Negara ini namanya Malaysia. Semasa mendapatkan kemerdekaan pada 1957, dan penggabungan wilayah pada 1963, bapak komunis si mampos Chin Peng tidak pernah mengiktirafkan kemerdekaan Malaysia dan penubuhan Malaysia. Malah, perjuangan si mampos Chin Peng ialah menolak dan menafikan kemerdekaan negara dan Malaysia. Sama seperti puak-puak pelampau anti kemerdekaan dan Jalur Gemilang. Mereka tak mengiktiraf kemerdekaan dan Malaysia. Cuma bezanya, Chin Peng tak mempunyai Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran seperti puak-puak anti-kemerdekaan dan Jalur Gemilang.
Kesimpulannya ialah, dimanakah hak untuk membawa balik abu mayat si mampos itu ke Malaysia? Yang kemerdekaan Malaysia pun si mampos tu tak pernah nak iktiraf. Si mampos dan parti Komunis Malaya berjuang dan menentang kemerdekaan dan penubuhan Malaysia. Yang peliknya, depa berjuang dakwa depa melawan British dengan membunuh rakyat yang tak berdosa seramai mana yang dapat.
Apa yang depa fikir masa tu? Takkan membunuh rakyat tak berdosa itu dikatakan 'melawan British?'. Kalau rakyat habis dibunuh, bagaimana nak tubuhkan negara? Depa dakwa depa bunuh 'barua-barua' dan 'anjing-anjing' British. Hai, takkan janin dalam perut yang mak bapaknya depa bunuh secara kejam, adalah 'barua-barua' dan 'anjing-anjing' British? Malah pada si mampos, nyawa rakyat jelata yang tak berdosa tak bernilai apa-apa, melainkan sekadar 'Kerosakan Kolateral'. Apakejadahnya?
Itu ke jenis manusia yang nak diagung-agungkan dan disanjung-sanjung sebagai Pejuang? Tak layak langsung! Bahkan, si mampos dan gerombolannya yang membuat pilihan mereka sendiri. Diberikan peluang pun semasa hidup, si mampos masih tetap berdegil. Sendiri punya salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan