Selasa, 18 Ogos 2015

ANTI NAJIB YANG BERBOHONG & MENIPU , BUKAN NAJIB.

Bila Tak Kenal TUHAN Maka HANTU disangka TUHAN
TUHANTUHANTUHANTUHANTU
Sampai Bila Pun Tak Kenal TUHAN 

BISMILLAHI-ALLAH-HU-AKBAR 

Masa kecik-kecik dulu, arwah atok ambe selalu kata, 'Cuba sebut TUHAN laju-laju' selaku cucu yang setia dan percaya kepada arwah atok, ambe pun sebut lah Tuhan laju-laju, Tuhantuhantuhantuhantuhantuhantu. Kemudian arwah atok ambe tanya, " Ko sebut TUHAN ke HANTU?" Terpinga la ambe sebab akhirnya ambe tersebut HANTU. Kemudian arwah atok ambe pun kata lah, " Kalau tak kenal TUHAN akhirnya kamu sebut HANTU' Dalam maknanya tu. 

Kisah di atas ambe jadikan mukadimah kepada entri pada kali ini. Kerana yang menjadi punca utama segala permasalahan yang berbangkit ialah sebab Hati Berpenyakit.

Hati Berpenyakit sebab banyak hantu dalam hati.

Hantu banyak dalam hati sebab tak kenal TUHAN. 

Camna nak kenal TUHAN bila akhlak tak serupa Nabi.

Bukan di suruh jadi Nabi tapi di suruh ikut akhlak Nabi. 

Nabi tak suruh kita lawan ketua selagi mana ketua tak tinggal solat dan tak larang kita bersolat. 

Nabi suruh kita tegur baik-baik ketua bilamana ketua buat salah.

Nabi tak suruh kita benci ketua sampai menyakiti ketua, ahli keluarga ketua dan oranglain. 

Dan kena ingatlah Allah Hu Ta'ala ada kata dalam al quran, ringkasnya , benda yang kita sukai tak semestinya baik untuk kita dan benda yang kita benci selalunya baik untuk kita. 

Mungkin kita membenci Ketua sebab ada benda-benda kita tak dapat dan terasa disakiti. Tapi itu pengalaman yang baik untuk kita. Tak perlu kita membenci pula ketua.

Janganlah sebab kita fikir dan sangka Ketua tak jaga kita dan tak appreciate kita maka kita pun melompat lawan ketua bila tercetus isu-isu. 

Tak molek begitu kerana natijahnya kita gak yang kerugian kerana bermusuhan dan benci membenci sesama sendiri. Nak buat apa pun? Kita bukan ramai sangat cam kat Amerika, kat China dan kat India. 

Bila dah terlalu jauh dalam kebencian maka timbul plak rasa nak menang.

Bila timbul rasa nak menang, dah tentu akan di cari dan di perbuat apa jua cara untuk menang termasuk berbohong dan menipu. 

Dalam isu wang 2.6 biliyun, puak anti Najib dakwa mereka betul.  Apa yang betul nya?

Selama ini mereka mendakwa wang itu daripada 1MDB. begitu juga dakwaan WSJ.

Tapi bila Justo sendiri akui, berlaku pengubahsuaian kepada dokumen, dan SPRM mengakui bahawa ianya wang derma dan bukan daripada 1MDB, kat mana betul nya dakwaan puak anti Najib?

ada ke selama ini puak anti Najib beri bukti jelas dan terang bahawa wang itu daripada 1MDB? Takde pun.

Makanya, siapa yang berbohong dan menipu sebenarnya?

LU FIKIRLAH BRO 

4 ulasan:

adib hakeemi berkata...

Duit menjadi unit tak bohong ke?Dalam akaun peribadi ada masuk billion2 bohong ke?
Lu fikir la sendiri.

JAS SALLEH berkata...

Duit menjadi unit yang dalam istilah perbankan adalah sama erti dan masuk ke dalam akaun peribadi yg bersifat 'akaun Amanah' yang diketahui wujud oleh BNM dan Pejabat Peguam Negara, tu salah ke. LU FIKIR BALIK LAH BRO

Ash berkata...

Akaun amanah plak dah kahkahkah

JAS SALLEH berkata...

tunjukkan bukti ler jika bukan Akaun Amanah atas nama peribadi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...