Rabu, 20 November 2013

Menghina-Mahkamah - Pembangkang Menjadikannya Sebagai Alat Menyekat Kebebasan Bersuara.


MENGHINA MAHKAMAH. 

Apakah yang dikatakan MENGHINA MAHKAMAH?
Tiada definisi mengenainya didalam mana-mana akta Parlimen. 
Ianya adalah satu Doktrin Perundangan didalam Common Law.
Tapi KUASA UNTUK MENGHUKUM kesalahan Menghina Mahkamah tercatit didalam Perkara 126 Perlembagaan Malaysia. 

Disebabkan tiada definisi didalam Akta dan diperjelaskan didalam mana-mana Akta apakah perbuatan Menghina Mahkamah, ramai yang agak terkeliru dan tertanya-tanya , adakah bila menulis satu artikel mengkritik mana-mana keputusan mahkamah , merupakan perbuatan Menghina Mahkamah?

Bilamana, tiada definisi khusus didalam mana-mana akta mentakrifkan Menghina Mahkamah, bermakna mana-mana pihak boleh mengusulkan kepada mahkamah, sebarang perbuatan yang difikirkannya sebagai Menghina Mahkamah, diambil tindakan sebagai kesalahan Menghina Mahkamah. 

Persoalan perundangan yang biasa timbul apabila prosiding Menghina Mahkamah dimulakan oleh pihak bukan mahkamah atau hakim, ialah mengenai Niat pihak berkenaan, Adakah usul itu dibuat oleh pihak berkenaan dicemari Niat Jahat / Mala-Fide atau kerana didorong oleh motif-motif berunsur khianat, jahat dan memesongkan.

Ini kerana untuk memulakan sebarang prosiding Menghina Mahkamah terhadap mana-mana pihak, tidak perlu dibuktikan secara afirmatif sebaliknya hanya perlu membuktikan kecenderungan itu ada dan kebarangkalian itu ada. Ketiadaan niat dan pengetahuan tidak diambilkira langsung. 

Oleh itu, kita seringkali melihat bagaimana puak pembangkang memanipulasikan prosiding menghina mahkamah terhadap mana-mana pihak yang mengkritik tindakan politikal mereka. 

Inilah yang berlaku sebenarnya dalam prosiding Menghina Mahkamah yang diambil terhadap Ibrahim Ali dan bloger Haj Zainuddin Salleh baru-baru ini. Pembangkang dengan niat yang jahat sengaja memperalatkan prosiding Menghina Mahkamah untuk menghukum pihak-pihak berkenaan. 

Ternyata, puak pembangkang akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk mencapai matlamat dan objektif politik mereka. Sedangkan dipihak kerajaan pula, masih bersikap gentleman terhadap karenah dan perbuatan jahat pembangkang. Sudah banyak tindakan dan perbuatan pembangkang adalah jelas terang merupakan perbuatan dan tindakan Menghina Mahkamah. Contohnya didalam prosiding jenayah terhadap Anwar Ibrahim, kes Kugan , dan paling ketara sekali ialah kes mengenai krisis perlantikan MB di Perak. 

Namun begitu, ianya menjadi satu pengajaran kepada pihak BN dan UMNO serta mana-mana NGO Melayu dan Islam anti Pembangkang, agar bersedia dengan segala kemungkinan pada setiap masa. 

Pembangkang di Malaysia memang jenis haramjadah dan untuk berhadapan dengan spesis haramjadah ini, kita perlu tegas dan berani membantah haramjadah pembangkang. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...