Selasa, 24 Februari 2015

MAHFUZ BERJAYA HUBUNGI 'RAKAMAN SUARA' SIRUL ???? ... HA HA HA

'Rakaman Suara Mahfuz - Sirul' 

POLITIK bermakna Penipuan dan ILUSI. Politikus plak umpama pak-pak magis yang mahir bermain ilusi magis. Kalau ikutkan, malas gak nak tulis benda-benda takde pekdah camni. Tapi mengenangkan tanggungjawab sebagai insan cintakan kedamaian, maka ambe ulas jugak lah.

Sekiranya Akademi Oskar USA ada Anugerah Pelakon Politikus Terbaik setiap tahun, ambe yakin politikus dap - pkr -pas akan sentiasa mengunggulinya.

Telesidang Mahfuz pada ambe sekadar gimik politik sahaja. Nak tarik perhatian rakyat kepada isu Sirul. Motifnya ... cam biasalah, nak burukkan DS Najib. 

Sejak awal pun, kita ada tiga pengakuan penting daripada pihak PR dalam isu Altantuya ini. Pertama, pengakuan Tian Chua mengedit gambo Altantuya dengan DS Najib. Kedua, pengakuan RPK mengatakan beliau di upah bikin cerita DS Rosmah ada di waktu kejadian ( dan korang boleh percaya cerita tu... ha ha ha) dan ketiga, pengakuan pihak Pendakwara Perancis mengatakan Tiada Kes pun dimulakan pasal kapalselam Scorpene. 

Setelah beratus kali dan bertahun-tahun korang kena tipu dek puak PR dalam isu Altantuya-Scorpene, akhirnya korang masih nak percaya Drama Telesidang Mahfuz-Sirul? 

Dan korang masih nak percaya dan yakin Mahfuz berjaya hubungi Sirul? Ha ha ha ha ... Pihak berkuasa Australia pun dah keluarkan kenyataan, untuk buat Telesidang kena ikut prosedur. Korang hengat prosedur tu cuma melalui panggilan tipon daripada Mahfuz ke? Ada Otak sila gunakan Akal. 

Bila gambo pun di edit, cerita pun di reka dan gempaq pasal 'kes rasuah Scorpene' terbukti tak betul, korang hengat puak PR akan setop setakat itu? 

Jangan fikir puak PR ini suci dan bersih. Beribu kali dah puak PR ni bodohkan rakyat dalam macam-macam jenis isu. Nurul Izzah pun pernah mengaku buat fitnah terhadap Raja Nong Chik. 

Bahkan, dalam isu FELDA pun , Harakah pun akhirnya mohon maaf kerana memfitnah FELDA. Lani , kita nak percaya Mahfuz berjaya hubungi Sirul ? Ha ha ha ha ... sori lah banyak gelak .. bukan apa sebab memang lawak der.

Bila kita susun balik semula isu Mitos Politik pasal Altantuya -Scorpene ne yang di jual dek puak PR, banyak penipuan dan cerita dongeng puak PR reka untuk bagi sedap di dengar. 

Ok alh, ada yang tanya, kalau begitu kenapa Sirul dibenarkan keluar negara sedangkan rayuan sedang di buat? Wah menarik soklan tu. Bunyi cam cerdik sangat ... tapi soklan itu menunjukkan betapa tinggi nya tahap NAIF & JAHIL undang-undang negara sendiri. Tu pasal lah 14 orang loyor Anwar Ibrahim gagal buktikan sebarang Konspirasi Politik dan Keraguan Munasabah dalam pembelaan KETUM. 

RAYUAN SIVIL DAN JENAYAH tak pernah pun menjadi suatu PENANGGUHAN HUKUMAN ATAU PERLAKSANAAN PERINTAH. Fullsetop. 

Bila Mahkamah Rayuan membebaskan Sirul dan Azilah, maka saat tukul dihentakkan ke meja panel Hakim, saat itulah Sirul dan azilah bukan lagi BANDUAN. Mereka jadi ORANG BEBAS IKUT SUKA HATI diaorang nak ke mana-mana pun. Sama lah juga cam Alvin Tan tu. 

Tengok je la, KETUM sendiri. Waima, sepatutnya KETUM masuk jel masa Mahkamah Rayuan menolak rayuan KETUM, tapi KETUM still bebas ke sana ke mari. Yang ini takde plak ketumchai nak meroyan kan. 

Ok lar, berbalik kepada Mahfuz-Sirul punya telesidang. Kita susun cerita sikit.
  1. Puak PR bising bila Sirul dan Azilah dibebaskan dari pertuduhan;
  2. Bila sirul dan Azilah ke luar negara setelah dibebaskan Mahkamah Rayuan, hanya puak PR sahaja yang tahu di mana lokasi mereka. Pelik betoi ! Tapi tak pelik lah sebab dalam isu Eli Wong- Kekasih Gelapnya, ternyata kekasih gelapnya pun mengaku di bawa lari ke Australia oleh PKR. Ha ha ha.
  3. Tup-tup , Mahfuz ada pergi ke Australia sebelum ini. So apa berlaku di sana? Ada tak kemungkinan, Rakaman Suara di buat terlebih dahulu? Kita tak dapat menolak kemungkinan itu kan?
  4. Kendian mahfuz war-warkan nak buat Telesidang dengan Sirul.
  5. Pihak Berkuasa Australia kata takde kelulusan diberikan dan kena ikut prosedur.
  6. Akhirnya, Mahfuz jadi lebih berkuasa dari Pihak Berkuasa Australia dan tunjuk boleh hubungi Sirul selepas berjam-jam 'Gagal Hubungi Sirul' ... lawak apa ini?
So, apalagi yang kita nak kecoh-kecoh sangat mengikut Skrip dan Drama Gimik Politik dalam Mitos Politik PR berkenaan isu Altantuya-Scorpene- Sirul ini? 

Dari rentetan Mitos Politik ini pun kita dah boleh buat kesimpulan bahawa terlalu banyak sangat cerita dongeng PR jual selama ini. 

Selepas ini, jangan kita fikir, puak PR dan Mahfuz akan berhenti setakat itu sahaja. Ada lah lagi Mitos baru akan di cipta. 

Kita plak jangan mudah terpedaya lagi. 

Ok Selamat Beramal. 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...