Rabu, 2 Oktober 2013

INFO: Bijak, Berani, Benar Tranformasi Azalina Memperkasakan Sokongan Rakyat Kepada UMNO.

Ramai yang bertanya, kenapa Dato Azalina Othman Said (gambar) perlu bertanding menjadi ahli Majlis Tertinggi? Apa kelebihan dan keistimewaan beliau? Kenapa beliau tak jadi bertanding Ketua Wanita UMNO? Dan macam-macam lagi. Macam-macamlah spekulasi yang terkeluar. 

Berkenaan kenapa beliau tak jadi bertanding Ketua Wanita UMNO, telahpun beliau perjelaskan didalam kenyataan media beliau sebelum ini. Jadi, eloklah perkara itu tidak berbangkit lagi. Lagipun, beliau masih muda. Pemilihan pun akan berlaku lagi dalam masa tiga tahun akan datang. Yang pasti beliau menarik diri bukan kerana 'takut' tapi kerana beliau berpegang kepada prinsip Bijak, Berani dan Benar. 

Dengan tiga prinsip itulah juga, beliau akan membawa kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Selama ini, berpegang kepada prinsip Bijak, Berani dan Benar, membawa beliau menuju kepuncak. Beliau merupakan satu-satunya wanita yang menjawat Ketua Bahagian. Membuktikan kepimpinan beliau diterima. Beliau juga berjaya menambah sokongan kepada BN dalam kawasan Parlimen yang ditandinginya sehingga mencapai 86.3 peratus. Suatu kejayaan luarbiasa pada PRU13 bagi seorang calun wanita yang dibarisi oleh BN. 

Kini, beliau diberikan kepercayaan mengetuai Kaukus ahli Parlimen wanita, khusus membincangkan mengenai hal- ehwal wanita di Malaysia. Dibawah pimpinannya didalam kaukus tersebut, terdiri daripada ahli-ahli Parlimen wanita pembangkang yang tegar. Sejauh ini, beliau berjaya mendapatkan kerjasama daripada ahli-ahli Parlimen wanita pembangkang tersebut. Sekali lagi membutkikan kepimpinan beliau yang diterima ramai. 

Nama beliau bukanlah asing kepada rakyat Malaysia. Sejak beliau aktif didalam politik, nama beliau sering disebut sebagai Harapan bagi kaum remaja dan belia. Diyakini oleh rakyat dari semua lapisan masyarakat untuk membawa perubahan segar dan idea baru kedalam UMNO khasnya, dan negara amnya. Semasa beliau diberikan kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi UMNO, untuk memperkasakan sokongan kepada UMNO. Beliau berjaya melakukannya. Dibawah pimpinan beliau, ramai golongan remaja dan profesional wanita menyertai sayap Pergerakan Puteri UMNO. 

Beliau mempunyai bakat semulajadi selaku pemimpin berwibawa dan mempunyai intergriti yang tinggi. Beliau dipercayai ramai, kerana sifat tegas beliau. Tengok saja lah, aksi beliau didalam Parlimen sekarang ini. Dan cara beliau menangani isu berbangkit mengenai projek di Penggerang. Beliau berani berhadapan dengan ahli Parlimen pembangkang dan menyatakan yang benar dan berhujah dengan bijak! Bukankah seruan 'meremajakan UMNO' bermakna diperlukan lebih ramai pemimpin yang bijak, berani dan benar seperti beliau? Kerana tiga prinsip itulah, Bijak, Berani dan Benar mampu 'meremajakan UMNO' dan meneruskan legasi peremajaan UMNO sampai bila-bila. Dan Dato Azalina Othman Said, calon 36, mampu merealisasikan hasrat dan impian akar umbi.


1 ulasan:

Ari berkata...

den sokong azalina

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...