Khamis, 3 Oktober 2013

PAC: Akhirnya Hasrat Rakyat Tercapai !


Kemaskini perkembangan isu R.U.U. APJ (Akta Pencegahan Jenayah) 1959. Sesi perbahasan mengenainya berlanjutan sehingga lewat jam 12tengahmalam. Y.A.B. PM dan TPM turut hadir dalam sesi lewat. Akhirnya, APJ diluluskan! Alhamdu-Lillahir-robbil-'alamiin. Kini, pihak polis mempunyai 'senjata' baru memerangi jenayah terancang dan berat. Ini berdasarkan kepada laporan daripada Utusan Malaysia. 

Berikut adalah sebahagian petikan daripada laporan Utusan Malaysia mengenainya:-
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, rang undang-undang itu tidak bertujuan sama ada secara tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik, sebaliknya khusus untuk menahan penjenayah.
''Memang tiada niat dan tujuan tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik walaupun berlaku perbezaan pendapat. Lagipun di dalam pindaan ini tiada kuasa menteri berbanding kuasa menteri di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
''Di dalam ISA, menteri ada kuasa mutlak dan beliau boleh tandatangan penahanan. Namun, di dalam pindaan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.
Atas asas itu juga Ahmad Zahid berkata, Lembaga Pencegahan Jenayah ditubuhkan di dalam pindaan itu dan dianggotai tiga orang ahli dan mungkin lima orang dan mereka terdiri daripada pengamal undang-undang.
''Niat Perdana Menteri untuk membuat transformasi politik jelas terpancar pada pindaan ini. Tujuannya adalah untuk tangani jenayah berat," katanya lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_01/Pindaan-Akta-Cegah-Jenayah-lulus#ixzz2gcUdsQxf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...