Jumaat, 18 Julai 2014

MH17: KITA WAJIB BERSAMA PEMIMPIN NEGARA DALAM SETIAP TRAGEDI & KRISIS.

Saat ini, negara dikejutkan dengan apa yang berlaku kepada MH17 - penerbangan KL-ARMSTERDAM.
Di saat ini juga dikatakan, ada berlaku insiden di Sabah ?
Pada takkan menulis panjang lebar atau poskan gambar-gambar yang menyedihkan hati semua orang.

Sebaliknya ambe hendak memperingatkan kepada semua bahawa kita perlu bersama pemimpin Negara kita dalam saat-saat begini.

Adalah wajib kita tidak mendahului pemimpin negara dalam mengulas kejadian terbaru. 

Adalah wajib bagi kita memberikan sokongan moral dan apasaja yang kuat kepada pemimpin negara kita. 

Jangan dipolitikkan insiden ini.

Inisden berkenaan melibatkan hubungan diplomatik antara negara dan biarlah pemimpin negara yang mengendalikannya.

Kita jangan nak menyibuk lagi.

INI ADALAH SOAL MARUAH DAN KESELAMATAN NEGARA !

waima kita bersedih kerana aset komersil sivil negara dijadikan mangsa dan sasaran oleh pihak yang berkonflik, kita seharusnya mengekalkan kewarasan dan kematangan kita.

Kita harus berpadu dan bersepadu dengan pemimpin Negara kita !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...