Isnin, 1 Disember 2014

SELEPAS PAU 2014, RON95 TURUN 0.04 SEN SAHAJA DAN DISEL NAIK 0.03 SEN




Artikel ini Merealisasikan Impian Najib Agar Bloga Terus Tembak Dengan Gaji / Upahan Pada Kadar Subsidi 0.000000 sen/sehuruf.

Gomen Najib & Konsultan melalui lisan Hasan Malek, Menteri Kontrobersi Cendoi dan di sokong oleh tewiter , Mat Maslang, Menteri CGPA, mengwar-warkan 'Kebaikan' penurunan rega Ron 95, Ron 97 dan kenaikan Disel. Tahniahlah kerana berjaya turunkan rega Ron 95 & RON 97 dan menaikkan lagi disel. Tapi ambe amat skeptikal dengan 'Keputusan Gomen Najib & Konsultan' tersebut.

Berdasarkan kepada 'Pengetahuan Terpilih' yang dikeluarkan oleh puak konsultan kepada Najib, mekanisma penetapan harga runcit RON95, 97 & disel menggunakan Tolok Purata jualan dari data MOPS. Dan harga di pam pula menggunakan APM. Tapi setakat itu sahajalah kita diberitahu. Kita tidak diberitahu lebih lanjut bagaimana pengiraan dan keputusan dibuat berdasarkan kedua Tolok itu. 

Pada kadar pertumbuhan ekonomi yang dibanggakan di atas polisi apungan tanpa subsidi; ambe tertanya jualah, adakah harga berkenaan adalah 'Tepat, Sesuai dan Mampu Beli' oleh kebanyakan rakyat yang tak guna kapchai yang bukan petani padi?

Agak menghairankan jugalah, kenapa hanya diturunkan 0.04 sen/seliter bagi RON95, diturunkan 0.09 seb/seliter bagi RON97 dan dinaikan 0.03 sen/seliter bagi disel?

Gomen najib & konsultan mendakwa harga sebenar RON 95 termasuk cukai (0.5862 sen/seliter) ialah $2.43 sen/seliter dengan subsidi 0.13 sen/seliter bagi RON95.  Kita tertanya bagaimana gamaknya harga $2.43 sen/seliter itu ditetapkan mengikut MOPS & APM. 

MOPS menetapkan beberapa kadar seperti berikut untuk mendapatkan Harga Runcit Petrol:-
  • Kadar Premium ( yang ini kita dop tahu berapa sebenarnya) 
  • Kadar Kos Operasi 0.0954 sen/seliter 
  • Kadar Keuntungan syarikat minyak 0.05 sen/seliter 
  • Kadar keuntungan 'Petrol Dealer'  0.1219 sen/seliter 
  • Alpha pada kadar 0.05 sen/seliter  
  • Kadar Cukai Jualan 0.5862 sen/seliter (dikenakan bila 'Harga' rendah berbanding 'Harga Runcit Yang DiTetapkan' dan subsidi bila 'Harga' tinggi berbanding 'Harga Runcit Yang DiTetapkan').
Baiklah mari kita jumlahkan semua jumlah yang kita ketahui di atas:-

0.0954 + 0.05 + 0.1219 + 0.05 + 0.5862 = 0.9035 sen/seliter kaber semua.

Sekarang harga tanpa subsidi ialah pada kadar $2.24 sen/seliter. 

Kita cari perbezaan :-

2.24 - 0.9035 = 1.3365 sen/liter.

Oleh itu, kita tertanya lah jumlah perbezaan sebanyak $1.3365 tu kita tanggung selaku pembeli untuk APA dan KENAPA serta SIAPA?

Kita sudah menanggung/ membayar kos 0.9035 sen/seliter  dimana pecahan untuk gomen Najib & Konsultan ialah:-
  • 0.05 
  • 0.05 
  • 0.5862
  • 0.0954  =  0.7816 sen/seliter.
Satu perkara penting yang perlu anda fahami selaku Pengguna & Pembeli petrol dan disel di Malaysia ialah, anda MENANGGUNG SEMUA KOS.

Oleh itu, timbul pula PERTANYAAN ...... Dimanakah Jumlah Subsidi yang dikatakan selama ini? Sedangkan kita selaku PENGGUNA & PEMBELI TERPAKSA TANGGUNG SEMUA KOS DALAM HARGA BELIAN DI PAM. 

ADAKAH SELAMA INI, GOMEN NAJIB & KONSULTAN MENGGUNAKAN HUJAH SUBSIDI (YG NAMPAKNYA MACAM TAKDE JE) UNTUK MENAIKKAN HARGA DI PAM BAGI MEMAKSIMUMKAN PEROLEHAN GOMEN BAGI MAKSUD MENCAPAI MATLAMAT AGENDA 'NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI?' 

Jadi ambe berharap agar gomen Najib dan Konsultan boleh memberikan jawapan yang memuaskan hati dan bukan beri JAWAPAN BANGANG LAGI BEBAL. 

Sekian Terimakasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...