Isnin, 9 September 2013

Esok, 10hb September 2013, Berikan Sokongan Moral.

Esok, 10hb September 2013, rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya, mengenai kalimah Tauhid, ALLAH akan didengar. Di Istana Keadilan. Sesiapa yang ada kelapangan dan keluangan, silalah hadir. Buka nak berdemo, tapi sekadar tunjukkan sokongan moral kepada barisan peguam yang diberikan amanah berhujah di dalam Rayuan, mengapa kalimah ALLAH hanya khusus buat penganut Islam.

Ramai yang berpendapat, apa salahnya kalimah ALLAH digunakan oleh agama-agama lain. Ambe nak tanya, atas dasar apa? Islam itu ada lima rukun. Makna rukun ialah Tiang Utama. Tanpa Tiang maka robohlah sesuatu itu. Rukun pertama dalam Islam ialah mengucap dua kalimah syahadah. Dan pengertian serta pengucapan itu jauh berbeza dengan apa yang dimengertikan dan diucapkan oleh agama-agama lain. Salah satu kehendak dalam dua kalimah syahadah ialah kewajiban kita tidak melakukan syirik. 

Berdasarkan kepada Usuluddin manhaj Imam Assyariyah dan Maturidi ( yang disahkan benar dan tidak sedikitpun tersasar daripada apa yang dibawa oleh baginda Rasullullah s.a.w. oleh segala ulama muktabbar) , adalah kewajipan umat Islam memelihara kalimah ALLAH daripada disyirikkan dalam sebarang teologi fahaman agama lain. Dalam surah Al Ikhlas pun sudah qathie' hukumnya. Disokong pula oleh surah Al Kaafiruun. Begitulah mengikut pendapat ulamak-ulamak muktabbar. 

Memang malanglah bila puak politikus dalam PAS-DAP-PKR sengaja memanipulasikan dan memprovokasi penggunaan kalimah Allah dikalangan agama lain. Ada pihak menyalahkan BN/UMNO kerana mengharamkan penggunaan kalimah Allah kepada agama-agama lain. Pada hemat ambe, tindakan itu tidak salah. Dan itulah yang dituntut didalam agama. Lagipun, Islam adalah Agama Persekutuan. Tindakan itu tidak menzalimi mana-mana penganut agama pun. Kerana didalam kitab-kitab yang mereka ikuti pun, tiada kalimah ALLAH. Mereka menyembah apa yang kita tidak sembah. Dan kita sembah-puji apa yang mereka tak sembah. Susah sangat ke nak faham? 

Al Quran dan hadis sahih tidak pernah membawa fahaman pluralisma, liberalisma, teologi triniti, unsur-unsur Buddha, Hindu, Bahai', Khalsa dan agama-agama lain. Yang disebut didalam Al Quran dan hadis sahih ialah mengenai Islam. Pendirian kerajaan BN/UMNO sejak dulu adalah konsisten. Yang sentiasa berubah-ubah pendirian ialah pepuak Al Khannas yang terdiri dari kalangan manusia di dalam politik pembangkang.  Islam tak pernah sama dengan agama-agama lain pun. Ini hakikatnya. 

Diatas kesedaran itu, kita perlu menunjukkan sokongan moral padu kepada barisan peguam yang mempertahankan kalimah ALLAH. Janganlah kita turut menjadi puak Al Khannas seperti para politikus dalam DAP PKR PAS dan para lembu ternakan mereka. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...