Politik di Malaysia memang bertunjangkan perkauman. Siapa yang berkata , Malaysia tak mengamalkan Politik Rasis, itu orang makhluk dari planet asing. Puncanya, ialah sebahagian besar kaum yang bukan penduduk asal, enggan kowtim dan duduk mesra dengan penduduk asal. Polarisasi kaum diMalaysia bukan masalah sosial tapi lebih kepada masalah pemikiran dan penerimaan individu dalam kepemimpinan kaum. Semua mahu mengekalkan status-quo dan berlumba dalam merebut kuasa politik.
Adalah mustahil mengamalkan Politik Sifar Rasis, kerana ianya berlawanan dengan tabiat semulajadi manusia. Setiap daripada kita tetap memandang pertalian darah daging sebagai jatidiri dan mandiri. Rasis adalah pemacu dan pemicu kepada tenaga politikus mengejar kuasa dan kemewahan. Tidak ada politikus di Malaysia yang tak menggunakan rasisma sebagai daya tarikan. Inilah realitinya.

Politikus yang berfikir mampu terus berkuasa tanpa daya tarikan rasisma di Malaysia adalah politikus yang tak akan berjaya sampai bila-bila. Kita selaku rakyat di bawah pula, jangan lah nak terikut-ikut sangat politikus. Rezeki tetap ada dimana-mana.
Artikel ini memang sengaja ditulis agar ianya tergantung. Kerana selagi kita tak sedar dan menyedari bahawa kuasa politik itu sebenarnya ditangan kita, selagi itu artikel ini bila dibaca tetap akan tergantung. Bukan artikel ini yang tergantung tapi pemikiran dan penerimaan anda yang tergantung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan