelesaikannya mengikut Perlembagaan dan perintah mahkamah Rayuan. Tapi sengaja mereka biarkan dan meletakkan beban kesalahan keatas oranglain. Contoh Marina Mahathir. Memanglah perbuatan dan tindakan mereka amat memalukan serta mengaibkan segala Melayu yang ada.

Puak Melayu Baru Liberal Progresif yang tak bertelor akhinrya akur , satu-satunya jalan untuk menutup kelemahan mereka ialah mempersalahkan Marina Mahathir yang bukan Perdana Menteri atau bereban dalam PMO. Yang hairannya, dimanakah telo dalam kerandoot puak Bik Bradah yg bereban dialam PMO?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...