Puak Keynesian yang dok bersarang anai-anai (ramai di antara mereka graduan LembuFord [Oxford] dan Habat [Harvard]) dalam kerajaan sebenarnya bodoh tahap lembu makan rumput. Depa ni anggap depa bijak dan cerdik. Hakikatnya depa ni kalau di beri benih ubi kayu pun , depa tak reti camna nak tanam ubi kayu dan jual ubi kayu menjadi jutawan. Depa memang tak praktikal langsung. Eksyen je lebih.
Mengulas lapuran Utusan Malaysia, "Industri Perbankan Perlu Terokai Pasaran Gen Y"
Ketua Kumpulan Perbankan Pelanggan Alliance Bank Berhad, mengsyorkan agar bank-bank Malaysia terokai pasaran Gen Y yang seramai 8 juta orang. Malangnya, beliau hanya mengsyorkan bank-bank di Malaysia menjual produk dan perkhidmatan sahaja!
Tak ada pun di sebut mengenai bagaimana hendak membantu Gen Y menjadi usahawan berjaya! Keuntungan bank saja diutamakan. Ini macam cerita 'Merchant Of Venice' di mana watak Shylock (bank) hanya nak 'Sepaun Daging' sahaja. Peranan perbankan di Malaysia sudah amat lapok, terlalu konservatif dan terlalu konvensional. Perbankan Malaysia perlu di paksa 'berubah' atau di ubah oleh rakyat.
Perbankan Malaysia jugalah penyebab utama ramai anak-anak muda Gen Y menjadi bankrap dan hilang daya saing mereka. Apa taknya, produk pinjaman peribadi , kad kredit dan kadar faedah yang mencanak-canak dikenakan ke atas pembelian kereta dan rumah serta barang keperluan lain. Punyalah bodoh puak perbankan Malaysia. Sebab itulah, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin takde peluang.
Perbankan Malaysia perlu berubah peranan, dari menjadi biawak hidup kepada rakan-niaga proaktif. Jangan asik nak jual produk Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi, Pinjaman kereta dan rumah sahaja. Dan jangan asik nak bantu orang-orang kaya sahaja serta korporat-korporat gergasi. Cer bantu peniaga-peniaga kecil-kecilan dan Gen Y menjadi usahawan berjaya. Takkan perbankan Malaysia ne semuanya takde telor nak ambil risiko?
Daripada melabur dalam bisnes-bisnes dan skim cepat kaya elitis, lebih baik melabur dalam 'Modal Insan'. Lambat-laun, perbankan dapat untung juga. Dengan itu adalah juga bantuan dan sumbang-an perbankan kepada rakyat Malaysia. Bukan hanya membuat sumbang-an menjadikan majoriti rakyat Malaysia bankrap dan terbelenggu dengan pembayaran kadar faedah amat zalim dan bersifat menganiaya.
Sistem perbankan Malaysia , masih terikat kuat dengan amalan riba' yang diharamkan. Dan tiada tanda-tanda mereka bersungguh dan komited nak membebaskan rakyat Malaysia dari sistem riba perbankan kepada sistem bebas riba'. Kerajaan Malaysia sudahpun memperkenalkan Sistem Bebas Riba' ke dalam sistem perbankan konvensional yang lapok. Cuma agak malang, perbankan bebas riba Malaysia kurang kreatif. Dan masih di tahap 'Profit Oriented' dan 'Elite Oriented'.
Rakyat Malaysia memerlukan perbankan yang bebas riba dan melabur dalam Modal Insan. Perbanyakkan produk-produk pelaburan kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Kurangkan karenah birokrasi dan permudahkan urusan kemudahan pinjaman. Jika ini berlaku, niscaya ekonomi Malaysia melonjak-lonjak naik dan matlamat mencapai Negara Berpendapatan Tinggi tanpa memprejudiskan peluang rakyat menjadi jutawan akan tercapai. Insya Allahu Ta'ala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan