Rabu, 22 Februari 2012

KARPAL SINGH AMAT GEMBIRA DENGAN BERITA INI.




UTUSAN MALAYSIA pernah melapurkan sebuah kisah (2010) menarik mengenai pembebasan Mohd Hairi Sabdin dari pertuduhan membunuh tanpa niat. Mohd Hairi Sabdin membela diri di atas alasan mempertahankan maruahnya dan hanya untuk melemahkan si mati yang cuba meliwatnya secara kekerasan dan paksaan. Si mati berumur 69 tahun telah cuba meliwat Mohd Hairi Sabdin semasa mengurutnya. Karpal Singh mungkin bergembira dengan kes tersebut kerana boleh membandingkan kes tersebut dengan kes liwat II semasa rayuan.

Antara isu perundangan yang menarik yang di sentuh oleh Yang Arif Hakim Abdul Halim:-
Hakim Abdul Halim dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati tiada keraguan terhadap kenyataan yang dibuat oleh pihak pembelaan dan menerima keterangan tertuduh sebagai jelas, jujur dan boleh dipercayai.
“Apa yang dilakukannya adalah untuk mempertahankan diri dan mengelakkan maruahnya tercemar akibat perbuatan si mati yang berkelakuan tidak senonoh ketika sedang mengurutnya.
“Menerusi Seksyen 100 (d) Kanun Keseksaan, undang-undang negara memberi perlindungan dan hak seseorang untuk menyebabkan kematian akibat perbuatan di luar tabii,” katanya.
Hakim Abdul Halim berpendapat segala rentetan peristiwa yang diceritakan oleh tertuduh sejak awal sehingga kematian mangsa merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh sesiapa juga yang berada dalam situasi tersebut.
‘‘Perbuatan tidak senonoh si mati yang cuba meliwat tertuduh tidak pernah dialami sepanjang hidupnya dan telah membangkitkan kemarahan terhadap si mati.
‘‘Saya memahami perasaan tertuduh ketika itu dan sesiapa sahaja yang berfikiran waras akan melakukan perkara sama untuk mempertahan maruah dan harga dirinya. Perbuatan yang dilakukannya munasabah,’’ ujar Hakim Abdul Halim ketika menjatuhkan hukuman pada pukul 6 petang.
Ya, tidak ramai mangsa seksual mengetahui mengenai peruntukan Seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan. Sudah tentu kes ini akan di kecam hebat oleh pihak Ambiga yang pro amalan seks luar tabie' termasuk juga Anwar Ibrahim.

Kemungkinan besar NGO hak Asasi Manusia akan mengecam keputusan Y.A. Hakim tersebut kerana menggalakkan mana-mana mangsa seksual luar tabie untuk bertindak menggunakan seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan. Tidak mustahil selepas ini seksyen berkenaan akan menjadi bahan publisiti dan propaganda pihak pembangkang bagi membangkitkan kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional.

Kes ini amat signifikan kerana keputusan Y.A. Hakim mengiktiraf hak mana-mana individu yang berada dalam situasi Mohd Hairi Sabdin untuk menggunakan seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan sebagai pembelaan yang di terima pakai atas alasan perundangan mempertahankan maruah daripada di liwat. 

Kita tunggu sahaja lah salakan daripada puak pembangkang nanti mengenainya. Agaknya apakah komen Anwar Ibrahim mengenai kes di atas? Mujurlah Saiful Bukhari tidak mengetahui mengenai seksyen 100 (d) Kanun Kesiksaan tersebut. Jika beliau mengetahuinya sudah tentu gamat satu dunia dan pastilah Azmin Ali akan merobohkan semua dinding-dinding penjara.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

ULAMA' ,CENDIKIAWAN & PENULIS MAYA PRO UMNO/BN MENCAPAI KATA SEPAKAT DAN MUAFAKAT.




Rakan bloger Aku Peduli Apa (APA) menulis:-
Selama 4 hari 3 malam PENULIS MAYA berbagai cabang bermukim di Seri Pan Pacific Kuala Lumpur dan berpeluang berinteraksi secara terus dengan Para Ulamak dan Para Cendekiawan Islam negara kita baru baru ini.Aku rasa inilah julung julung kalinya KAMI diberi peluang untuk enggaged dengan para Ulamak dan Cendekiawan Islam negara ini secara terus dan santai dan mengenali mereka secara dekat kerana selama ini interaksi yang berlaku hanyalah melalui pembacaan dan pemberitaan yang dibuat oleh media cetak dan eletronik arus perdana.
Nama nama besar saperti SS Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani,Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin,SS Mufti Negeri Perlis Dr.Juanda Jaya,Imam Muda Uztaz Fathul Bari dan ramai lagi para Cendekiawan Islam sebagai ahli ahli panel yang memenuhi perdebatan dalam isu isu yang diaturkan untuk himpunan ini amatlah berkesan dalam mencetus kesedaran kepada KAMI para penulis maya.Banyak INPUT yang amat berguna telah KAMI kongsikan bersama sebagai PESERTA dalam himpunan ini sama ada yang bergelar ULAMAK,CENDEKIAWAN mahupun PENULIS MAYA.
Di akhir sesi selepas 4 hari berkampung apa yang dapat rumuskan....
  1. Adalah menjadi TANGGUNG JAWAP kami sebagai penulis maya MENYATAKAN KEBENARAN kepada siapa juga PEMIMPIN ISLAM tidak mengira SIAPA dan parti politik mana mereka bernaung.

  2. Menjadi TANGGUNGJAWAP BERSAMA kami sebagai penulis maya dan para Ulamak dan Cendekiawan Islam untuk menyedarkan para PEMIMPIN terutama pemimpin parti pemerintah untuk merujuk dahulu kepada Para Ulamak,Penasihat Agama tentang TATASUSILA menghadhiri mana mana perayaan/sambutan yang melibatkan perayaan rakyat bukan Islam negara ini supaya tidak mencetuskan salah tanggapan dan kekeliruan dikalangan umat Islam negara ini walaupun kehadhiran itu atas kapasiti mereka sebagai pemimpin negara.

  3. Perlu ada garis panduan yang JELAS tentang perayaan yang bersifat kebudayaan atau keagamaan agar pemimpin tidak terperangkap dalam situasi dimana ianya akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan ini MESTI lah dipersetujui oleh semua PEMIMPIN yang mewakili rakyat bukan Islam.

  4. Sebagai penulis maya KAMI dinasihatkan lebih berhati hati dengan penulisan/artikel yang mahu dipaparkan dan mengelakan sama sekali artikel berunsur LUCAH dan FITNAH yang akhirnya akan memusnahkan KREDIBILITI kami sebagai penggiat media baru dan paling ditakuti KAMI perlu diperhitungkan atas segalanya dihadapan Allah Rabbu Jalil di akhirat kelak.
Itu adalah diantara beberapa perkara paling pokok yang cuba disampaikan oleh para Ulamak dan Cendekiawan Islam kepada komuniti penulis maya dalam himpunan tempohari dan mereka mendambakan KAMI memainkan peranan kami dalam menyedarkan semua PEMIMPIN ISLAM tanpa kompromi agar meletakan AGAMA itu paling hadapan dan bukan POLITIK.
Bagaimana sahabat sahabat lain memahaminya aku pun kurang pasti,tapi itu apa yang AKU faham.WaAllahu'alam.
Dengan katalain, kepimpinan DS Najib begitu mengambil berat dan prihatin mengenai kesepakatan dan kemuafakatan di antara ulamak, cendikiawan Islam dengan para penulis Maya pro UMNO/BN agar dapat memberikan teguran dna kritikan konstruktif kepada polisi-polisi kerajaan dan dalam menghadapi gelombang fitnah para pembangkang daripada PAS DAP PKR.

Sebenarnya banyak perkara-perkara, nasihat-nasihat dan isu-isu semasa berkaitan dengan Islam diperbincangkan. Terlalu banyak manafaat sehingga difikirkan ianya masih belum mencukupi lagi. Pertemuan dan perbincangan sedemikian amat perlu diadakan lagi bagi memantapkan pergerakan dan penyebaran fakta-fakta kebenaran dan menididk masyarakat agar mengambil jalan wassatiyah dalam semua aspek bidang kehidupan.

Tahniah kepada semua dan tahniah kepada penganjur serta tahniah kepada kepimpinan DS Najib yang berusaha agar penulis maya UMNO/BN terus berintergriti dan sepakat dengan golongan ulama' dan cendikiawan Islam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Selasa, 21 Februari 2012

JAWATANKUASA DISPLIN DAP SAHKAN TIADA SALAHLAKU DALAM NFC & NFCORP.


Sebelum dari isu skandal penyelewengan yang mencurigakan membabitkan Nga Kor Ming, DAP menegaskan pertalian kekeluargaan dan perkahwinan yang wujud di antara Shahrizat Jalil dengan Mohd Salleh (NFCORP) serta penglibatan anak-beranak mereka berdua adalah bukti bermerit adanya penyelewengan serius dalam isu NFC dan NFCORP.


Terbaru. Jawatankuasa Displin DAP rasis lidah bercabang sepuluh semasa menyiasat aduan mengenai skandal penyelewengan oleh Nga Kor Ming kerana melibatkan isterinya, Jawatankuasa Displin DAP berpendapat begini pula :-
Komiti DAP telah bersidang untuk menentukan samada terdapat kes salah laku atau rasuah, atau salah guna kuasa sekiranya sebuah syarikat milik pasangan seorang ahli politik mendapat sebarang kontrak kerajaan dan keputusannya:
"It is the DC's opinion that in the case of awarding contracts, the mere existence of a relationship between the parties concerned is not sufficient to constitute a wrongdoing meriting an actionable complaint.
Terjemahannya:- Jawatankuasa Displin berpendapat bahawa dalam kes mentauliahkan kontrak-kontrak, kewujudan pertalian antara pihak-pihak berkenaan tidak mencukupi untuk menyatakan berlakunya salah laku yang bermerit bagi ebarang aduan di ambil tindakan.
Pendapat ini telah digunakan untuk melepaskan bekas Exco negeri Perak, Nga Kor Ming dari sebarang kesalahan apabila didedahkan bahawa isterinya adalah pemilik Ethan and Elton, sebuah kedai jahit yang telah memasuki tender membuat sut bagi Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh.
Inilah juga contoh amalan asobiyah di dalam DAP. Begitu tegar dan berleluasa amalan assobiyah ini di dalam DAP PAS PKR yang membentuk sebuah kesepakatan yang haram tidak berdaftar dinamakan Pakatang Rakyat.

Malah Ambiga juga pernah mengeluarkan kenyataan agar apabila Regim Sosialis Pakatang Rakyat berkuasa, hendaklah dimaafkan sahaja rasuah-rasuah kecil.

Di dalam isu kenyataan Anwar Ibrahim menyokong penuh regim Zionis dan di dalam isu skandal penyelewengan pasir, kesemua kepimpinan DAP PAS PKR mengambil langkah dan tindakan menyokong penuh Anwar Ibrahim dan salahlaku penyelewengan skandal pasir. 

Dengan katalain ini bermakna Jawatankuasa Displin DAP mengakui bahawa tiada salahlaku berlaku di dalam NFC dan NFCORP semata-mata kerana wujudnya pertalian di antara Mohd Salleh dan Shahrizat Jalil.

TQ mymassa kerana memetik sumber 

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

AMALAN ASOBIYAH OLEH KEPIMPINAN PAS KELANTAN.


Berdasarkan kepada kefahaman betul dan benar, takrifan assobiyah bukanlah sepertimana yang difahamkan oleh kumpulan ulama' jahat di dalam PAS. Kefahaman salah yang diberikan oleh kumpulan ulama' jahat dalam PAS adalah takrifan bermotifkan kepentingan politik. Assobiyah yang di larang di dalam Islam ialah semangat ketaksoban kepada puak/kumpulan/parti politik sehinggakan sebarang kejahatan dan kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana orang perseorangan di dalam kumpulan/puak/parti politik dipertahankan oleh anggota lain di dalam kumpulan/puak/parti politik tersebut. Ini termasuklah melakukan kezaliman dan penindasan kepada mana-mana individu yang keluar dari jemaah/harakah/kumpulan/grup/parti politik tersebut sepertimana yang berlaku kepada seorang bekas penyokong PAS di Kelantan. Itulah amalan assobiyah yang di larang oleh Islam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BUKTI ANWAR IBRAHIM & PENAJA NGO PRO PAKATANG ADALAH ALAT IMF.

" Saya menyokong semua usaha-usaha bagi menjamin keselamatan Negara Israel" ~ Anwar Ibrahim WSJ 26hb Jan 2012.
Apa pula pendedahan lain berkaitan dengan isu sama di buat oleh pihak di luar negara? Sila baca petikan ini:-


Caught in the act: U.S interfering in Russian elections
Published Date
What would Americans say if they found their polling stations and certain political parties entirely infiltrated by Chinese money, Chinese observers, and Chinese-backed candidates promoting China's interests in an AMERICAN election? The answer ranges from incarceration, to trials featuring charges ranging from fraud, to sedition and even treason with sentences ranging from decades to life in prison, perhaps even death, as well as possible military action for what could easily be considered an act of war.
Indeed, the attempted subversion of a foreign nation and/or meddling in its elections are acts of war, an act of war the United States government through its various "Non-Governmental Organizations" (NGOs) have been committing on and off for decades around the globe. In fact, the very "Arab Spring" is a geopolitical conflagration tipped off by this vast network of Western backed NGOs.
The New York Times in its article, "U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings," clearly stated as much when it reported, "a number of the groups and individuals directly involved in the revolts and reforms sweeping the region, including the April 6 Youth Movement in Egypt, the Bahrain Center for Human Rights and grass-roots activists like Entsar Qadhi, a youth leader in Yemen, received training and financing from groups like the International Republican Institute, the National Democratic Institute and Freedom House, a nonprofit human rights organization based in Washington."  
The Times would continue by explaining, "the Republican and Democratic institutes are loosely affiliated with the Republican and Democratic Parties. They were created by Congress and are financed through the National Endowment for Democracy, which was set up in 1983 to channel grants for promoting democracy in developing nations. The National Endowment receives about $100 million annually from Congress. Freedom House also gets the bulk of its money from the American government, mainly from the State Department." 
These same NGOs have also just recently played a central role in Myanmar, blocking the construction of a mega-dam that would have begun the development of the nation's rural areas, provided electricity for export and domestic use, and help irrigate surrounding agricultural land. These NGOs are currently creating a social divide in Thailand to subvert an 800 year old independent political institution that has for centuries weathered Western encroachment. There is also documented evidence of these NGOs attempting to destabilize the government of Malaysia and reinstall IMF minion Anwar Ibrahim back into power.  
NEWS OF THE WORLD ONLINE
 Antara NGO yang disebutkan di dalam artikel di atas ialah:-

  1. Institut Republikan dan Demokrat
  2. International Republican Institute
  3. National Democratic Institute
  4. Freedom House (NGO Hak Asasi Manusia)
  5. National Endownment for Democracy
  6. NGO Hak Asasi Manusia

Kesemua NGO yang disebutkan di atas diketahui umum di Malaysia sedang menaungi semua kegiatan dan menajai NGO-NGO pro Pakatang. Malah Anwar Ibrahim dan Pakatang turut membawa aspirasi Arab Spring agar dapat dilaksanakan di Malaysia. 

Baca seterusnya di sini DR MiM

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...