"DALAM MASA 48 JAM , BERMULA DARI SUA & SUK , KU NAN & RAOP KE GANU UTK MELAKSANAKAN PERINTAH YANG DIPERTUAN PRESIDEN UMNO KEATAS MAT SAID, TEPAT 13 HB MEI 2014, MAT SAID LETAK JAWATAN KEMUDIAN ISTIHAR BEBAS. MAKA SEGALA BIDUANDA DAN JEJUAK PENCATUR TIBA-TIBA TERKEJUT BEROK DENGAN TINDAKAN MAT SAID. APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU DAN TERJADI? MAT SAID SUDAH TUNAIKAN AKUJANJINYA MELETAK JAWATAN MB. TAPI KENAPA BIDUANDA DAN JEJUAK PEMBODEK NAJIB CAM BEWOK KENA PANGGANG? MARI KITA KAJI DARI SUDUT PANDANG ORANG MELAYU KEBANYAKAN SEPERTI AMBE YANG PRO BN/UMNO. "
Bekgeroun Konologik Peristiwa.
- Dikatakan, tahun lepas pada 5hb Mei 2013, Mat Said dikenakan perintah tandatangan Akujanji jadi MB selama setahun sahaja. Memang berlaku sedikit ketegasan daripada Mat Said untuk terus kekal menjadi MB. Sehingga, digosipkan berlaku ugutan keluar parti pada masa itu. Samada benar atau tidak, tiada diketahui kerana punca cerita datang daripada jejuak dan biduanda pembodek Najib adanya. Kenapa Mat Said diperintahkan sain akujanji ? Dan siapakah empunya idea ? Tiadaah diketahui juga kerana bila soalan diajukan, tiada jawapan diberikan. Isi kandungan Akujanji berkenaan juga tiada diketahui secara terperinci apakah termaktub didalamnya.
- Selepas beberapa jam meletak jawatan sebagai MB Ganu selaku tindakan menunaikan akujanji, Mat Said istihar letak jawatan dan menjadi bebas dalam DUN Ganu. Menyebabkan terjadi spekulasi kononnya, DUN Ganu bakal dibubarkan kerana majoriti menjadi 15-15 campur 1 bebas. Tapi, pada waktu pengisytiharan itu dibuat, tiada lah Mat Said kata beliau tidak menyokong BN. Maka, adalah lima orang ADUN yang ikut jejak langkah Mat Said. Menariknya, surat letak jawatan , Mat Said tak hantar ke Pusat hanya hantar ke Astro Awani sahaja. Jadi, timbullah persoalan, adakah ianya sah dan sahih sehingga boleh diperkirakan BN hilang Majoriti Mudah sebelum ini? Mat Said pala otok bijok.
- Jadi setakat pada artikel ini ditulis, apakah status surat perletakan jawatan dan pengisyitharan Mat Said beserta lima ADUN lain sebagai bebas? Setiap benda kena disahkan terlebih dahulu oleh pihak yang tertentu, betul tak? Sejauh ini, selagi pihak berkenaan tidak mengesahkannya maka Mat Said dan lima ADUN lain masih ahli UMNO yang sah dan masih ADUN BN. Kih ..kih ..kih .. bijok Mat Said. Akhirnya, Mat Said kata waima beliau bebas tapi masih sokong BN.
- Tindakan bijak pala otak Mat Said itu akhirnya buat pencatur dan dalang pemecatan Mat Said selaku MB menjadi bewok kena panggang kejap. Terpaksalah bolger dan fesbuker kaber line. Dicabar Mat Said bersumpah, sain ke tidak Akujanji. Nak sumpah gapo? Mat Said dah tunaikan Akujanji pun. Ha ha ha ha ha, Jadi nampaklah dan terdedahlah tipu muslihat dan perancangan jahat terhadap Mat Said oleh pihak tertentu.
Konologik Impak Tindakan Bijok Mat Said dan Melatahnya Puak Hati Busuk.
- Jadi jelaslah kan, Mat Said dah tunaikan akujanjinya. Ya, Mat Said ada hantar surat kata letak jawatan dalam UMNO. Tapi Hari ini , hari cuti daaaaaaa. Mengikut Perlembagaan UMNO, yang akan menentusahkan menerima atau tidak perletakan jawatan dan permohonan Mat Said ialah jawatankuasa-jawatankuasa tertentu. Jadi kenapa puak hati busuk nak melatah bagai rak kutuk dan hentam Mat Said? Sebabnya mudah, bila Mat Said bertindak demikian maka jelaslah niat dan motif sebenar puak hati busuk dalam mencaturkan jawatan Mat Said.
- Pada pandangan ambe, isu ini akan berlarutan sehingga ke bulan Jun nanti. Dan Mat Said akan tetap mendapatkan Pembelaan keatas dirinya yang teraniaya dan dizalimi oleh pencatur-pencatur hati busuk. Tapi pada masa yang sama BN masih kekal menjadi kerajaan Negeri Ganu kerana status perletakan jawatan Mat Said dan pengisytiharan bebasnya masih belum disahkan dan ditentukan. Bermakna, Status-Quo kekal.
- Yang terlebih melatah diatas tindakan Mat Said ialah pencatur-pencatur hati busuk dan segala jejuak yang nak tengok Mat Said tak jadi MB sahaja. Bagi ambe, Mat Said tidak melakukan sebarang pengkhiatan pun. Beliau sekadar menyergah untuk buat pencatur-pencatur hati busuk melatah cam bewok kena panggang. Tujuannya mungkin untuk mendapatkan pembelaan wajar keatas dirinya. Dan untuk menyedarkan PM mengenai penganiayaan dan kezaliman keatas dirinya.
Damage Kontol
- Antara Damage kontol yang dibuat ialah mengatakan Ahmad Said mungkir janji. Mana plak Ahmad Said mungkir janji? Mat Said dah letak jawatan MB. Dan seorang ADUN telahpun angkat sumpah menjadi MB Baru dan masih MB.
- Ada yang ungkit mengenai cara Mat Said dulu menjadi MB. Dimana Idris Jusoh tak kuar parti dan istihar bebas. Bagi ambe, Mat Said cuma bertindak menyergah untuk beri pencatur melatah. Bagi melindungi dirinya dan meminta pembelaan wajar.
Kesimpulan.
- Adakah salah tindakan Mat Said untuk mendapatkan pembelaan dan sebagai tindak balas kepada penganiyaan dan kezaliman keatas dirinya? Sudah tentu tidak kan.
- Jika berlaku keatas diri kita sekalipun, sudah tentu kita akan melakukan perkara yang sama. Puak yang marahkan tindakan Mat Said adalah mereka yang terhalang cita-cita dan niat mereka kerananya.
- Ketaatan dan kesetiaan itu berlaku secara timbal-balik dan bersilang diantara dua pihak. Dan bukannya berlaku sepihak.
- Dimanakah tindakan pengkhianatan yang dilakukan oleh Mat Said? Mana ada der. Yang kata Mat Said berkhianat ialah puak-puak yang terhalang dan terlondeh niat hati busuk mereka akibat tindakan Mat Said. Tak ke puak yang terhalang niat mereka yang sebenarnya terbawa-bawa emosi brlebihan keatas tindakan bijak Mat Said?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan