Sabtu, 2 November 2013

PRK SG LIMAU -KEMASKINI , BANG NON MAHU BN MENANG.

Seperti yang telah dijangkakan, bang Non akhirnya terpaksa diangkut ke Sg Limau untuk menyedapkan hati Mahpoz. Mengikut penilaian asal, indikasi kekalahan tim Mahpoz ialah kehadiran bang Non. 

Bang Non terpaksa hadir, demi menjaga airmuka jentera PKR yang terpaksa berkempen dan berjuang di Danok. Bila Bang Non datang itu maknanya bang Non nak beri isyarat, bahawa tim Mahpoz dah gagal dan kecundang. 

Diketahui umum, bahawa arwah Tok Zizan pun tak menyukai dan tak mempercayai bang Non. Mahpoz fikir bang Non mampu menjadi 'crowd puller' disaat-saat akhir. Mahpoz hanya mencari alasan untuk melepas diri dengan kehadiran bang Non. 

Sekurang-kurangnya, Mahpoz berharap kehadiran bang Non menunjukkan solidariti dalam Pakatan yang tak sepakat. Mahpoz silap perhitungan, kerana Sg. Limau bukan kubu kuat Mahpoz tetapi kubu kuat arwah Tok Zizan. Bang Non hanya mengesahkan bahawa kemenangan adalah milik BN di Sg.Limau.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...