Jumaat, 26 September 2014

TITAH SULTAN SELANGOR, RAFIZI LETAK JAWATAN AP? & PENGORBANAN AIDIL ADHA PAS KEPADA PKR-DAP.


FILEM 'LANGKAH KAJANG' SETERUSNYA, 

Elok gak korang baca apa yang dittahkan Sultan Selangor di sini :AGENDADAILY, ambe petik bahagian yang menarik:-
“Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid,” titahnya.
Dengan ini, titah baginda,  timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Abdul Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor.
“Di sini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai menteri besar, yang mana hubungan istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar,” titah baginda.
Menurut baginda lagi, krisis yang berlaku berkenaan dengan menteri besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap politik di negeri itu.
“Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.
“Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna.
“Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.
“Beta ingin mengingatkan bahawa sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya,” titah baginda.
Baginda juga mahu orang Melayu Islam jangan berpecah belah dan tidak ekstremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat
HARAKAHDAILY :- Stopa Ali dengan bangga berkata, PAS hilang 1 Jawatan EXCO Selangor sebagai Pengorbanan  PAS kepada ?????? Nampaknya, pengundi dan penyokong PAS kena lupakan sahaja kebencian kepada UMNO/BN, kerana sekarang yang mengecewakan dan mempersiakan undi dan sokongan anda ialah KEPIMPINAN PAS sendiri dan rakan-rakan Tahaluf Siyasi PAS.

PKR: Tersebar luas berita mengenai Rafizi Letak Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan. Dah setat dah Game New Skool sekarang. Ini bukan apa, gosip untuk selamatkan dan tes ground sokongan kepada Azmin Ali sahaja. 

Adengan seterusnya kita tengok dan lihat je lah nanti; New Skool dah mulakan langkah dan buka gelanggang politikal mereka. Tak mustahil lah Saluran 4.,5 dan 6 sentiasa menjadi 'Medan Terbuka'. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...