Kepada sekelian puak BU-DU, politikus, pembodek, penjilat, pengampu, Penunggu Tunggul Perdana, Pawang dan Bomoh Polong sekelian .... dan mereka yang pijak kepala rakan untuk naik ke atas, artikel ini ambe tuju khas kepada kamu semua ... Nak tahu berapakah UPAH AMBE MINTA? Mudah, ikutilah pengiraan di bawah ini:-
Ambe menulis sudah hampir empat tahun. Menyertai PRK sebanyak 2 kali dan 1 PRN. Duapuluh empat jam ambe menghadap komputer melawan fitnah puak DAP PKR PAS. Semua perbelanjaan dan kos ambe tanggung sendiri. Sedangkan yang lain, gunakan apa yang ambe telah curahkan untuk dapat bajet. Tohmahan yang pemes ke atas ambe ialah ambe kecewa, ambe nak duit dan ambe nak tersohor. Jadi, BERAPA UPAH AMBE ?
Empat tahun 48 bulan.
48 bulan bersamaan 34,560 jam bekerja.
Ambe menulis sudah hampir empat tahun. Menyertai PRK sebanyak 2 kali dan 1 PRN. Duapuluh empat jam ambe menghadap komputer melawan fitnah puak DAP PKR PAS. Semua perbelanjaan dan kos ambe tanggung sendiri. Sedangkan yang lain, gunakan apa yang ambe telah curahkan untuk dapat bajet. Tohmahan yang pemes ke atas ambe ialah ambe kecewa, ambe nak duit dan ambe nak tersohor. Jadi, BERAPA UPAH AMBE ?
Empat tahun 48 bulan.
48 bulan bersamaan 34,560 jam bekerja.
1 jam bekerja, ambe caj RM18.00
Bermakna ,
34,560 jam bekerja x RM18 = RM 622,080.00
Bermakna ,
34,560 jam bekerja x RM18 = RM 622,080.00
Amacam? Ok tak untuk "Ubati Kecewa Dan Sakit Hati Ambe Di Kianati?"
Tapi takkanlah Maruah dan Harga Perjuangan ambe begitu murah / Hanya RM622,080? Mustahil ! Dan tidak adil bagi ambe mengambil satu sen pun, selagi mana beribu-ribu sukarelawan masih tak dapat apa-apa, waima mereka tak minta.
Sebenarnya, bukan itu HARGA & NILAI UPAH AMBE. Yang di bawah ini adalah HARGA & NILAI UPAH AMBE :-
- Bukan wang
- Bukan pangkat
- Bukan hartabenda
- Bukan pingat
- Bukan penghargaan apa-apa
Tapi ambe nak tengok:-
- Ekonomi Tanpa Riba
- Islam tidak di hina
- Pendidikan akhlak Islam di semua sekolah sampailah ke universiti
- Melayu tidak di hina
- Bendera Negara tak di hina
- Amalan Rasuah dihapuskan
- Amalan kronisma, nepotisma dihapuskan
- Politik Wang dihapuskan
- ISA dikembalikan
- Sekolah vernakular dihapuskan
- Kuota Bumiputera dikembalikan
- Pemimpin Melayu Islam ada Keberanian
- Pemimpin Melayu Islam utamakan Melayu
- Pemimpin Melayu Islam disegani dan dihormati
- Budaya Melayu tidak di hina
- Perpaduan Kaum bertambah kukuh
- Penyebaran agama lain kepada orang Islam dihentikan segera.
- 97 peratus Melayu menjadi bilionir
- Melayu Bandar mampu mempunyai premis perniagaan strategik
- Setiap Melayu ada rumah banglo dan kebun seluas 100 hektar setiap keluarga
- Setiap GLC Kerajaan Negeri dan Pusat dikuasai Melayu
- Perbankan mesra Melayu dan bantu usahawan Melayu
- Melayu menguasai dan ada saham kuat dalam syarikat swasta yang ngetop di papan pertama Bursa Saham Malaysia
- Tiada diskriminasi terhadap Melayu di tempat bekerjaa di mana-mana jua
- UMNO di buka kepada semua Melayu
- Ekonomi mestilah dikuasai oleh Melayu sebanyak 60 peratus
- Peluang pekerjaan dengan gaji minima RM5,000 sebulan kepada siswazah Melayu
- Hanya UMNO menjadi wadah perjuangan Melayu Islam untuk bersatu
- Pembubaran DAP, PSM, PKR dan PAS
- Semua hutang-puitang Melayu dilupuskan terus dan mana-mana berstatus bangkrap dilepaskan terus
- Perumahan mestilah ada masjid dan pusat jagaan kanak-kanak
- CTOS diharamkan terus
- Badan-badan kebajikan Islam diberikan peruntukan khas sebanyak RM50 juta setahun
- Rumah anak yatim diberikan peruntukan khas tanah kebun, ladang ternakan, sekolah khas dan peruntukkan RM60 juta setahun
- Orang-orangtua Melayu beragama Islam, diberikan penjagaan khusus , perubatan, pengangkutan , kediaman dan elaun saradiri khas.
- Setiap kampung diberikan insentif dan bantuan usahawan industri pemakanan & perkhidmatan.
- Kesemua hak yang pernah di rampas dikembalikan semula kepada waris yang berhak
- Perdamaian untuk seluruh rakyat Malaysia
- Tulisan Jawi dikembalikan martabatnya
- Warga asing di hantar pulang
- Setiap Melayu diberikan peluang yang sama dalam ekonomi sepertimana kroni dan nepotis memperolehinya.
Di atas adalah antara upah-upah yang ambe minta. Untuk apa ambe berjuang untuk poket sendiri sedangkan agama, bangsa dan negara ambe sentiasa di hina dan perlekehkan?
Di atas adalah sebahagian kecil upah yang ambe minta. Ada lagi ambe akan minta untuk agama, bangsa dan negara ambe tercinta ini. Diharapkan artikel ini menjawab semua persoalan. Agak-agak puak BU-DU mampu tak nak beri ?
Dari Allah Ta'ala ambe datang dan kepada Nya jua ambe akan kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan