Puak PRaun memang pemes dengan sikap bangang mereka.
Kali ini mereka menggilap lagi kebangangan mereka dalam soal menggantikan MB dikalangan mereka sendiri.
Seperkara penting, kita amat perlu fahami mengenai perlantikan dan pemilihan mana mana ahli dewan undangan negeri selangor menjadi MB Selangor.
Kita kaji dan lihat prosesnya.
mula-mula pengundi akan memilih parti-parti politik yang bertanding dalam PRU.
Hak itu tak termasuk memilih siapa menjadi MB. tapi hak itu dijadikan sandaran seterusnya oleh pucuk kepimpinan tertinggi parti politik yang dipilih menguasai DUN.
Oleh kerana majoriti pengundi selangor memilih PRaun menguasai DUN selangor; itu tak bermakna pas dap pkr wajib ikut kehendak pengundi memilih MB.
Disinilah bagaimana pengundi dimanipulasikan oleh politikus. Selepas mendapat mandat menguasai DUN.... maka pucuk kepimpinan PRaun akan memilih mana mana ADUN dalam DUN Selangor untuk diperkenankan Sultan Selangor menjadi MB.
Proses pemilihan itu tidak lagi tertakluk kepada kehendak pengundi. ianya tertakluk kepada sukahati individu yang dianggap berkuasa dan dominan dalam PRaun.
Namun pilihan itu tetap tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Dan MB bila sudah dilantik hanya boleh digantikan melalui perundangan negeri. DUN pun hanya boleh buat usul undi tak percaya atau MB letak jawatan sukarela.
DUN cuma diberi kuasa pengesahan dan sokongan kepada ADUN yang terpilih menjadi MB. Tapi tak mempunyai kuasa memecat atau melantik terus MB.
Ini kerana DUN adalah sebuah Badan Legislatif dan bukan Badan Eksekutif waima anggota Badan Eksekutif dilantik dari kalangan ADUN.
Disebabkan PRaun tak sama seperti BN kerana bertanding diatas tiket parti memasing, maka timbul masalah konsensus dalam memilih ADUN yang sesuai.
Kuasa sebenarnya adalah terletak kepada Sultan Negeri selaku Ketua Utama Negeri. Dan tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Negeri yang mana boleh dipinda dengan majoriti dua pertiga ADUN.
Bagaimana nak meminda sesuatu yang amat besar? Maka politikus akan memainkan peranan dengan mencetuskan isu polemik yang diluar kawalan.
Inilah bahayanya bila anda memilih sekumpulan firaun alaf baru menguasai DUN. Anda akan dipermainkan dengan licik oleh politikus.
akan bersambung ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan