Sabtu, 13 September 2014

POLITIKUS MALAYSIA TIDAK BOLEH DIHARAP LAGI

Sebaik saja masuk 1 haribulan September 2014, kita melihat politikus Malaysia semakin tercengang-cengang dan terkebil-kebil mencari arah tuju. Baik pembangkang mahupun BN, keduanya seperti hilang arah tuju kemana hendak pergi. Keduanya ada berusaha agar mencari Titik Persamaan tapi sehingga kini mereka tak jumpa. Mana nak jumpa pun sebab TITIK PERSAMAAN yang mereka cari itu terzahir sendiri dari tindakan dan pengucapan mereka. Cuma mereka tidak mengakui lagi bahawa TITIK PERSAMAAN yang mereka nak cari itu adalah TINDAKAN dan PENGUCAPAN mereka sendiri. 

Artikel ini nak membuka mata semua lagi luas pandangan mengenai peel kelompok politikus Malaysia masakini. TITIK PERSAMAAN dalam tindakan dan pengucapan mereka ialah mereka suka menyalahkan Rakyat dan Melayu dalam serba-serbi bagi menutup kegagalan demi kegagalan mereka mentadbir dan menguruskan negara. 

Mereka mungkin cemerlang dalam satu sektor pentadbiran dan pengurusan negara tetapi mereka kecundang dalam menanam keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada mereka. Bila rakyat tak mempercayai mereka, maka mereka jadi marah. Dan mereka akan mengungkit-ngungkit apa yang telah mereka lakukan kepada rakyat. 

Sedar atau tidak, politikus Malaysia lebih suka memaksa rakyat dan Melayu mengikut kehendak dan agenda mereka yang banyak merugikan masadepan rakyat dan Melayu. Apabila rakyat dan Melayu enggan berikan kerjasama kepada mereka, bermulalah siri menyalahkan sikap rakyat dan Melayu. 

Politikus bukanlah TUHAN yang wajib dituruti dan ditaati sepanjang masa. Setiap tindakan dan polisi yang mereka buat perlu ditegur secara terbuka kerana mereka cenderung menjadi Syok Sendiri. Kita perlua da KEBERANIAN MENGATAKAN TIDAK kepada politikus bilamana tindakan dan polisi mereka kurang jelas dan membebankan kita. 

Namun begitu dalam mengatakan TIDAK dan menunjukkan KEBERANIAN tidak perlu kita melampui batasan. Politikus perlu di singgung perasaan mereka dan mereka perlu ditegur sepanjang masa. Kerana kita tahu samada mereka ditegur atau tidak , mereka tetap tidak akan berubah pun. Jadi, eloklah kita menegur mereka sepanjang masa tanpa mempedulikan apa perasaan mereka kerana perasaan mereka TIDAK PENTING berbanding perasaan 30 juta rakyat Malaysia. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...