"Suatu Ketika Dulu, Kini & Selamanya"
Putrajaya & Seri Kembangan, 31 Mei 2015, entri bagi menutup bulan Mei. Sengaja di pilih tarikh terakhir bulan Mei kerana dalam bulan Mei 2015, banyak peristiwa politik penting berlaku.
Selepas dua PRK di Rompin dan Permatang Pauh, di mana menunjukkan pengundi pun dah buhsan dan fedap dengan keletah lucu politikus kedua belah pihak, peratusan keluar mengundi sekitar 74% sahaja dengan kemenangan di kedua belah pihak majoriti dikurangkan oleh para pengundi.
Minggu pertama dan minggu kedua bulan Mei rancak dengan keputusan para pakar dan penganalisis keputusan dua PRK tersebut. Minggu ketiga dan keempat dipenuhi dengan aktiviti menghentam 1MDB dan menggasak Najib undur.
Macam-macam lah benda keluar. Pada masa yang sama pemimpin dapigs gasak Presiden PAS Hj Hadi suruh undur gak. Keadaan agak selamat untuk PKR, kenapa yer? Azmin Ali memang anak angkat Tun M.
Dapigs gasak Hj Hadi berundur sebab Hj Hadi nak bawak PAS bersama dengan UMNO. Ini ide bersama Najib-Hj Hadi. Di sebelah BN plak, Tun M gasak Najib suruh undur melalui isu hutang 1 MDB dan GST.
Dapigs serang Hj Hadi guna alasan Perpaduan PAS-UMNO & isu Hudud.
Tun M serang Najib guna alasan 1MDB & faktor survival BN pada PRU 14. Macamlah Tun M boleh rayu semua pengundi undi BN pada PRU 14 nanti.
Dalam kehangatan dan kepanasan adu domba pewayangan politik yang dicetuskan dapigs & Tun M, Wan Jijah dengan selesa jadi Ketua Pembangkang. Manakala Azmin Ali senyum manjang sebab sempat lah buat apa yang beliau nak buat, takde orang kacau.
Sekarang ini perhatian semua orang diarahkan kepada konflik dapigs-Hj Hadi & Tun M - Najib , Hudud - 1MDB. Keduanya menyerang tokoh-tokoh yang nak bawa Perpaduan di antara PAS-UMNO melalui Hudud & Indeks Maqasid Syariah.
Adakah serangan-serangan berkenaan telah menjejaskan dan/atau mula mengubah sokongan dan persepsi rakyat kepada hj Hadi & Najib? Itu kita tengok dulu lah sebab pengundi & rakyat semakin bijak sebab dibijakkan dek jentera propaganda kedua belah pihak gak kan, Namun keputusan terakhir tetap pengundi & rakyat putuskan sendiri.
Adakah serangan-serangan berkenaan turut menjejaskan dapigs dan kredibiliti Tun M? Ya. Kini dapigs & Tun M di lihat dengan penuh sinis oleh pengundi & rakyat. Terimakasih kepada jentera Anwar Ibrahim yang bekerja keras sejak 1997- sehingga kini memberikan gambaran dan imej buruk kepada Tun M.
Akhirnya, mereka berjaya menjadikan Tun M sebagai Senjata Utama mereka menentang UMNO/ BN. Dan menjadikan dapigs penentang sebenar perpaduan, keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.
Politik Evasif dan Defensif Pak Najib nampaknya berhasil jugak lah. Kerana jentera Tun M terlebih propa sampai orang naik muak dan mual. Oberkil yang di buat jentera Tun M sudah mula nampak makan tuan lah.
Dan apasaja jentera propa Tun M lakukan kini, semakin menyerlah plak kebenaran segala propa puak PR terhadap Tun M selama ini. Orang dah tak kaitkan pemimpin dengan parti sekarang.
Bila jentera adu-domba Tun M memberikan hujah pemisahan Ketua & parti secara tak langsung diaorg mengajar pengundi dan rakyat mempercayai segala propa puak PR terhadap Tun M. Kan dah kono sendiri peluru sendiri.
Orang akan terfikir gak, " Kalo Tun M camtu apatahlagi anwar ibrahim dan puak PKR. Dah tentu sama jek mentaliti. Nanti Malaysia ini asik nak bergadoh pasal politik' Maka pengundi dan rakyat akan kekalkan Najib sebagai PM dan BN dengan majoriti mudah atau majoriti sikit besar lah.
Rakyat Malaysia ini gemar dengar gosip tapi percayanya idak gak. Mereka lebih menilai kepada cara dan gaya penyampaian serta tahap emosi. Mereka tak fokus pun kepada 'Kebenaran'. Yang mereka nak nilai ialah Peel pihak-pihak yang terbabit je.
Proses yang sama gak bila diaorg tengok setail pepuak dapigs, PKR & PAS tu. Serupa dan sama je cara diaorg tengok puak UMNO/BN. Rakyat pengundi ni bukan kesah sangat pasal skandal-skandal waima diaorg suka dengor pasal skandal. Sebabnya, melalui cerita-cerita skandal politik ler, rakyat pengundi menilai peribadi, kepimpinan & populariti seseorang politikus.
Realitinya, cerita-cerita skandal tu bikin rakyat pengundi merasa 'lebih suci' dan 'lebih bagus' daripada politikus. Kih kih kih. Ya lar Rakyat pengundi pun dah naik nyampah gak tengok gelagat politikus ni. Semua 'Bajet Suci' belaka. Asal buka mulut je, beliaulah paling suci dari yang tersuci.
Makanya, Rakyat pengundi bukak telinga luas-luas bila ada cerita-ceriti skandal pasal mana-mana politikus. Tembok kukuh egois politikus sebenarnya dah lama roboh lar. Silap jentera dan tangan-tangan politikus sendiri lar. Sebab itu majoriti kakitangan awam sekarang ni semua pakat lawan dan bantah politikus. Ramai jadi Lawan Tokeh. Sikap Lawan Tokeh tu terjemahan dari emosi nak tunjuk sapa power. Bos power ke setaf yang power? Camtu lar.
Rakyat pengundi sebenornyer gelak sakan bila politikus sesama sendiri dok londeh sesama sendiri dan tunjuk 'Anu' dan 'Pekong' memasing. Mungkin ada yang kata, rakyat pengundi muda lain fikir. Alarh, serupa je cuma cara diaorg menterjemahkan emosi diaorg je sikit beza.
Sedor tak sedor, sekarang ini ada perkumpulan rakyat pengundi terdiri dari anak muda yang berazam nak beri pengajaran maksimum kepada sekelian politikus melalui undi mereka. Tengok lah nanti.
Berbalik kepada teka-teki kenapa Tun M serang Najib, mudah je nak baca.
Mana ada politikus serang politikus lain tanpa sebab kan?
Maka nya, apakah sebabnya Tun M serang Najib?
Sebabnya hanya Allah Hu Ta'ala dan Tun M sendiri yang tahu kenapa dan mengapa. Samalah pasal motif, sebab-musabab, kenapa & mengapa Najib tubuh 1MDB tu. Hanya Allah Hu Ta'ala & Najib sendiri yang tahu. Yang pastinya, 1MDB ni bukan nak menjahanamkan negara atau membebankan rakyat.
Cuma yang pasti dan jelas, Tun M serang Najib bukanlah sebab 'perjuangan rakyat' atau 'perjuangan parti nak beri menang'. Ini tafsiran ambe lah. Ambil mudoh lah , ada la benda yang Tun M nak tu tapi tak dapat.
Dan adalah Agenda-agenda tertentu yang Tun M nak capai tapi terhalang.
Sekian terimakasih.