Isnin, 14 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA - BERKORBANLAH SELAMA TIGA HARI UNTUK MENGECAPI NIKMAT KORBAN.


Malam ini kita bersama-sama bertakbir dan bertahmid.
Pagi esok, kita berjemaah Solat Sunat Aidiladha
Mana yang berkemampuan, maka lakukan korban.
Sesungguhnya, ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK.
Tiga Hari Allah Ta'ala kurniakan kepada kita semua selaku umat Islam, merayakan dan merasai kegembiraan melakukan korban. 
Apakah kita semua sudah hilang daya dan upaya untuk menahan diri dan membuang seketika segala persengketaan, kebencian dan permusuhan?
Jika kita gagal berbuat demikian bermakna apakah jenis manusia kita ini?
Sepatutnya kita semua bergembira menyambut Aidiladha ini sebagai kurniaan pemberiaan daripada Allah Ta'ala kepada kita. 
Seharusnya kita menghayati makna pengorbanan dalam Islam dan bukan mengikut mana-mana fahaman politik. 
Lupakan seketika rasa permusuhan dan kebencian dan bersama kita hayati erti Pengorbanan. 

Dengan rendah diri ambe mohon maaf kepada semua pemimpin, sahabat, rakan, kawan dan lawan. 


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...