Rabu, 4 September 2013

Rasionalisasi Duaploh Sen Sebenarnya Banyak Merugikan Kerajaan.

Subsidi adalah merupakan satu bentuk 'Kebajikan'. Biasanya, bila kita sebut 'Kebajikan', kita terfikir ianya satu perbelanjaan hangus. Tak pulang modal, menurut pakar ekonomi. Ada yang berpandangan, subsidi ialah seperti 'Sedekah'. Ada yang berpandangan, subsidi ialah 'Tongkat'. 

Pada hemat ambe, subsidi ialah satu tindakan proaktif mengagihkan kekayaan negara secara menyeluruh kepada rakyat. Apakah, jumlah subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan tidak akan menghasilkan 'Pendapatan Lumayan' kembali kepada Negara? Yang ni ambe cuba kupaskan mengikut logik dan ilmu majoriti rakyat Malaysia yang tak mempunyai peluang belajar di Oxpod kemudian duduk bersembang dengan PM. 

Bagi ambe, penarikan subsidi duaploh sen akan mendatangkan keburukan dan kemudaratan yang sukar diperbaiki dimasadepan. Dan polisi BR1M bukanlah satu polisi awam fiskal alternatif terbaik berbanding subsidi. Kesan BR1M tak sehebat kesan subsidi dalam kegiatan ekonomi diperingkat mikro. Malaysia mengalami kerancakan ekonomi pada dekad 80an dan 90an kerana pemimpin negara pada masa itu memahami apa itu 'Pergerakan' atau 'Mobilisasi' yang menjadi pencetus kepada gerakan ekonomi dan penjanaan pendapatan per kapita.

Pada dekad-dekad berkenaan, muncul projek kereta nasional. Pembinaan rangkaian lebuhraya yang memendekkan masa dalam mobilisasi serta menambah kecepatan mobilisasi. Diwaktu itu jugalah, rakyat Malaysia mula mengenali apa itu 'Trafik Jem' dan bayaran 'Tol'. Dan harga petrol dan disel pada masa itu jauh lebih rendah pada masa sekarang. Namun, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi amat rancak. Rakyat berniaga macam orang ada duit berpuluh bilion dalam akaun. Setakat seribu dan dua ribu, macam keluar sepuluh dan seringgit sahaja. 

Kenapa? 

Kerana pada waktu itu mobilisasi rakyat begitu maksimum.

Mengapa?

Kerana harga petrol dan disel adalah terlalu murah dan merupakan 0.1 peratus sahaja dari perbelanjaan isirumah. 

Bagaimana pula?

Kerana Kerajaan pada masa itu berpendapat, subsidi petrol, disel dan bahan makanan menjadikan harga bahan-bahan murah dan tak membebani rakyat. Oleh itu, rakyat mempunyai kadar mobilisasi termaksimum. Dengan mobilisasi termaksimum ini, rakyat mempunyai 'Modal Niaga' tinggi dan Kuasa Membeli 'Luarbiasa'. Lalu ini merancakkan kegiatan ekonomi. Margin keuntungan yang tinggi diperolehi oleh para peniaga. Keuntungan itu dikembalikan semula kepada kantung perbendaharaan negara di dalam bentuk percukaian dan kestabilan politik serta kondisi ekonomi yang kondusif kepada pelabur luar. Seterusnya, Kerajaan memperolehi keuntungan tiga kali ganda daripada apa yang dibelanjakan dalam subsidi. Tarak rugi tapi untung !

Cerita Mudah Bukan Mitos.
Setiap sen yang dibelanjakan Kerajaan dalam subsidi akan kembali semula kepada Kerajaan sebanyak tiga sen. Itulah Dasar Fiskal yang diamalkan oleh kepimpinan pada dekad 80an dan 90an. 

Bila polisi Rasionalisasi diperkenalkan untuk menghapuskan Subsidi diatas pemikiran, setiap sen yang dibelanjakan dalam bentuk subsidi tidak kembali kepada kantung kerajaan, maka sebenarnya Kerajaan kerugian tiga kali ganda.

Kunci kejayaan ekonomi ialah :-
  1. Mobilisasi Maksimum 
  2. Kuasa Beli Luarbiasa
Dan kunci kepada keduanya ialah harga petrol dan disel berada diparas rendah melalui Dasar Fiskal subsidi. Dasar Fiskal Liberalisasi yang mementingkan Rasional yang tak berapa 'Sassy' banyak menyebabkan Mobilisasi dan Kuasa Beli Luarbiasa terbantut dan sentiasa menguncup. 

Ambe harap dan berdoa, adalah yang sudi mengkaji semula Dasar Fiskal yang banyak menguncupkan keupayaan mobilisasi rakyat dan semakin menghakis Kuasa Beli Luarbiasa yang ada pada rakyat. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...