Khamis, 7 Mei 2015

PERMATANG PAUH PENGUNDI MAHU KEKALKAN ATAU TUMBANGKAN LEGASI DINASTI ANWAR?


Dalam tempoh 24 jam terakhir, perkara berikut berlaku :-

1. Kenderan jentera BN dipecahkan cermin, 
2. Kenderaan jentera BN cuba di bakar pada waktu subuh.
3. Penyokong PKR menyerang demonstran PAS yang sokong Presiden PAS & Hudud. 
4. PDM Cina di Kuala Rompin kembali ke tangan BN
5. Saluran 4 & 5 di FELDA Keratong 5 & 2 dimenangi PAS
6. Tiada isu Hudud dibangkitkan penceramah PAS semasa PRK Rompin
7. Isu GST & 1MDB dijadikan Isu Frontal Attack bagi mengurangkan majoriti. 
8. Apabila gagal, jentera PAS melakukan lawatan dari rumah ke rumah meminta pengundi tegar BN jangan keluar mengundi. 
9. Tarikh Membuang Undi PRK Rompin yang ditetapkan SPR mula dipersoalkan.
10. Post Mortem PRK Rompin diarahkan oleh DS Najib. 
11. Tun M mengeluarkan stetmen melahirkan kekecewaannya, pengundi Rompin tak kisahkan isu 1MDB
12. Anggota Polis terkepong di sebuah pusat membuang undi. 

Dalam Politik yang diamalkan dan dibudayakan di Malaysia sejak Tun M menjadi PM selama 22 tahun; berdasarkan kepada prinsip " Tiada Musuh Yang Kekal dan Tiada Kawan Yang Kekal" . Hasil daripada Machiavellian " The Ends Justify The Means'

Walaupun, pro Tun M cuba memberikan gambaran bahawa berlaku 'Isyarat Jelas daripada Pengundi Rompin' sebenarnya 'Isyarat' tu bukan daripada pengundi tapi daripada Game Players

Nak tahu siapa yang dicaturkan untuk menang di PRK Permatang Pauh, anda perlu melihat 'Gambaran Yang Lebih Besar'. Siapa yang perlu menjadi 'Rujukan' dan 'Klu Utama' yang perlu anda lihat dan cari? 

Bertanyalah kepada diri sendiri kenapa Tun M mengeluarkan stetmen-stetmen yang berbeza mengikut peringkat momentum kempen di kedua-dua PRK? Baca dan kaji sendiri stetmen-stetmen ini:-

1. Sebelum kempen :- Kedua PRK ada Penanda Aras kepada sokongan rakyat kepada DS Najib. 

2. Semasa kempen: Saya nak BN menang dikedua PRK. 

3. Selepas Keputusan : Rakyat tak endah pasal 1 MDB 

Kemudian stetmen tu diperkuatkan oleh Mukhriz Mahathir, " Tun M tidak akan bersama Pakatan Rakyat" 

Politikus akan mengeluarkan kenyataan yang memberikan 'Isyarat' kepada kumpulan Task Force mereka. Di sampinG itu mereka mengharapkan, 'orang ramai' faham apa yang tersirat dalam kenyataan mereka. 

Mereka berusaha mengarahkan pilihan pengundi ke arah yang mereka kehendaki. Tapi mereka lupa bahawa hati-hati manusia ini dibolak balikkan oleh Allah Hu Ta'ala. 

Politikus Malaysia ini mengamalkan juga , " Kelirukan Mereka Jika Tak Mampu Mempengaruhi Mereka" Ini memang diamalkan oleh Tun M selama ini. Dan diikuti oleh jentera PKR & DAPigs. 

Tapi, pengundi kini semakin bijak, atau sebenarnya pengundi semakin mudah diperbodohkan? Tidak sukar untuk membaca kesemua isyarat-isyarat yang diberikan Game Players Politikal Malaysia. Sebab mereka pun bukanlah bijak dan cerdik sangat pun. Mereka hanya sangka mereka cerdik dan bijak. 

Mereka hanya boleh Merancang tapi Ketentuan itu tetap daripada Allah Hu Ta'ala. Kerana itulah mereka ada menyimpan stok 'Nujum Pa' Belalang'. Malangnya, mereka semakin kehabisan stok, bila didapati hampir 95% ketajaman ilmu nujum stok mereka sekarang ni 'Tak Menjadi' ...Kih kih kih. 

Malangnya, tak ramai nak menyelami hati para pengundi di kedua-dua kawasan Parlimen. Majoriti pengundi di Permatang Pauh mahukan Wakil Rakyat yang boleh berkhidmat kepada mereka. dan bukan lagi seorang Wakil Rakyat Pemegang Amanah kepada seseorang dalam jel. 

Bagi pengundi Permatang Pauh, untung nasib bekas wakil rakyat mereka dalam jel tidak menjejaskan masadepan mereka. Samada dalam jel atau tidak, bagi pengundi di Permatang Pauh, itu tak penting pun kepada kepentingan mereka. 

Apa yang penting kepada pengundi di Permatang Pauh ialah apa perkhidmatan Wakil Rakyat yang boleh berikan kepada mereka? dan sejauhmana mereka boleh akses Wakil Rakyat untuk menyelesaikan masalah seharian mereka?

Inilah Pakej yang Wan Azizah tak mampu nak berikan tapi mampu diberikan oleh calon BN. Pengundi tak angkat pot pun pasal semua isu politikal Mereka pun dah tau, isu-isu politikal tak mampu nak jaga kepentingan mereka.

So Game Players, hangpa lepas ini boleh boleh terus bermimpi dan merancang tapi hangpa gigit jari saja la. Pengundi tak ikut dah Game Plan hangapa. Depa dah lebih cerdik daripada hangpa, taw. Jangan Marah arrrrr....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...