Jumaat, 19 Ogos 2011

GUAN ENG SUDAH KASYAF.

Bila berbicara saja mengenai Kalipah Muda kesayangan Pok Nik , ianya sungguh mengujakan sekali. Perasaan keterujaan itu sama seperti perasaan melayangkan sepak layang tepat ke muka seorang pembuli di sekolah. Memang tepat Pok Nik mengangkat seorang anak muda sosialis religus sebagai seorang Kalipah Muda. Berbanding dengan Mohd Nor Deris yang kasyafnya hanya dapat melihat tangan Pok Nik seperti setanirojim laknatullah, kasyafnya Kalipah Muda Guan Eng sehingga mampu mengetahui tanpa bukti bahawa UMNO lah yang telah membakar pejabat DAP di Jalan McAllister. Cuma Kalipah Muda Buluh Kasap Guan Eng terlupa memberikan butiran terperinci mengenai nombor keahlian UMNO, no kad pengenalan, nama, alamat, no yang boleh dihubungi pukul berapa kejadian, bagaimana ianya dilakukan dan berapa ramaikah yang terlibat. Tapi tak mengapa, soal-soal sebegitu boleh di jawab oleh PDRM yang lebih kasyaf dalam hal-hal siasatan sedemikian.

Berdasarkan kepada portal pembangkang yang juga kasyaf kerana mampu mengetahui pelbagai perkara tanpa bukti kukuh melapurkan bahawa Kalipah Guan Eng telah mencadangkan pihak yang bertanggungjawab ke atas kebakaran pejabat DAP di Jalan McAllister ialah UMNO. Kenyataan itu telah mengundang reaksi daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato Zainal Abidin yang menganggap kenyataan Kalipah Muda Buloh Kasap Guan Eng sebagai biaDAP. Sila baca kenyataannya itu di sini NOVANDRI.BLOGSPOT.COM (Minda Intelek Melayu) .

BAK KATA PEPATAH MODEREN, JIKA POK NIK ADA SURGA, KALIPAH MUDANYA ADA BULUH KASAP. ANDAIKATA ESUK LUSA, KEPALA GUAN ENG TERANTUK DENGAN BAPANYA SENDIRI, KITA SUDAH BOLEH MENJANGKAKAN SIAPA PUNYA ANGKAR. TERINGIN JUGA BERTANYA KEPADA GUAN ENG, AGAK-AGAK SIAPAKAH YANG BAKAL MENANG DALAM PRU 13 NANTI, SUDAH TENTU ANDA BOLEH MENJANGKAKAN JAWAPANNYA ....... UMNO !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KES QAZAF: ANWAR IBRAHIM BERLAKU BACUL.

Cakap Depan Mikrofon Boleh lah !


ANWAR IBRAHIM BACUL LAH. BUKAN ANAK LELAKI. TIDAK BERANI HENDAK MENGHADAPI PIHAK LAWAN DENGAN CARA TERHORMAT TAPI HANYA BERANI BERCAKAP DI BELAKANG SAJA. TAU LAH DIA AMAT MEMINATI SOAL-SOAL BELAKANG INI. KENAPA BEGITU TAKUT UNTUK MENGHADAPI SEORANG PEGUAM SYARIE ? KENAPA MAHU MENAFIKAN HAK ORANG LAIN UNTUK DIWAKILI OLEH PEGUAM SYARIE' PILIHAN MEREKA ? BACUL !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KEMBALI MENGGANAS.

ALHAMDULILLAHIR-ROBBIL-'ALAMIIN, AKHIR NYA ISU TEKNIKALITI TELAH BERJAYA DIATASI. Jadi AGENDA PERJUANGAN diteruskan untuk membalun dakyah-dakyah Pakatan Pembangkang. Kita menyedari bahawa akhir-akhir ini, puak Pakatan Pembangkang memperhebatkan Kuntau Biawak Hidup mereka. Setelah mereka gagal mencetuskan gerakan menafikan hak mengundi rakyat, kini mereka mencetuskan keresahan antara agama di Malaysia. Alasan mereka cukup mudah, apakah agenda pertemuan antara DS Najib dengan Pope tempohari. Tanda-tanda awal Pakatan Pembangkang mahu menyalahkan UMNO dalam isu DUMC. Kita semua maklum bahawa pada tahun 2010 dan 2011, negara dipenuhi dengan kejutan-kejutan meresahkan apabila DAP memainkan sentimen agama. Bermula dengan penggunaan kalimah ALLAH yang berkait rapat dengan larangan penyebaran Bible versi bahasa Melayu di kalangan penganut Islam selaras dengan sekatan pengembangan doktrin dan kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam termaktub dalam Fasal 4 Artikel 11 Perlembagaan , kemudian isu NEGARA KRISTIAN dan akhirnya isu DUMC maka sudah tentulah perjumpaan DS Najib dengan Pope ialah perjumpaan antara Ketua Negara dengan Ketua Negara lain. Vatikan adalah sebuah negara terkecil di benua Eropah. 

Dalam masa yang sama, DAP menyelitkan isu larangan penggunaan pembesar suara bagi pembacaan al Quran pada waktu sebelum Suboh oleh JHEAIPP yang ternyata bersalahan dengan peruntukan seksyen 48-54 di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004. Apabila si apek nyanyuk Kit Siang mengherdik dan mencacai JAIS sebagai GESTAPO dalam isu DUMC, PKR dan PAS telah mengeluarkan arahan TUTUP MULUT. Sekali lagi Pakatan Pembangkang mencuba nasib mencabar kuasa-kuasa YDPA, Sultan dan Majlis Raja-raja. 

Demi meredakan suasana yang agak kepanasan buat Pakatan Pembangkang dalam kehangatan Anwar Ibrahim terpaksa melalui detik-detik saspens dalam kes liwat keduanya, Pakatan Pembangkang sekali lagi dikejutkan dengan tindakan DS Najib mahu menubuhkan JAWATANKUASA PEMILIH PARLIMEN bagi melakukan gerak kerja menghapuskan sebarang ketidakpercayaan dan syak wasangka kepada proses pilihanraya di Malaysia. Selepas dari itu, Pakatan Pembangkang dikejutkan lagi dengan pendedahan mengenai kanak-kanak Melayu di Jalan Kelang Lama yang didakyahkan dengan doktrin Triniti melalui kelas tuisyen oleh malaun-malaun tertentu.

MALANG SUNGGUH BUAT PAKATAN PEMBANGKANG, KERANA MELALUI ISU-ISU SEBEGINI DAN KEGAGALAN SIBERTRUPER MEREKA MELAKSANAKAN TUGASAN MEREKA DENGAN BAIK, MEREKA SEMAKIN KEHILANGAN 'KUCING' Credibility Accountability dan Transparency.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PKR SELANGOR JUAL MELAYU BELI CINA & HINDU DAP.

PKR MEMANG HANDAL. Cukup handal dan bijaksana. Dalam bidang jualbeli Hak Melayu untuk beli hati pengundi Cina dan Hindu dalam DAP. Selagi ada Hak Melayu yang boleh di jual, Khalid GG sedia menjualkanya kepada pembidaan tinggi. Inilah yang PKR maksudkan 'MERAKYATKAN EKONOMI'. Segala harta benda yang UMNO kumpulkan untuk kepentingan Melayu bagi PKR harta itu wajib di jual kerana HARAM. Pengalaman dan ilmu korporat Khalid GG memang dipergunakan untuk memajukan ekonomi Melayu Selangor melalui penjualan Hak Melayu.


Itulah yang terjadi dalam isu Tanah Yayasan Selangor di bandar Klang yang bakal di bida oleh perkumpulan Tan Kok Wai, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, V.Ganabathiroa & Senator S. Ramakrishnan melalui sebuah NGO. Tujuan pembelian ialah menjadikan tapak dan bangunan asrama tersebut sebagai PUSAT KEBUDAYAAN CINA & INDIA. Tahniahlah Khalid GG dan PKR Selangor, selepas berjaya menjadikan Shah Alam sebagai Bandaraya Maksiat dan membantu usaha-usaha pencerahan minda (Agenda Murtad) kali ini sebagai melengkapi Agenda Membangsatkan bangsa sendiri, jual lah selagi apa Hak Melayu yang masih ada. Untung-untung nanti boleh lah buat reban ayam untuk Melayu-melayu yang takde tanah dan tempat tinggal lagi. Lepas itu bolehlah salahkan UMNO lagi.

sumber maklumat asal DET.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ISU MURTAD: PAS MENYESATKAN, PKR MEMURTADKAN DAP TAMBAH NEKAD.

Benarlah apa yang disarankan oleh bloger MYKMU bahawa sepatutnya PAS senada dan bersama UMNO menangani isu murtad dan kristianisasi. Agak malang kerana PAS memilih untuk menyesatkan umat Islam manakala PKR berpendirian eloklah dimurtadkan saja orang Islam supaya DAP bertambah nekad.

Sepertimana yang didedahkan oleh bloger media permatang pauh bahawa esuk Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh Nasaruddin Tantawi akan melakukan demonstrasi membantah kejadian di Syria dan tindakan itu akan mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Syria. Seharusnya , mereka buat dmeonstrasi di depan DUMC atau di pejabat NECF mendesak agar permohonan maaf dan kerja-kerja misionari mereka dihadkan kepada orang bukan Islam sahaja.

Dr Rani juga hampir waras apabila mengeluarkan kenyataan sokongan bersyarat jika benar terbukti 100% kegiatan memurtadkan orang Islam oleh DUMC. Bukti apa lagi? Kalau PAS boleh reka bukti mengenai PATI jadi warganegara, kenapa hendak bersyarat pula dalam isu DUMC?

Khalid Samad Gereja pula memberikan amaran kepada mana-mana ahli PAS agar tidak mengheret DYMM Sultan Selangor dalam isu DUMC. Khalid Gereja tidak sudah-sudah dengan gelabah beroknya cuba melindungi kepentingan DAP dalam isu DUMC. Tidak sepatutnya Khalid Gereja menghalang DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Rasmi di Selangor campurtangan dalam isu DUMC. Awat Khalid Gereja menunjukkan reaksi takut sekali dalam isu DUMC ini?

TIADA APA LAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS YANG SEMAKIN TENGGELAM DI DALAM HALOBA KUASA, HARTA DAN WANITA. INILAH HASIL DOA-DOA DAN SOLAT-SOLAT HAJAT PERDANA MEREKA SENDIRI. AKHIRNYA MEREKA TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN YANG DI POHON OLEH MEREKA !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...