Jumaat, 13 September 2013

Apa Lagi Omar Ong & PEMANDU Mahu ?

Adakah Omar Ong melalui peranannya selaku Perundingcara Hanya Mahu Melayu
Gagah Diatas Katil Untuk Melahirkan Kumpulan Pengguna/ Pembeli Terbesar
Bagi Memperkasakan Ekonomi Melayu ?

Selaku pengamal media sosial yang taat kepada pemimpin, yang pilihan kasih sayang kepada agama, bangsa dan negara serta penuh ETIKA (sabar, tawaddu' dan redha sifat utama) , ambe terpanggil untuk bersetuju dengan 'pengumuman' agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu pada hari Sabtu. Cuma ambe tak dapat hadir kerana kebetulan hari yang sama, nenek tiri sebelah datuk ambe, bernikah lagi (Memperkasa Ekonomi Melayu?) Begitulah suburnya nenek tiri ambe. Kesuburan itu kerana amalan minum susu lembu Frisian. Diminum sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Amalan itu nenek tiri ambe sebut sebagai Cow-Time.

Sebelum ambe memulakan mukaddimah leteran beretika, terlebih dahulu, ambe maklumkan kepada semua, artikel ini cetusan daripada tiga entri dari tiga blog Melayu totoks:-
Pertama, ambe bukanlah Pakar Ekonomi seperti Omar Ong. Ekonomi ambe hanya berkisar dikedai kopi depan rumah. Cuma, ambe ada otak sihat dan akal waras sempurna dengan pemikiran Melayu. Serta sedikit pengetahuan mengenai ekonomi kerana Celik Fiskal. Ambe juga seperti kebanyakan Melayu lain, tidak mempunyai sebarang kekuatan ekonomi untuk bersaing secara meritokrasi atau kuasa Cow-tim. Ambe cuma ada air liur sahaja yang sama seperti politikus untuk memberikan khidmat bibir. 

Ini semua gara-gara ambe terlalu mempercayai bekas rakan-rakan niaga. Mereka adalah dari bangsa cha-yaa-nun-alif dan keturunan sama seperti Omar Ong. Ambe menghormati PM dan UMNO. Tiadalah didalam hati dan akal ambe untuk memburukkan PM atau UMNO (kena ikut nasihat SUA UMNO). Ambe juga akur kepada Ketetapan Illahi (kena dengar nasihat Fathul Bari). Baiklah, setelah ambe memperihalkan etika ambe, maka bermulalah leteran beretika ambe.

Pada hemat ambe, Omar Ong dan Pemandu sudah hilang punca dan tak berminat untuk membantu Melayu. Ini bukan bermakna, ambe kritik PM. Beliau tak bersalah kerana mustahil bagi mana-mana PM melakukan kesilapan waima sebesar biji sawi. Ambe pun kurang jelas dengan program Memperkasakan Ekonomi Melayu. Adakah setakat, menambahkan bilangan Melayu selaku pengguna dan pembeli sahaja? Atau benar-benar mahu menjadikan Melayu Perkasa didalam bidang ekonomi?

Kita semua maklum, Melayu amat perkasa didalam kamar tidur. Ini terbukti amat jelas oleh politikus seperti Anwar Ibrahim, Stopa Ali, Mat Syabu dan ramai lagi. Termasuklah politikus yang beristeri lebih dari seorang dan bersuami lebih dari seorang. Terimakasih kepada mereka. Ekonomi perlu teguh bagi membolehkan mereka sampai ke tahap sedemikian.

Melayu sudah ketinggalan didalam penguasaan ekonomi selama 230 tahun lalu. Sejarah perbandaran di Malaysia, tidak dinafikan terhasil dari polisi meminggirkan Melayu. Bandar dan pekan diMalaysia dihuni oleh kaum lain hasil polisi polarisasi kaum oleh British. Kuala Lumpur adalah contoh paling klasik. Kajilah sejarah Perang Kuala-Lumpur pada 1870an. Bagaimana, pembesar-pembesar Melayu ditewaskan didalam perang politik dan ekonomi. Akhirnya, Kuala-Lumpur dikuasai oleh kaum yang menjadi pilihan British. 

Setelah berlaku 13 Mei 1969, kerana provokasi puak pelampau seperti KitSiang, akhirnya negarawan memulakan DEB. Dan berlaku penghijrahan beramai-ramai Melayu ke bandar. Tapi, Melayu takde tanah dibandar. Manakala tahap Celik Fiskal tidak diketahui lagi. Akibatnya, muncullah penempatan dinamakan Perkampungan Setinggan. Gejala ini, merisaukan puak pelampau seperti Kit Siang. Kerana ianya mengubah demografi pengundi dibandar. Sehinggalah, pada awal 1970an, bangkitlah pergerakan mahasiswa UM, membela nasib penduduk penempatan setinggan. Malangnya, mereka ini diperalatkan oleh puak pelampau seperti Kit Siang. 

Bila Negarawan Tun Dr. M, menubuhkan PNB dan mengujudkan Amanah Saham Bumiputera, barulah nampak Melayu mula mampu bertatih dalam ekonomi. Agensi seperti MECD dan MARA, muncul untuk mencelikkan Melayu. Semakin ramai Melayu mampu memiliki hartanah dibandar-bandar dan menguasai bidang perniagaan. Dan perkara ini amat tidak disenangi oleh puak pelampau seperti Kit Siang. 

Kesannya, muncul golongan kontraktor Kelas F. Golongan inilah yang naik menjadi Kelas Menengah Atasan dan Bawahan. Merekalah selama ini menjadi penyokong kuat kepada UMNO/BN dimana-mana sahaja. Dan perkara ini amat tidak disenangi oleh puak pelampau seperti Kit Siang. 

Antara kelemahan Melayu keturunan zaman moden ialah mudah terpedaya dan mudah merasa cemburu serta mudah marah. Bila, ketiga sifat ini mampu diatasi, ambe percaya , nampaklah jalan keluar baik dari kemelut-kemelut permasalahan khayalan. Kita juga tahu dan sedari, puak pelampau seperti Kit Siang sentiasa menyebarkan propaganda jahat. Bertujuan melemahkan semangat Melayu untuk berniaga. Contoh yang sering kita dengar, "Melayu tak tau meniaga, mau untung besar"

Amalan Ali-Baba adalah ciptaan puak pelampau seperti Kit Siang. Tujuannya untuk mengekalkan Melayu jauh dibelakang cinabeng. Akhirnya, puak pelampau mencapai matlamat mereka dengan penghapusan DEB dan MECD. Itupun dengan bantuan 'nasihat-nasihat pakar ekonomi' yang dok bersarang didalam PEMANDU. Apabila Melayu menunjukkan kesetiaan mereka, barulah pemimpin tersedar kembali. Bahawa sebarang bantuan kepada Melayu tetap menguntungkan semua kaum. Tetapi meminggirkan Melayu, mengakibatkan mereka kehilangan sokongan dan menghadapi Krisis Kepercayaan. 

Melayu seperti ambe hanya berharap agar 'Perlaksanaan Penyampaian' biarlah menyeluruh. Agar tiada Melayu terpinggir lagi. Bila Melayu kebanyakan seperti ambe, sudah mampu berdikari dan menguasai ekonomi, pada waktu itu tak perlu tunggulah puak pelampau atau 'penasihat' beri 'nasihat' lagi. Kerana, Melayu Kebanyakan dan Ambe sendiri akan berkata, "Ok, dah cukup, kami dah boleh berdikari ne." Kenapa tidak mahu meletakkan kepercayaan tinggi kepada Melayu? Melayu lagi tahu bila masa mereka perlu buang 'Tongkat'. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...