Khamis, 2 Oktober 2014

RASIONALISASI SUBSIDI PERLU DIMANSUHKAN & PERBELANJAAN MENTERI PERLU DIRASIONALISASIKAN.

Nyamuk Yang Geget Mat Syabu tu Ahli UMNO 

PUTRAJAYA - OPIS PEMANDU: Sebelum itu, kita selitkan berita sekur nyamu ahli UMNO telah berjaya geget Mat Syabu. Kita tunggu saja la apa perkembangan seterusnya. Mungkin kerana Mat Syabu lawan Kepimpinan Ulama' dalam PAS maka terkena cam Namrud dulu. Adakah nasib Mat Syabu sama seperti Namrud nanti? Kita nantikan. 

Rasionalisasi Subsidi, ini polisi bukan lahir darikepala otak pemimpin BN ataupun UMNO. Ini suatu fakta yang anda perlu ingat. RS ini muncul daripada kepala hotak Konsultan yang dibekap oleh Omar Ong dan Deris Jala dalam PEMANDU. 

Ianya tercetus pada masa kemuncak gerakan penentangan kepada BN melalui siri-siri demonstrasi jalanan oleh puak anarkis PR. 

Salah satu tekanan yang diberikan oleh puak anarkis revolusioner pada waktu itu ialah mengenai Tata Urus dan Tata Tadbir Kewangan Negara. Mereka mendakwa berlakunya ketirisan dan pembeziran kewangan negara. 

Oleh itu, Najib telah mengumpul menurut nya sebagai 'The Best Minds In Malaysia' untuk beri ide apa langkah-langkah terbaik untuk 'Menjimatkan Perbelanjaan Negara. Akhirnya, mereka muncul dengan Ide, Pembaziran Berlaku kerana SUBSIDI. 

Hujah mereka, itu adalah PERBELANJAAN HANGUS. Tapi tak diberikan butiran dan penjelasan apakah yang dimaksudkan PERBELANJAAN HANGUS DALAM BERBELANJA UNTUK SUBSIDI BAGI KEPENTINGAN RAKYAT. 

Betul ke Perbelanjaan Subsidi Ini adalah Perbelanjaan Hangus? 

Gomen tak dapat balik semua perbelanjaan yang dibelanjakan dalam Subsidi?

Kat mana Hangus nya?

Bagaimana ianya menjadi Hangus?

Ker cuma Hangus dari segi Teori Kapitalis Sosialis Fabian sahaja?

Poin ini tak pernah diperbincangkan pun di mana-mana. 

Mereka cuma mahu kita menerima nya tanpa soal jawab. 

Bila difikirkan kembali; dengan merujuk kepada semua pembentangan perbelanjaan dalam Dewan Rakyat dan semua Laporan Audit Negara; kita dapati ketirisan dan perbelanjaan tak berhemah banyak berlaku bukan dalam Perbelanjaan Subsidi tapi dalam Perbelanjaan Pak Menteri, Agensi, GLC dan peruntukan-peruntukan khas termasuklah Perbelanjaan Hangus membayar Konsultan untuk beri Ide menyusahkan Rakyat.

Pendekata, Perbelanjaan Hangus banyak berlaku dalam perbelanjaan Pak Menteri, Agensi, GLC, peruntukan-peruntukan Khas dan pembayaran kepada Konsultan yang tak diperlukan.

Kenapa pula perbelanjaan-perbelanjaan itu tidak di RASIONALISASI kan

Sebaliknya, perbelanjaan ke atas subsidi di Rasionalisasikan. Kenapa? 

Dan juga kita tak pernah diberitahu dari mana datangnya Hasil Bagi Perbelanjaan-perbelanjaan Hangus yang disebutkan itu. 

Kita hanya diperbodohkan dan dimomokkan dengan Perbelanjaan Hangus itu adalah Subsidi. 

Ekonomi Progresif ialah Ekonomi Yang Bergerak Laju yang bergantung kepada kemampuan Mobilisasi/ Pengangkutan / Kecepatan Penghantaran Barangan / Mobiliti Rakyat. 

Untuk menggerakkan Ekonomi, rakyat perlu bergerak. 

Untuk bergerak , rakyat perlu isi Minyak. 

Untuk bergerak, rakyat perlu jumpa klien / pelanggan di luar. 

Bila berlaku Rasionalisasi Subsidi maka Mobiliti Rakyat Untuk Menggerakkan Ekonomi amat terjejas.

Bila terjejas, pendapatan rakyat Menurun.

Bila pendapatan rakyat Menurun, maka Ekonomi Hanya Dikuasai Oleh Puak Kapitalis dan Pemodal Yang Suka Hisap Darah Rakyat. 

Bila ini Berlaku, Rakyat tak dapat Keluar dari Zon Kemiskinan dan Menaikkan Taraf Hidup mereka. 

Beri lah seberapa banyak BRIM, BROOM, BRAM pun, bila mobiliti Rakyat Terjejas kerana Rasionalisasi Subsidi maka Poket Rakyat Semakin Mengecil. 

Berlakulah situasi di mana Kemewahan dan Kekayaan Negara hanya berkitar disekeliling Orang dan Pihak Elitis Tertentu Sahaja. 

KUASA MEMBELI RAKYAT SEMAKIN MENGECIL dan ini akan menyebabkan INFLASI TERUK bakal melanda Negara dalam masa 3 tahun sahaja. 



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...