Jumaat, 9 Ogos 2013

Buku TERSEDAR dan Zaman BU-DU

Briget welsh adalah penulis buku Pak Lah bertajuk TERSEDAR 'AWAKENING'. Beliau ialah guru kepada  Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim, yang bapanya merupakan mentor politik KJ, yang selama ini di didik oleh seorang politikus dari Pantai Timur. Tokoh tersebut juga rapat dengan sebuah ngo yang bergiat aktif dalam alam maya yang dikepalai oleh .... ..... .... perkenalan KJ dengan isterinya sudah di atur lama oleh puak broker kuasa. Sejauhmana kebenaran kisah tersebut, kita nantikan sahaja. 

KJ adalah satu-satunya, watak penyelamat yang sengaja di cipta puak BU-DU. Ada lagi beberapa watak Pembantu Adiwira. KESEMUANYA anak-anak muda belaka. Kesemuanya mencipta nama dalam masa yang begitu singkat. Falsafah mereka, "Women,Money, Power". 

Mereka licik dan bijak menjerat mana-mana individu untuk berkhidmat kepada mereka. Tiada kebenaran yang keluar daripada mulut mereka melainkan penipuan dan pendustaan. Mereka lebih terok dan dahsyat daripada Syiah, puak Liberal, puak Plural dan puak Sosialis demokrat. Mereka bukan broker kuasa politik sebaliknya mereka adalah MAFIOSO POLITIK. 


Bila Nurul Izzah bersetuju melancarkan buku Pak Lah yang didalangi sepenuhnya oleh KJ, kita sudah mampu mencium 'haruman' konspirasi politikal puak Mafioso Politik. Pemberi dana kepada mereka ialah puak-puak Keynesians. 

Pada PAU Disember nanti, mereka sudah menyediakan skrip ultra-Melayu untuk di baca oleh Tunggul Perdana mereka. Sasaran mereka kini ialah menghapuskan saki-baki kekuatan kuasa politik rangkaian Tun Dr. Mahathir. 

Kenapa mereka mahu skrip itu di baca semasa PAU nanti? Kerana ucapan itu bakal dijadikan pencetus gelombang 'Kematian' kepada Ketuanan Melayu. Kenapa mereka mahu mematikan Ketuanan Melayu? Akan didedahkan dalam siri artikel seterusnya nanti. 



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...