Isnin, 12 Ogos 2013

TPPA , MAK KATA OMPUTIH, ORANG JEPUN, ORANG LATIN AMERIKA DAN AMERIKA NAK BELI BU-DU & CENCALOK.

Agaknya begitulah jawapan seorang ibu kepada seorang anak yang kecil yang bertanya mengenai TPPA. Agaknya lah. Apa isu sebenarnya? Antara kandungan yang dikatakan amat kontroversi dalam TPPA (dalam proses rundingcara) ialah:-

  1. Pelabur boleh menyaman kerajaan;
  2. Pelabur boleh membida kontrak kerajaan samada bernilai besar atau kecil;
  3. Lanjutan temph perlindungan hakcipta bagi produk kesihatan;
  4. Pembatalan dasar perlindungan.
  5. Hak korporat diutamakan dan hak kepenggunaan terabai.
Menurut MTEM, ini akan mengakibatkan kepentingan Bumiputera terjejas teruk. Malah kekuatan GLC selain Petronas juga akan terjejas. Kerana GLC yang ada tidak begitu kompetitif dan dalam keadaan lemah untuk menembusi pasaran antarabangsa. 

Waima, kontraktor bumiputera boleh membida kontrak-kontrak kerajaan Amerika, Jepun, Latin Amerika dan Eropah, namun mereka mempunyai syarat yang ketat dan nilai matawang mereka lebih tinggi berbanding ringgit. Kecuali, kerajaan mereka sanggup menerima budu, cencalok, tempoyak dan kerabu sebagai tukaran baru.

TPPA dikatakan membawa impak negatif kepada kemakmuran ekonomi Bumiputera yang terkait dengan soal kunci keamanan negara. Hujahnya ialah, Bumiputera merupakan kunci keamanan negara. Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah memberi keyakinan bahawa kerajaan hanya akan menandatangani persetujuan menyertai TPPA jika kepentingan bumiputera dapat dilindungi.

Terus teranglah ambe nak bertanya kepada semua pembaca, adakah kita memerlukan TPPA atau peneraju TPPA memerlukan kekayaan dan sumber asli negara kita? Pada hemat ambe, kita memerlukan pasaran Indonesia, China, India, Afrika, Latin Amerika, Mediterranean dan Timur Tengah. Tapi pada masa yang sama kita tidak memerlukan pelabur asing untuk masuk bikin kacau pasaran kita pula.

Isu TPPA memang menarik untuk diperbincangkan. Persoalannya, adakah syarikat multinasional yang datang melabur ke negara ini melalui pintu masuk TPPA akan memperkayakan negara dan rakyat atau berlaku sebaliknya?


Ambe malas nak bertanya kepada sekelian tunggul kayu, maklumlah mereka kan tunggul kayu mana reti nak mendengar keluhan dan rintihan rakyat kebanyakan pun, NO MONEY NO TALK LA .. kata BU-DU.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...