PERLEMBAGAAN MALAYSIA adalah perundangan tertinggi di negara. Setinggi mana? Tingi-tinggi Perlembagaan Malaysia itu tiada boleh mengatasi hukum syara' ISLAM. Disetiap negeri-negeri pula, Perlembagaan Negeri-negeri atau lebih pemes disebut Undang-undang Tubuh Negeri adalah perundangan tertinggi disesebuah negeri. Ianya tertakluk pula kepada Perlembagaan Malaysia. Ianya adalah penzahiran kepada kuasa-kuasa otonomi setiap negeri dibawah Jadual Ke 9 dan yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.
Perlu diingati bahawa Malaysia wujud atas beberapa siri perjanjian-perjanjian diantara Sultan-sultan Melayu dengan Ratu Inggeris yang pada waktu tu menguasai pentadbiran dan sistem pemerintahan di Tanah Melayu melalui Treti-treti menerima pakai Residen British.Tapi pada masa yang sama kedaulatan Raja dan wilayah diperakui oleh British sebagai negeri-negeri merdeka.
Sistem pemerintahan Malaysia ialah berkerangka utama kepada Demokrasi Raja Berperlembagaan. Negara kita ialah sebuah negara permesyuaratan dan persekutuan negeri-negeri yang membentuk sebuah Negara bernama Malaysia. Kerana itu diperingkat nasional kita mempunyai pemerintahan persekutuan pusat. Dan dinegeri kita mempunyai pula pemerintahan autonomi negeri.
Selama ini politikus usang cuba merubah dan merombak kerangka asas kenegaraan dan sistem pemerintahan di persekutuan pusat dan otonomi negeri. Mereka sedar dan awas bahawa majoriti rakyat tidak tahu dan mahir mengenai sistem kerangka utama kenegaraan, sistem pemerintahan persekutuan pusat dan sistem pemerintahan otonomi negeri-negeri.
Ini kerana sistem pendidikan kita telah lama disabotaj oleh puak politikus usang. Merekal mensabotaj dengan niat agar rakyat tidak tahu apa-apa mengenai mekanisma dan perjalanan serta hirarki sistem pemerintahan yang berlaku dan diamalkan. Akhirnya, 'Senjata' itu memakan diri politikus semula.
Tidak ramai yang tahu dan mahu ambil tahu apa yang termaktub didalam UUTNS 1959 berkenaan Sistem Pentadbiran / Pemerintahan bagi negeri Selangor. Disini ambe cuba lah sampaikan mana yang ambe tahu.Bukan mudah nak fahami lenggok laras bahasa perundangan yang bila dibaca habis sepuluh papan panadol ditelan. Itupun masih tak faham jugak.
Siapa pula yang sebenarnya mentadbir Negeri Selangor dan siapa pula yang betul-betul dipilih oleh rakyat melalui PRN, PRK dan PRU ?
Hanya satu badan sahaja dalam Kerajaan Negeri Selangor yang rakyat diberi mandat untuk memilih yakni ADUN-ADUN dalam DUN SELANGOR. Namun begitu Mandat tersebut adalah besar kerana berkait pula dengan pemilihan dan kelayakan seseorang ADUN diperkenankan menjadi MB dan anggota EXCO Negeri.
Disini anda semua perlu fahami apabila mana-mana ADUN dilantik menjadi MB dan EXCO Negeri, itu bukan bermakna DUN Selangor mentadbir Selangor melalui mereka. Bila mereka menjadi ADUN dan EXCO negeri menjadi Badan Eksekutif yang berasingan. Cuma status ADUN itu menyebabkan mereka bertanggungjawab untuk menjawab dan bertanggungan bersama atas apajua tindakan mereka kepada DUN.
DUN tidak boleh memberikan arahan terus dan memaksa mereka mengikuti kehendak DUN dalam hal ehwal mereka menjalankan tugas dan fungsi sebagai MB dan EXCO.
Yang disebut Kerajaan Negeri Selangor itu adalah:-
1. Institusi Sultan Selangor sebagai Ketua Agama dan Ketua Eksekutif/Pentadbiran dan Ketua Badan Perundangan dan Kepala Utama Negeri Selangor.
2. Dewan Undangan Negeri Selangor yang menggubal undang-undang, memantau dan membawa suara rakyat melalui ADUN memeriksa pihak Eksekutif tentang apa yang mereka buat dan laksanakan. Tapi Badan ini tidak mentadbir Selangor. Ianya hanya badan yang menetapkan perundangan bagi negeri Selangor.
3. Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (STATE EXECUTIVE COUNCIL = STATE EXCO) yang diketuai oleh Menteri Besar yang merupakan Badan Eksekutif/ Pentadbiran Negeri Selangor. Badan yang mentadbir Selangor.
Siapa pula yang layak dilantik menjadi MB ?
Kesemuanya dinyatakan didalam Perkara 50 dan 53 UUTNS (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) 1959.
1. MB itu mestilah seorang ADUN;
2. MB itu mendapat kepercayaan dan ada penguasaan keatas majoriti ADUN;
3. MB itu mestilah seorang Melayu dan beragama Islam;
4. Bukan seorang yang memperolehi taraf warganegara Malaysia melalui proses 'naturalisasi' dan melalui pendaftaran kewarganegaraan dibawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.
5. Tidak hilang kelayakan menjadi ADUN sepanjang masa menjadi MB.
Siapa pula yang layak dilantik menjadi MB ?
Kesemuanya dinyatakan didalam Perkara 50 dan 53 UUTNS (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) 1959.
1. MB itu mestilah seorang ADUN;
2. MB itu mendapat kepercayaan dan ada penguasaan keatas majoriti ADUN;
3. MB itu mestilah seorang Melayu dan beragama Islam;
4. Bukan seorang yang memperolehi taraf warganegara Malaysia melalui proses 'naturalisasi' dan melalui pendaftaran kewarganegaraan dibawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.
5. Tidak hilang kelayakan menjadi ADUN sepanjang masa menjadi MB.
Hanya lima kelayakan sahaja diatas dan bukan selain daripada itu.
Tidak termasuk siapa yang dipilih dan terpilih oleh Majlis Kepimpinan Parti Politik.
Pilihan Majlis Kepimpinan mana-mana parti politik tidak sah dan absah dalam memilih seseorang ADUN bagi DUN Selangor menjadi MB atau tidak.
Kuasa memilih mana-mana ADUN menjadi Menteri Besar itu adalah kuasa-kuasa perogatif yang mutlak Sultan Selangor.
DUN hanya boleh tunjuk bukti berkaitan sokongan kepercayaan dan penguasaan seseorang ADUN yang menjadi MB. Itu hanya boleh ditunjukkan melalui Usul Undi Tak Percaya sahaja.
Kalau anda semua tidak Percaya, maka cabarlah Majlis Pimpinan Tertinggi DAP-PKR-PAS mencabar DUN agar buat Usul Undi Tak Percaya terhadap TSKI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan