Rabu, 24 Julai 2013

PRK KOLE BESOUT : DAULAT MELAYU ISLAM BERDAULAT !!!!! TIMAKSIH TAK TERHINGGA KEPADA PENGUNDI KOLE BESOUT.



RASMI-BN menang PRK Kuala Besut.Tengku Zaihan dapat 8,288 undi.Azlan Yusof 5,696.Majoriti BN 2,592.Masa PRU13 dulu majoriti 2,434.Lebih 158-Agendanews

Melayu Kole Besout telah memberikan kemenangan di semua PDM. Tahniah dan ambe sungguh terharu kerana Melayu Kole Besout memberikan kemenangan kepada maruah Islam agama Persekutuan dan bangsa Melayu ! Bila Melayu dan Islam berdaulat, semua bangsa mendapat nikmat!

Kepada jentera Pilihanraya, tahniah. Melayu Kole Besout telah memberikan isyarat jelas kepada gerakan Politikal Ungkal DAP PKR dan kepada puak syiah, dan anwarinas dalam PAS. Begitu juga kepada puak-puak polisi Keynesian Con-sultan PM. Sekali lagi pengundi Melayu membuktikan bahawa merekalah penyelamat Malaysia. Jelas, kemenangan Melayu Kole Besout telah memberikan keaiban dan kemaluan besar kepada puak sosialis, syiah, anwarinas dan keynesians.

Mengimbas kembali apa yang dikatakan oleh politikus Pok Nik, bahawa PRK Kole Besout ialah Medan Peperangan di antara Hak dan Bathil. Oleh kerana sifat Hak ialah MENANG, jelas lah kepada kita semua bahawa puak DAP PKR, syiah, anwarinas dan keynesian adalah puak bathil. Begitulah Allah Ta'ala memenangkan Islam waima tak disukai oleh puak kafir harbi dan para manusia yang ada sifat munafikuun.

Seluruh Melayu terhutang budi kepada pengundi Melayu Kole Besout. Kerana mereka telah membuka pintu-pintu dan peluang-peluang rahmat silaturrohimi di kalangan ummah di negara ini. Kini, bolehlah semua pengundi Melayu di seluruh negara, baik muda atau tua, mengundi sahaja BN. Kerana terbukti Allah Ta'ala telah memberikan 'pengesahan' bahawa BN berada di pihak Hak. 

Jangan bimbang, bila Melayu kuat dan Islam berdaulat semua kaum mendapat nikmat. Kepada puak Keynesian dalam pentadbiran DS Najib, elok kamu semua letak jawatan jika kamu masih ada maruah dan harga diri. Kerana Melayu kampung yang kamu hina dan cerca sebagai terbelakang, sesekali tidak akan membenarkan Melayu dipinggirkan dan Islam di hina. 

Alhamdulillah-hir-robil-'alaamiin
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...