3 KESEDIHAN MENJELANG SYAWAL 1435 HIJRAH/
Isnin 28 Julai 2014.
#Kesedihan Pertama. (Genosid Bangsa Palestin oleh Xionis)
Serangan ke atas Gaza di Palestin oleh regim xionis yang tak berperikemanusiaan.
Telah berlaku 20 hari serangan sehinggakan umat Islam di Gaza Palestin tidak dapat menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal dalam keadaan yang aman tenteram.
Begitu juga Perang Saudara di Suriyah yang telah mengorbankan ramai nyawa sesama Islam.
Rentetan dari itu beberapa Majlis Terbuka Syawal dibatalkan oleh YAB PM Najib dan diikuti beberapa pemimpin dari Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain.
Al Fatihah kepada mereka yang menjadi mangsa kekejaman xionis regim dajal akhir zaman
Telah berlaku 20 hari serangan sehinggakan umat Islam di Gaza Palestin tidak dapat menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal dalam keadaan yang aman tenteram.
Begitu juga Perang Saudara di Suriyah yang telah mengorbankan ramai nyawa sesama Islam.
Rentetan dari itu beberapa Majlis Terbuka Syawal dibatalkan oleh YAB PM Najib dan diikuti beberapa pemimpin dari Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain.
Al Fatihah kepada mereka yang menjadi mangsa kekejaman xionis regim dajal akhir zaman
#Kesedihan Kedua (Serangan Ke atas Pesawat Awam Milik Negara #MH17 diruang udara Ukraine)
Belum lagi habis kesedihan diatas kehilangan pesawat #MH370, kita dikejutkan dengan serangan keatas pesawat kita #MH17 diruang udara Ukraine yang sedang bergolak dengan Perang Saudara sejak Febuari 2014. Krisis semenanjung Crimea yang membabitkan Rusia , penduduk Rusia di Crimea dengan Ukraine akhirnya meragut nyawa yang tidak berdosa dalam #MH17.
Ianya satu Jenayah Terhadap Orang Awam yang tiada kena mengena dengan krisis berkenaan.
Satu tindakan pengecut dan bacul oleh pengganas-pengganas antarabangsa.
malah nenek tiri kepada YAB DS Najib dan Datuk Seri Hisahamuddin Hussein turut terkorban.
Parlimen Malaysia sudah sebulat suara mengutuk keras serangan itu.
Pasukan penyiasat telah dihantar.
Dua kotak hitam telah dikembalikan oleh puak pemberontak yang disokong Rusia
Mayat-mayat sudah diterbangkan ke Belanda untuk post mortem
Dikatakan banyak harta peribadi telah dicuri.
Ianya satu Jenayah Terhadap Orang Awam yang tiada kena mengena dengan krisis berkenaan.
Satu tindakan pengecut dan bacul oleh pengganas-pengganas antarabangsa.
malah nenek tiri kepada YAB DS Najib dan Datuk Seri Hisahamuddin Hussein turut terkorban.
Parlimen Malaysia sudah sebulat suara mengutuk keras serangan itu.
Pasukan penyiasat telah dihantar.
Dua kotak hitam telah dikembalikan oleh puak pemberontak yang disokong Rusia
Mayat-mayat sudah diterbangkan ke Belanda untuk post mortem
Dikatakan banyak harta peribadi telah dicuri.
#Kesedihan Ketiga (Provokasi Busana Berkalimah Al Qur'an)
Sekali lagi sepertimana tahun-tahun sebelumnya, umat Islam sengaja diprovokasi oleh puak tertentu yang tidak berpuashati dengan taraf kemuliaan agama Islam ditinggikan didalam Perlembagaan Malaysia.
Pada kali ini puak berkenaan sengaja mencetak ayat-ayat al qur'an pada busana dan dipakai dikhalayak ramai.
Setakat pada hari ini, belum diketahui samada pihak berkenaan sudah didedahkan kepada umum atau seperti baisa didiamkan sahaja atas alasan bla ...bla ...bla ...
Pada kali ini puak berkenaan sengaja mencetak ayat-ayat al qur'an pada busana dan dipakai dikhalayak ramai.
Setakat pada hari ini, belum diketahui samada pihak berkenaan sudah didedahkan kepada umum atau seperti baisa didiamkan sahaja atas alasan bla ...bla ...bla ...
Kitta benar-benar berharap agar tindakan tegas dan segera diambil dimasa depan bilamana provokasi sedemikian dilakukan.
Dan ini adalah Perutusan Aidil fitri 1435 Hijrah daripada YAB DS Najib
Najib Razak
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.
2. Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiyyah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.
3. Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.
4. Peri pentingnya, yang perlu diketahui oleh semua rakyat bahawa, kenikmatan ini bukanlah satu kemestian yang pasti dikecapi, apatah lagi menjadi kelaziman bagi negara-negara lain di dunia ini. Sesetengah negara seperti di Afrika, Timur Tengah hatta di benua Eropah dan Amerika yang berada di kelompok negara maju sekalipun, sama ada sedang ditimpa bala bencana, konflik permusuhan yang tiada berkesudahan, krisis ekonomi yang meruncing dan pergolakan politik yang berpanjangan. Sebenarnya, kesemua petaka ini, perlukan kepada pengurusan dan pentadbiran serta kepemimpinan yang cekap lagi berkesan.
Saudara dan Saudari,
5. Pada 19 ramadan 1435 hijrah yang lalu, satu tarikh yang tidak akan hilang dalam ingatan saya, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.
6. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuklah 43 orang dan 2 bayi, yang merupakan warganegara Malaysia.
7. Masih segar dalam ingatan saya, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit itu. Sehinggalah saya berjaya mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut iaitu:
Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, yang dianggarkan berjumlah 282 dari kawasan nahas.
Kedua: Memperolehi dua kotak hitam yang menjadi hak milik Malaysia.
Ketiga: Mendapat jaminan keselamatan bagi anggota penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas untuk melakukan penyiasatan terperinci.
8. Tambahan lagi, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan ini, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, demi mencapai kejayaan yang diingini, termasuklah adakalanya, saya bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik.
9. Sementara sebelumnya pula, pada 10 ramadan, umat Islam digemparkan dengan serangan kejam oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini dan mengharapkan keamanan dapat diwujudkan semula sebagai penyelesaian antara kedua belah pihak. Tentunya, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin dan simpati serta doa kita sentiasa bersama dengan mereka.
Saudara dan Saudari,
10. Semua ujian dan rintangan itu, kebetulan berlaku di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan, telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam di negara ini, bagi menempuh cabaran dalam semua bidang, supaya menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.
11. Justeru, beberapa iktibar yang perlu diambil daripada tragedi-tragedi mutakhir yang menimpa Malaysia dan saudara seakidah kita di Palestin iaitu:
12. Pengiktibaran pertama: Kepentingan kepada kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam. Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain.
13. Dalam hal ini, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana usul tentang tragedi pesawat MH17, telah diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat, termasuklah mereka yang mewakili pembangkang, di persidangan khas Dewan Rakyat, pada 23 haribulan Julai 2014. Keputusan ini merupakan suatu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia.
14. Pengiktibaran kedua: Ikhtiar kita dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Kita juga telah mempraktikkan Islam dalam kerangka Maqasid Syariah melalui pendekatan wasatiyyah yakni kesederhanaan, sepertimana suruhan Allah bahawa Islam itu adalah Ad-din yang syumul sebagai cara hidup. Sekaligus, kita menolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaran Islam.
15. Nyatanya, Islam di Malaysia dalam keizinan dan kehendak-Nya jua telah kita ikut syariatnya, setapak demi setapak dalam pelbagai bidang termasuk fizikal, iktisad, budaya, sosial dan spiritual. Penubuhan Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan dan perbankan Islam, institusi serta lembaga zakat di tiap-tiap negeri adalah antara sekian banyak langkah kita ke arah itu.
16. Pengiktibaran ketiga: Membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat. Kita dapat saksikan kesungguhan Kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat, supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Antara nilai-nilai kejayaan tersebut seperti itqan yakni tekun, taa’wun iaitu budaya tolong menolong, berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa. Kesemua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
17. Jelasnya, saya juga menyarankan agar semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan, membina harapan demi kemakmuran bersama.
Saudara dan Saudari,
18. Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, semestinya, saya cukup bersimpati dan ingin merakamkan takziah serta belasungkawa, kesedihan yang amat mendalam, kepada semua mangsa dan keluarga mangsa korban tragedi MH17. Simpati ini turut dipanjangkan kepada anggota keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan, betapa luluhnya hati mereka, apabila bangun di pagi hari raya, tanpa orang yang tersayang.
19. Lantaran itu, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pastinya, banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini. Seperti semua sedia maklum, saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, akan melakukan sedaya mungkin untuk membawa pulang kesemua mayat rakyat Malaysia ke tanahair, seberapa segera yang mampu, supaya dapat disemadikan dengan selamat.
20. Lanjutan itu, tidak sesekali saya lupakan, segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, baik yang sedang bertugas di perbatasan mahupun di mana-mana ceruk rantau di bumi bertuah ini, termasuklah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati mereka dan ahli keluarga serta memelihara negara ini agar aman dan sentosa sampai bila-bila.
Saudara dan Saudari,
21. Bersempena hari baik di Aidilfitri yang mulia ini, hentikanlah semua sengketa. Buangkan segala yang masih keruh, perbetulkan mana yang silap, jernihkanlah apa yang kusut selama ini. Walaupun kita tidak mengadakan rumah terbuka secara rasmi pada tahun ini kerana menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17, tetapi saya menggalakkan amalan ziarah-menziarahi dapat terus berjalan sesama kita. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati serta gerbang silaturrahim 1Malaysia, dengan mengajak rakan taulan berbilang bangsa serta agama ke kediaman masing-masing. Kepada mereka yang ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai secara berkenderaan pula, pandulah kereta dengan cermat serta selamat sehingga sampai ke destinasi yang dituju.
22. Di samping itu, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan pemimpin-pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati serta menghulurkan bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi insiden malang pesawat MH370 dan MH17.
23. Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati, ingin menyusun jari nan sepuluh memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagi pihak diri, isteri serta seisi keluarga tercinta, atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Saya sentiasa berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi.
24. Akhirul kalam, kepada umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya, marilah kita menempuhi detik-detik sukar ini bersama-sama, dengan memperkuat tekad, mengukuhkan silaturrahim dan bersatu dalam suasana kesedihan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan