Rabu, 15 Februari 2012

BUKAN SALAH PASIR BERDENGUNG JIKA WUJUD RASUAH DALAM PKR.


Pemimpin PKR adalah manusia walaupun dinaik-tarafkan oleh penyokong dan ahli mereka sebagai DEWA. Walaupun bertaraf DEWA, pemimpin PKR masih MANUSIA. Sebagai manusia biasa bertaraf DEWA, pemimpin PKR juga ada kecenderungan melakukan rasuah secara berlebihan dan melampaui batasan. Tidak mustahil ppara Dewa PKR melakukan rasuah. Kehidupan hari ini menuntut agar para Dewa PKR melakukan rasuah. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula para Dewa PKR dengan amalan rasuah. Lagipun para Dewa PKR memerlukan banyak kewangan untuk mengekalkan sokongan dan terus berkuasa. Pada para Dewa PKR wang adalah segalanya dan rasuah adalah jalan pintas untuk mengumpulkan kekayaan bagi mengekalkan kekuasaan politik terus berada dalam tangan mereka.


Penyelewengan pasir di Selangor bukan lagi sebuah rahsia walaupun SELCAT cuba membersihkan 'pasir kotor'. Amat jelas apabila pendedahan mengenai pembunuhan Datuk Patrick dikaitkan dengan skandal penyelewengan pasir, Khalid G terus menyatakan bahawa tidak perlu ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 


Melaui tindakan Khalid G dan PKR Selangor, kita mula tertanya-tanya apakah yang mahu ditakuti oleh mereka sendiri ? 

Ada sebarang perkara yang mahu disembunyikan oleh mereka?
Nampaknya begitulah. 
Mari kita dengar apa komen Noh Omar mengenai skandal penyelewengan pasir yang serius di Selangor.



Ehem , wahai para Dewa PKR, taraf kedewaan anda tidak menjamin anda semua adalah kebal dari implikasi perundangan negara. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR IBRAHIM JADI PONDAN DI MELAKA.

KAMPUNG GADEK &  HUTAN PERCHA MELAKA. Bagi Anwar Ibrahim kedua tempat itu merupakan tempat yang penuh nostalgik. Disitulah Anwar Ibrahim mampu menjadi Pondan 100% tanpa perlu berselindung lagi. Tahniah kepada gerak kerja dan semangat pemimpin dan ahli UMNO di kedua tempat tersebut kerana berani membogelkan Anwar Ibrahim sehingga kepondanan beliau begitu terserlah sekali. Tanpa segan silu Anwar Ibrahim menjadi pondan setelah dipondankan oleh. Petikan mengenainya :
Ramainya!
Namun begitu, Anwar yang masih takut menyahut cabaran Zahid Md Arip suruh saman Dato Eskay, Ummi Hafilda, dan lain-lain mahu mulakan gerakan revolusi dari Gadek.
Begitulah Anwar dengan tak tahu malunya ketika berucap dalam satu Majlis minuman teh di Taman Pulasan Gadek Alor Gajah.
Hadhir adalah dalam 250. Sampai perlu minta bantuan sambutan tetamu.
Janji Anwar adalah jila PR memerintah harga minyak diturunkan dan permit teksi akan diberikan kepada rakyat tanpa sekatan. Taktahukah dia sekarang ii pun pemandu teksi dah mengeluh banyak sangat permit teksi.
Cerita minyak dia tu dari minyak USD60 setong hingga ke USD120 setong. Tak boleh pakai.
Dengan jelas Anwar meniup hasutan untuk melakukan revolusi ala Mesir dan Libya. Tetapi dia kata dalam pilihanraya ke 13, Melaka dan Johor akan ditawan.
Dah Pemuda bantu sambut dia, Anwar kata Ali Rustam takut dan bayar Pemuda RM20 untuk buat provokasi. Tapi kata nak buat revolution. Sikit saja dah kata provokasi.
Budak-budak cuma melaungkan Anwar bohong, Anwar penipu, Anwar membontot.
Melucukan sungguh.
Anwar kata dia tidak gentar dan kata Tun Mahathir pun dia sedia lawan. Itulah nilai budi anwar. Tun Mahathir yang beri dia peluang naik dan orang tu yang dilawan.
Apa hal un anwar memang tetap berani dan lawan tetap lawan. CUma Dengan Dato eskay, Ummi Hafilda Nallakaruppan, Ezam, WSJ dan beberapa yang lain saja dia tidak berani nak saman.
Lucu betul anwar.
Dia menyeru masyarakat menggunakan media baru untuk mengetahui isu terkini. Baguslah tu, sila layari Pemerhati Sempoi dan rakan-rakan blog kami ye ...
Ketika Anwar berada dalam kereta, seorang wanita UMNO menghampiri kereta dan menyatakan rasa tidak puas hati dgn penjelasan Anwar mengenai isu NFC.
Takpe lah Kak, anwar sendiri bukan faham pun. Pasal budak dia menipu. 
Baca seterusnya di sini PEMERHATI SEMPOI

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

KERANA DOKUMEN INI PATRICK WONG DI BUNUH?

SURAT AKUAN MENDIANG PATRICK WONG


LAPORAN POLIS BERKAITAN DENGAN UGUTAN BUNUH TERHADAP BEKAS PEKERJA SEBUAH SYARIKAT KRONI REGIM SOSIALIS PAKATANG YANG MENDEDAHKAN MENGENAI SKANDAL PENYELEWENGAN PASIR



Baca seterusnya di sini PAPA GOMO 

Regim Sosialis Pakatang Hancus Selangor wajib menjawab dan wajib telus dengan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan menyerahkan semua dokumen kepada Polis dan SPRM untuk menyiasat lebih lanjut. 

Kalau Regim Sosialis Pakatang TAKUT dan BERDIAM DIRI itu bermakna ADA BENDA YANG DISEMBUNYIKAN!

TEPUK DADA TANYA IMAN!


NOSTALGIKNYA 'CINTA KURA-KURA' FILEM KOMEDI ROMANTIKA DA BOM!




FUUUUU...YYYYYOOOO !!!!! HEBAT ! Filem terbaru terbitan KRU Studio yang diarahkan oleh Norman Hakim bertajuk 'CINTA KURA-KURA'. Sebuah filem genre komedi romantika yang meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. Ceritanya ringkas tapi begitu menarik dan realis. Watak CGI kura-kura begitu melucukan dan hidup sekali. Filem ini memang best ler. Santai. Tak berat. Memang seronok dan terhibur! Bila ditayangkan di pawagam nanti ... Jangan lepaskan pleuang anda untuk menontonnya.


Selasa, 14 Februari 2012

DEWA PAS TERDESAK GESA DEWA PKR TARIK BALIK KENYATAAN.


Berikut adalah kenyataan penuh Dewa PAS Pok NIk yang terdesak dengan kecaman umat Islam akibat kenyataan Anwar Ibrahim Dewa PKR yang menyokong Israel:-
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Februari 2012
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menggesa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.
"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.
Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Kata beliau, negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
Oleh itu katanya, wajib bagi umat Islam, bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya.
Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."
Sehubungan itu kata Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.
Kedua-dua pemimpin Pas ini melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Anwar mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama WSJ baru-baru ini, menjadi isu kontroversi.
Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, pihak berkenaan perlu menyedari bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. 
Petang tadi, PR mengadakan mesyuarat kepimpinan pusat di Petaling Jaya.
Nasib kamulah Labu ! Orangtua pernah berpesan ' Terlajak Perahu Boleh Gostan, Terlajak Perkataan Tangung Sendiri' .

Tidak ada maknanya lagi samada Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ. Sudah jelas bahawa pendirian Regim Sosialis Pakatang Hancuss ialah menyokong dan mengiktiraf penubuhan negara Israel. Pendirian ini juga diterimapakai oleh PAS. 

Hamba sedikit pun tidak mempercayai kenyataan Dewa PAS tersebut dan keputusan Majlis Syura' Ulama PAS kerana hari ini mereka boleh kata 'YA' petangnya mereka pun berkata 'TIDAK'. Pendirian mereka tidak pernah tetap dan sentiasa berubah mengikut kehendak semasa. 

Andaikata kenyataan Dewa PKR tersebut tidak dikecam hebat di dalam dan di luar negara terutamanya di Indonesia termasuklah Duta Palestin sudah tentu para Dewa dan Majlis Dewa-dewa PAS tidak akan membuat gesaan tersebut. 

Para Dewa PAS melakukannya bukan di atas satu pendirian yang tegas dan jujur sebaliknya kerana takut kehilangan undi dan kepercayaan. 

Sehingga ke hari ini kita maklum mengenai pendirian Dewa PKR tidak berganjak dari kenyataan kontroversi tersebut.

Adakah dengan perkembangan terbaru ini maka puak pro Dewa PKR akan membuat desakan agar Dewa PAS dan Majlis Dewa-dewa PAS akan di pecat dari PAS? Kita tengoklah sandiwara berok PKR dengan lebai kera PAS. Akhirny yang mengambil keuntungan ialah DAP Rasis. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...