Pengerusi PNB Marhum Tun Ismail Ali dengan marhum Tun Hussein Onn Di Hari Perlancaran Sekim Amanah Saham Nasional pada 1981.
Buku Pelaburan AMANAH SAHAM BUMIPUTERA
dengan cogankata 'Bijak Dahulu Bijak Sekarang"
dengan cogankata 'Bijak Dahulu Bijak Sekarang"
BISMILLAHI
Catitan sambungan daripada artikel lepas "BILA ARWAH MADEY MENJADI PELAWAK DI PENGHUJUNG USIA".
Untuk memahami apa yang berlaku sekarang, kita perlu menjengah tetingkap waktu sekejap.
Sekitar 1981, selepas 24 tahun merdeka (1957), 16 tahun selepas Singapura keluar dari Malaysia (1964), 12 tahun selepas 1969 dan 10 tahun selepas DEB dilancarkan (1971), pentadbiran marhum Tun Hussein Onn melancarkan ASB. Dan Dunia Kewangan Terkejut!
Dunia Kewangan bertanya, "dari mana mereka perolehi dana sebesar itu?" Dan bagaimana orang Melayu mahu mencarum? Ini pada tahun 1981, sebelum Melayu menjadi Kelas Pertengahan. Sebelum Melayu kenal dan ceburi bidang perniagaan secara serius. Sebelum wujud Kelas Bilionir Senyap Melayu.
Dari mana datang nya sumber Simpanan Emas yang banyak untuk menampung bayaran dividen serta bonus sekim berkenaan? Semua pakar analisis kewangan dunia pada waktu itu menggaru kepala. Mendiang Lee Kuan Yew pada masa itu tidak dapat tidur lena selama tiga bulan.
Marhum Tun Hussein Onn senyum simpul. Akhirnya, sebelum melepaskan jawatan, beliau telah berjaya juga melaksanakan salah satu 'Amanah Penting' marhum Tun Razak. Sekarang terpulanglah kepada pengganti beliau dan orang Melayu menyempurnakan 'Amanah Agung' itu.
Bolehkah anda bayangkan situasi gawat dan keluh-kesah dunia kewangan pada waktu itu? Sekim Amanah Saham itu bukan sekim calang-calang bagi sebuah negara Pertanian yang saiznya amat kecil.
Kartel-kartel kewangan lain mula goyang kepala lutut dan berpeluh dahi. Puas mereka mencongak dengan pelbagai kaedah matematik dan Sains Aktuari untuk mencari solusinya. Mereka tak jumpa!
Sekim Amanah Saham Bumiputera di jual pada harga $1.00 bagi seyunit saham. Dengan pulangan dividen dan bonus tahunan yang sungguh luar biasa. Caruman serendah $10 dan $100 dibenarkan. Pening kepala semua pakar-pakar dunia memikirkannya.
Tidak lama selepas itu, berlakulah the Dawn Raid (mengikut skrip). Everiting its ok lah bos. Ikut Pelan. Sehinggakan Kartel Rothchilds pun terpaksa akur. (Firma Rothschilds di bawa masuk oleh arwah Madey yang tak mengikut skrip asal).
Hebat tak orang Melayu pada 1981? Dengan hanya bermodal $10-$100 mampu menjanakan 'The Dawn Raid' Ha ha ha ha ..... Sori tergelak. Ini taim, Melayu masih guna motorsikal dan bas sebagai pengangkutan utama. Bandingkan pada hari ini pula. Bagaimana? Fantastik tak? Memang fantastik.
Dari mana gamaknya marhum Tun Razak beroleh DANA FANTASTIK itu kan? Takpe lah .... Tokoh berkenaan merenung jauh. Melemparkan pandangan matanya yang kesayuan ke arah pemandangan di luar tingkap ....
Akhir Mei 1974 ..... yakni 7 tahun sebelum 1981.... dan selepas itu Marhum Tun Razak kembali ke rahmatullah
Al fatihah kepada Negarawan Terulung ....
Al fatihah kepada Negarawan Terulung ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan