Pada suatu masa dulukala, sewaktu semua dinosurs baru nak pandai sebut "cendol duaploh sen"; dan sewaktu pungguk belum pandai sebut "Kalipah Umar" dan sebelum ular anaconda pandai masuk semua lubang; dan sebelum segala Raja Parasit pandai buat "paperwork"; maka adalah sebuah Negeri Kota disebut Taikopura.
Akan Taikopura ini tiadalah Raja atau Sultan atau Penghulu atau Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Ketua negeri disebut Taiko-waklu. Akan Taiko-waklu ne pula tiada di pilih melalui proses undi melainkan kepada kehebatan seseorang mampu menguasai wilayah-wilayah dan kawasan-kawasan.
Maka barangsiapa yang mampu menundukkan; mengkowtim dan mengalahkan mana-mana Waklu-tecik kawasan, maka akan dilantik menjadi Taiko-Waklu Umum dalam Majlis Ketaikoan Tertinggi.
Tiada sebarang cukai dikenakan ke atas mana-mana rakyat kecuali dikenakan bayaran Perlindungan sahaja.
Segala harga barangan pun murah-murah kerana Taikopura menggalakkan rakyatnya menyeludup segala barangan. Tiada bank-bank ditubuhkan kerana Polisi Fiskal Awam Taikopura mengikut Buku Jingei menggalakan aktiviti Ahhss-So-Long-No-See. Tiadalah Bank Pusat dan Bank Negara kerana Taikopura menggunakan Sistem Ribaan Bunga.
Tiada juga matawang kerana Taikopura menggunakan sistem rangkaian kredit sepanjang masa.
Pendidikan adalah Percuma. Rakyat hanya dikenakan kerahan tenaga menjadi GRO dan jadi Tukang Urut batin pada sebelah malam. Tiada PTPTN. Bagi yang lelaki pula mereka dikerahkan menjadi Budak Kopi sahaja.Sistem pentadbiran dan perwakilan Taikopura pun jauh berbeza. Setiap kampung dijaga oleh Jagoan Waklu Lokal yang dilantik dari pertandingan sukaneka rakyat "Akademi Jagoan Waklu" yang diadakan secara tahunan selepas perayaan Hantu Lapor.
Dibandar-bandar pula, dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu dengan sempadan yang ditandai dengan gerai burger yang dipacakkan bendera mengikut warna tertentu.
Pusat Pentadbiran Taikopura dinamakan Taikotown. Mana-mana Taiko-waklu Umum dibenarkan memerintah Taikopura selama mana beliau sukai dan selagi mana tiada mana-mana taiko-waklu mampu merampas titel Taiko-waklu Umum.
Begitulah serba ringkas akan latarbelakang sosio-politiku dan sosio-budaya negeri bernama Taikopura suatu masa dulukala. Kini Taikopura sudah tiada lagi setelah berlaku gempa bumi, wabak penyakit, peperangan sesama sendiri, banjir besar, letusan gunung berapi, puting-beliung sehingga tenggelam di dalam dasar lautan di Lautan Hindi.
Apakah Kita Mahu Malaysia menjadi sebuah TAIKOPURA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan