Isnin, 9 Februari 2015

PEMBENTANGAN HUDUD DI PARLIMEN PERLU CAP MOHOR DAPIGS DULU - PAS AKUR.


Dimanakah ketegasan dan istiqamahnya pendirian PAS dalam melaksanakan Hudud ini sebenarnya? Berpuluh dekad sejak Hj Hadi jadi Presiden PAS, dan sejak Anwar dari ABIM masuk UMNO kemudian kena tendang jadi KETUM PKR dalam PR, mana komitmen dan kesungguhan PAS ??????  

PAS memberi jaminan tidak akan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Parlimen selagi perkara berkaitan dengannya tidak diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR).

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata, rang undang-undang hudud itu juga tidak boleh dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan bersama gabungan parti pembangkang dalam PR.

“Apa yang dibincang dalam mesyuarat (MPPR) semalam, jangan bawa ke Parlimen lagi.

“Jadi bawa setakat Dewan (Undangan) Negeri (Kelantan) saja, sehingga diputuskan oleh Majlis (Presiden) Pakatan Rakyat,” katanya kepada sebuah portal.

Mengulas pengumuman kerajaan negeri PAS Kelantan untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pindaan Undang-undang Enakmen Syariah II, jelas Mahfuz ia bukan undang-undang baru.

“Enakmen itu sudah ada. Mereka nak buat pindaan sahaja.

“Mereka nak pinda beberapa perkara untuk dikemaskini,” katanya kepada pemberita.

Semalam, mesyuarat MPPR tidak mencapai sebarang kata sepakat dalam perkara yang menjadi pertikaian sesama parti dalam pakatan pembangkang iaitu berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan (PBT).

Kedua-dua isu itu akan dibawa untuk dibincangkan dalam ke mesyuarat khas.

Namun selang beberapa jam selepas mesyuarat MPPR itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob membuat pengumuman akan meneruskan sidang khas DUN berkaitan hudud yang ditangguhkan sebelum ini.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...