Pak Lah sudah mengeluarkan siaran medianya mengenai polemik Buku Pak Lah. Dalam seratus perkataan di dalam siaran medianya hanya tiga perkataan yang boleh dipercayai, yakni Abdullah Ahmad Badawi. Selebihnya adalah cerita fiksyen semata-mata. Ahli UMNO , orang UMNO dan Penjaga UMNO tak mudah terpedaya dan tertipu muslihat zaman Jurasik. Namun begitu, kita memberikan Pak Lah 'Manafaat Keraguan'. Kita amat memahami Dilema Pak Lah & Menantu. Kerana, tanpa 'kebaikan' Menantu Pak Lah, pada hari ini kita tak mampu menjadi MELAYU semula.
Bukan rahsia lagi bahawa perlumbaan kuasa dalam politik mengundang 'Strange Bed Fellow'. Ambe tak terkejut jika ada kerjasama di antara menantu Pak Lah dengan puak-puak dan jejuak DAP-PKR-PAS untuk mengekalkan gelaran 'Menantu Tersayang Pak Lah'. Kita kena faham, kebajikan cucu dan anak perempuan Pak Lah berada dalam 'tanggungjawab' menantunya. Mana ada seorang bapa mahu melihat cucu-cucunya dan anak perempuannya hidup terkontang-kanting tanpa masadepan yang cerah. Tanyalah kepada Kit Siang, Karpal Singh, Hj Hadi, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sendiri. Keluarga perlu diutamakan berbanding rakyat jelata. Kerana yang bakal menangis di kuburan nanti adalah ahli keluarga dan bukan rakyat jelata.
DAP PKR PAS hanya mampu melaga-lagakan dan memperbesarkan pertelingkahan di antara pemimpin UMNO tapi takkan mampu mengugat kesetiaan ahli UMNO. Itulah yang menjadi mimpi ngeri kepimpinan DAP PKR PAS selama ini. Pemikiran dan keberanian ahli UMNO sukar di ramal oleh sesiapa pun jua. Dan sukar dipengaruhi dengan wang ringgit. Ahli UMNO lebih fokus dan lebih matang dalam berpolitik berbanding mana-mana pemimpin UMNO. Dan ahli UMNO tidak teragak-agak melakukan tindakan drastik tanpa perlu dipengaruhi dan terpengaruh dengan mana-mana dakyah dan fitnah DAP PKR PAS.
Ahli UMNO lebih berani mengambil risiko berbanding ahli-ahli butahati dan butaperot DAP PKR PAS. Hanya ahli UMNO yang berani melakukan Undi Protes dan kemudian berani merampas semula wilayah yang di tawan. Ahli UMNO tak sebodoh dan sedungu ahli DAP PKR PAS dalam menyatakan keberanian mereka. Kerana itulah mereka amat digeruni dan ditakuti oleh kepimpinan DAP PKR PAS. Keberanian itulah mampu menjadi aspirasi dan membangkitkan semangat 'Lawan Tokeh' di kalangan ahli DAP PKR PAS terhadap kepimpinan diktaktor DAP PKR PAS.
Malah puak BU-DU di dalam UMNO turut merasa gerun dan takutkan keberanian ahli UMNO. Insya Allahu Ta'ala pada satu masa nanti, puak BU-DU akan jatuh tersungkur dan tersembam bersujud di kaki ahli UMNO yang lebih jujur dan bersetia kepada wadah Alif Baa Taa berbanding puak BU-DU. Ambe yakin dan mempunyai keyakinan penuh kepada komitmen dan kesetiaan 150,000 ahli UMNO yang bakal menentukan untung nasib pucuk pimpinan UMNO, puak BU-DU, Penunggu Tunggul Kayu, Pawang dan Bomoh Polong.
Ambe meramalkan bahwa 150,000 orang ahli UMNO bakal menjadi aspirasi dan inspirasi kepada ahli-ahli DAP PKR PAS agar bangkit dan mula membantah kepincangan dan kecurangan kepimpinan DAP PKR PAS. Sebarang 'Buku Pak Lah' atau apajua buku pun takkan mampu mempengaruhi keputusan nekad dan tekad 150,0000 orang ahli UMNO nanti. Mereka lebih matang dan waras serta amat berani mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam berbanding mana-mana kepimpinan yang bertunjangkan kepada kumpulan pembodek, pengampu, kaki perempuan, kaki botol, mata duitan dan puak BU-DU. Awas semua! Satu Transformasi bakal meletus yang mengegarkan pentas politik Malaysia yang mengakibatkan jatuhnya kepimpinan DAP PRK PAS di seluruh negara !

1 ulasan:
Assalam bro.
Lu buat kelakar giler bab 3 perkataan je yang boleh dipercayai..kah kah kah
Catat Ulasan