PUTRAJAYA ISTANA KEHAKIMAN: Sebuah mercutanda kedaulatan undang-undang Malaysia. Di bina dan tersergam indah di Presint 3 Putrajaya. Dengan rekabentuk Kubah Berapit Dua Menara, sama desain dengan Kota Melaka. Desainnya seolah-olah mengamit dan menyatakan kepada kita, ' Disinilah Suara dan Keluhan Anda Didengari"
Istana Kehakiman Putrajaya bukan sekadar sebuah bangunan. Tapi ia adalah sebuah Lambang Rakyat Marhaen dilindungi kedaulatan Undang-undang. Disinilah sekelian rakyat jelata mendapat layanan sama di segi perundangan.
Sistem Peradilan negara kita yang mementingkan Kedaulatan Undang-undang seringkali menjadi tohmahan dan caci maki puak politikus anarkis komunis yang bencikan sebarang bentuk penguatkuasaan peraturan bersama bagi kepentingan umum. Puak Anarkis Komunis lebih memuja Sistem Yang Mengutamakan Kebebasan Mutlak Utopia yang meminggirkan kepentingan bersama.
Dalam keadaan dan suasana kemelut karenah politikus anarkis yang rakus menyebar luas fitnah dan adu domba demi mencapai cita-cita, rakyat jelata amsih ada harapan untuk mendapat pembelaan keadilan hakiki.
Kita semua menaruh harapan amat tinggi memperoleh perlindungan di bawah naungan Payung Kedaulatan Undang-undang Negara.
Di saat puak politikus anarkis mendidik gigih anak-anak muda merobohkan dan berlaku biadap kepada Kedaulatan Undang-undang Negara, namun pada masa yang sama mereka menggunakan saluran perundnagan untuk menindas dan menyekat kebebasan kita menyuarakan ketidakpuashati kita kepada tindakan-tindakan anarkis revolusioner mereka.
Puak anarkis komunis Malaysia mahu hak-hak mereka diberikan keutamaan berbanding hak-hak oranglain. Bagi mereka, sebarang undang-undang yang tidak memihak kepada mereka adalah undang-undang British.
Ramai golongan profesional terlibat dalam gerakan anarkis komunis dan mereka mengatakan bahawa mereka berhak menjadi anarkis komunis. Mereka adalah Manusia Hewani Bersifat Kebinatangan. Dan Bumi ini tidak diciptakan untuk mereka. Bumi ini pasti musnah akibat perbuatan tangan-tangan mereka. Jika tiada Kedaulatan Undang-undang sudah tentulah daratan Tanah Melayu ini ditenggelami air seperti berlaku di Kajang semalam.
Hak Kita... Hak Kita
Hak Orang ..Hak Orang
Hak Orang Kita Tak Nak
Hak Kita Jangan Lagi Diberikan Kepada Orang
Hak Orang Kita Tak Nak
Hak Kita Jangan Lagi Diberikan Kepada Orang
Berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah
Duduk sama rendah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan